Wednesday, December 22, 2010

Ceritera Ku..

Sudah agak lama aku tidak ber blog. Sejak lahirnya Rujhan yang kini telah berusia 2 bulan.Alhamdulillah kedua2 anak sihat dan Rujhan telah seberat 5.2 kg (berbanding abangnya yang hanya 4 kg pada usia yang sama). Apapun aku cuma berharap agar kedua2 anak kami membesar dengan sihat walafiat dan menjadi anak2 yang soleh yang menjadi penyejuk hati ayah dan ibu..Ameen..

Rujhan sekarang (sejak dari lahirnya) memang kuat menyusu. Hampir setiap jam dia nak menyusu dan sekirnya diizinkan Allah akan ku bekalkannya dengan susu ibu sehingga usia 2 tahun..Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu niat ku ini..:). Hmm..2 bulan telah berlalu dan aku masih lagi bercuti menjadi suri rumah sepenuh masa. Cuti rehat yang masih berbaki aku gunakan untuk menyambung cuti sehingga akhir tahun 2010 ini.Alhamdulillah..Walaupun mungkin sebulan lebih aje aku jadi suri rumah sepenuh masa, kalut juga dibuatnye sebab penat rupanya jadi suri rumah ni ye.he he

Sufyan yang telah boleh berjalan banyak meringankan tanggungjawabku menjaga 2 anak tanpa bantuan suami (kecuali hari minggu). Kalau tidak mana aku nk dukung si Sufyan dan si adiknye Rujhan kan..hehehe. Alhamdulillah Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga. Cuma aku kena hadapi karenah2 Sufyan yang masih kecil yang memerlukan belaian kasih sayang dan perasaan ingin dimanjai serta karenah2 Rujhan. Pening juga kepala bile kedua2nya buat hal dalam satu masa..Rujhan menangis nak dipujuk dan Sufyan merengek nak bermain..huhuhuk

Ada juga cadangan dari suami (dan akak jiran sebelah rumah aku) supaya ambil aje pembantu rumah untuk meringankan tanggungjawab..bagi aku itu bukan suatu keperluan dan bukan juga suatu kehendak (bg aku) kerana mengambil pembantu rumah pastinya bukan mana-mana alternatif dari 20 alternatif (lain) yang ada..pelbagai berita yang menakutkan yang mengaitkan pembantu rumah (tak dinafikan mungkin ada yang bagus dan ikhlas tapi itu 1 dalam 100 kot), kes penderaan dan sebagainya antara faktor yang aku pertimbangkan. Kalau aku sebagai ibu kadang2 boleh hilang sabar dengan karenah anak2, apatah lagi orang asing yang tak ada kena mengena dengan anak2 ku..ntah apa la yang akan terjadi kan..iskh takut nk bayangkan..:P

Hmmm..nampakya anak2 masih tido, mau juga aku merehatkan badan sementara itu.hehe..lain masa lain ketika jika berkesempatan, maka akan aku cuba mengupdate blog yang hampir terbengkalai ni..:)