Monday, November 30, 2009

Nostalgia Indah

Hadiah Teristimewa

Alhamdulillah kupanjatkan syukur ini ke hadrat Ilahi kerana dengan pertolonganNya aku telah selamat melahirkan seorang cahaya mata yang comel penghias perkahwinan kami yang baru memasuki umur setahun dan penyejuk mata kami..Ahmad Afiq Sufyan..moga lahirmu bakal mengeratkan lagi cinta dan ikatan perkahwinan kami..moga lahirmu membawa bersama rezeki yang melimpah-limpah..moga lahirmu menjadi kebanggaan ibu dan ayah..Ameenn.

Ahmad Afiq Sufyan telah selamat dilahirkan tanggal 22 September 2009 bersamaan 3 Syawal 1430H di Hospital Batu Pahat, Johor jam 10:58 malam..Semoga membesarlah Afiq menjadi Hamba yang taat..Ameenn..

Perasaan gusar, takut, resah sebelum melahirkan Afiq terubat jua setelah melihat sendiri anak yang dikandung selama 9 bulan 14 hari lahir sihat dan sempurna sifatnya. Walaupun aku agak terkilan kerana suami tidak sempat menemaniku di labour room seperti yang kami rancang dan suamiku janjikan, perasaan tersebut hanya sebentar apabila suamiku sendiri mengazankan dan mentahnik anak kami..Alhamdulillah. Terbit seribu keinsafan dihatiku bagaimana ibuku (mek) bersusah payah melahirkan kami 10 beradik..Alangkah hebatnya wanita kerana dianugerahkan kekuatan oleh Allah melahirkan umat Muhammad bergelar manusia.