Tuesday, March 8, 2011

Baby Hola Hola

Baby Hola Hola (sumber: sini)

haha..akan ku eksperimen kan untuk afiq yang picky wicky tuuu.. 

 Bahan-bahan ( 1 orang )

  • Segenggam beras (dicuci)
  • 1 biji kentang (dihiris nipis)
  • 1/2 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit kismis
  • Sedikit buah kurma
  • Sedikit hirisan ayam
  • Sedikit hirisan daging
  • Sedikit bawang yang digoreng dengan minyak zaitun (ikut kesesuaian)
  • Stok rebusan ayam tanpa garam

Cara-cara

  1. Masak beras bersama stok rebusan ayam.Biarkan hingga beras pecah bijinya.
  2. Kisar kismis bersama kurma dengan sedikit air.
  3. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam beras yang dimasak dan kacau sebati diatas api.Masukkan ketang, lobak merah, ayam dan daging.
  4. Biarkan diatas api hingga pekat dan kesemua bahan masak.Tambahkan air jika terlalu pekat.Bolehlah dihidangkan.Letakkan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang mengikut kesesuaian.
  5. Tambahkan garam dan kiub ayam sebagai bahan perisa mengikut kesesuaian anak anda.(Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk bayi di bawah 1 tahun.)

Baby Yummy! (Sumber: Sini)

 Bahan-bahan ( 1 Orang )

  • 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit isi ayam (hiris nipis)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
  • Air

Cara-cara

  1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
  2. Rebus isi ayam hingga masak.Masukkan kentang dan lobak merah.Rebuakan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
  3. Masukkan spagetti.Rebuskan lagi utk seketika.Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
  4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda (bayi 8 bln ke atas)
  5. NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam.Tidak perlu dikisar.

    3 comments:

    1. wah!!!
      ini ke hobi baru??hehe..

      nak tau tak, norliana ismail, anak dia masa umur 1tahun 4bulan pun dia tak kasi garam lagi..hebat kan..?

      sy ni, sebab mmg tak berapa rajin dulu2 so MIL yg rajin layan anak makan, so mmg dia akan letak garam sbb kalau tak dia kata takde rasa..walaupun sy cakap nurse tak bg, terpaksa ikutkan jgk..yela, sape suruh jd mak yg pemalas kan..?

      huhuhu

      moral of the story, CHAIYOK yah!!!

      ReplyDelete
    2. hehe..bukan hobi baru ni..tungguuuu!!ces macam hape jeh..hihi

      kite masih mencuba2 pelbagaikan resipi tuk afiq ni..kesian nengok dia tak moh makan pape seharian..tak lapar kah???huhu..

      atau patutkah sy bagi mkn vitamin?mana tau bertambah sikit selera dia kan..wat say u?

      ReplyDelete
    3. vit tu kena tanya dr. la..

      hihi, sy dulu arwah mak(x- maternity nurse kerajaan) mmg sarankan amik cam scott's emulsion tu.. mgkin sbb benda tu cause no harm pun pada budak2 provided ikut dos..

      sy amik, kejap je..FYI, my 1st dotter tu setahun sekali masuk hosp masa umur 1 dan 2 tahun, masa umur 3tahun hampir2 je..(mgkin sebab masa tu mmg dah makin rajin masak, so kualiti makanan terjaga gitu (aceh..)

      but, tanyala doktor or dietician, kalau nak benar2 yakin

      ReplyDelete