Tuesday, March 22, 2011

Susah sangat kah mahu terus bersabar...

Jika entri-entri sebelum ni kebanyakannya menceritakan perihal anak-anak, entri kali ni lebih merupakan muhasabah dan peringatan buat diri sendiri..Betapa sesungguhnya hebat sifat sabar itu sehinggakan Allah menceritakan kelebihannya dalam KitabNYA berkali-kali.

"Sabar itu cantik.."
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar..". Antaranya...

Ayahku sendiri menamakan diri ini dengan nama yang bermaksud "kesabaran"..ya mungkin itulah pengharapan mek dan we kepada diri ini supaya diri ini tidak kurang dengan sifat sabar dalam apa jua keadaan..kesusahan, kesukaran, kepayahan, kekurangan, tekanan ....Alhamdulillah walau senipis kulit bawang kesabaran itu tetap ada dalam diri..cuma dalam beberapa tahun ini ku merasakan diri cepat "naik angin".."panas hati".."cepat melatah"..tokleh selleh..adakah ini tandanya tahap kesabaran telah merudum dengan teruknya..astaghfirullah halazim..

Setiap malam ku cuba merenung ke dalam diri untuk cuba koreksi diri dan mencari puncanye ketidaksabaranku dalam tahun-tahun kebelakangan ini..adakah kerana terlalu memikirkan perihal kerja membuat kan diriku tertekan dan seterusnya lebih sensitif dan suka menuding kelemahan diri sendiri kepada orang-orang sekeliling??Adakah kerana makin jauh diri ini dengan Yang Maha Penyayang maka hati menjadi keras dan panas baran??Astaghfirullah...

"Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian."

Ya..sabar memang hendaklah sentiasa menjadi teman erat pada setiap masa dan di mana jua..sama ada dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu mahupun anak mahupun adik mahupun kakak..adakah aku insan terpilih itu yang diberikan kekuatan untuk terus bersabar dalam apa jua keadaan?? Astaghfirullah...

Fikiran sedikit terganggu ketika menulis entri ini kerana kerap hilang sabar ketika melayan karenah dan keperluan anak-anak..Ya Allah berikanlah aku kekuatan agar aku mampu membentuk peribadi dan akhlak anak2 dengan akhlak Islam yang sangatlah indah...kepada suami, mohon sentiasalah bersabar dalam membimbing isterimu ini..:)

2 comments:

  1. Yah,

    Hidup ini antara syukur dan sabar - HAMKA/ Falsafah Hidup

    ni, antara ayat en suami sy masa mula2 kenal untuk kahwin dulu..hahaha..

    tp selalu menjadi hikmat dlm muhasabah diri sy..
    hidup ini tak lari dari ujian samada susah atau senang, gembira atau duka, bahagia atau derita, sebenarnya semua ujian buat kita..semuanya kita perlu hadapi dengan penuh kesyukuran dan kesabaran..

    ntahla, sy nak beriya2 ckp, mcm poyo lak..tp perkara kat atas tu mmg betul..
    bila sy marah2 suami sy tegur, mana ada marah2, mengamuk, bad mood dlm Islam ni..(semua tu sy buat walaupun dh ada anak 3)
    walaupun suami sy bukan sekolah agama pun tp dia yg banyak menagajar dan mendidik sy..sy yg sekolah agama ni mmg terasa malu sesangat (tapi tu bukan isu la..)
    sy just nak highlite point ttg syukur dan sabar juga benda2 yg negative tu(marah, mangamuk dan badmood) bukan takda dlm Islam, tp kita ada cara tanganinya..
    sbg contoh zikir Fatimah anak Rasulullah saw..itu adalah antara ubat mujarab penghilang letih dan lelah kita..dlm kisah tu Fatimah anak Rasulullah pun mengadu ttg rs negatif nya betul tak..dan Rasulullah tunjukkan ubatnya..

    owh poyo sungguh sy ni..
    p/s: semalam sy cari yah kat umah time fogging, tp yah takde..semenjak duamenjak ni kerap fogging n sy dh jarang masak, huhuhu..

    ReplyDelete
  2. yah,
    ni tips didik anak2..sy pun berdikit2 amalkan..

    http://sereniety.blogspot.com/2011/03/anakku-pintar.html

    ReplyDelete