Tuesday, February 21, 2012

HOME SCHOOL OR NURSERY?

HOME SCHOOL OR NURSERY?

Saya sedang berkira-kira untuk menghantar anak-anak ke Nursery atau Taska memandangkan Sufyan hampir 3 tahun dan Faqeh hampir 2 tahun (“hampir” tu sebenarnya lagi 6-7 bulan)..hehe..perasan anak-anak dah besar panjang..

Ada member-member bertanya saya tak hantar anak-anak ke Taska ke at least anak-anak diajar di sana…Pada pendapat saya, soal mengajar anak-anak mengenai “early education” ni mampu saya lakukan sendiri..BOLEH? Sebenarnya kita mampu buat sesuatu dan capainya dengan gemilang if we are really determined to achieve what we want to achieve..walaupun begitu kadang-kadang saya juga merasa tidak yakin kerana masa saya bersama anak-anak hanyalah pada waktu malam dan hujung minggu sahaja..ditambah lagi dengan house chores yang tak pernah habis tu..working mommy la katakan..what if it turns out to be unsuccessful one? Dan bermacam-macam lagi bermain di fikiran ini..

Hmmm..kalian jangan salah faham ye..bukan tidak mahu hantar ke Taska disebabkan tidak mampu dari segi kewangan atau apa..Cuma masalahnya nak cari Taska yang berkualiti susah sikit..atau saya sahaja yang belum mencuba untuk mencari yang betul bekualiti??

Semasa kecil, saya sendiri tidak pernah belajar di Taska..mungkin pada masa tu keluarga saya susah, adik beradik pulak ramai..Jadi peluang untuk belajar hanyalah di sekolah. Itu zaman awal 90an dulu di mana masa tu belum ada komputer bersepah-sepah, belum wujud facebook (kot..i m not sure), belum ada wifi, unifi, tablet jauh sekali..Dan kebanyakan budak2 pun hanya didedahkan kepada pendidikan rasmi di sekolah semata-mata..(mungkin klu yang mampu tu mak bapak diorang hantar Taska la kot..:P). Alhamdulillah tak de masalah..

Berbalik kepada persoalan “Homeschool”..dalam bahasa “pendidikan di rumah”..sebenarnya pendidikan di rumah ni memang natural pun tapi secara tidak rasmi melalui tunjuk ajar mak ayah, didikan dari segi adab sopan dsbnya..homeschooling nowadays cukup glemer la..Saya sebagai ibu-ibu ni pun terpengaruh sama..hehe..terpengaruh ke arah kebaikan tak de masalah..Lantas saya ada juga menggoogle-google mengenai topik ni, bukan apa, untuk merealisasikan niat untuk mendidik dan mengajar sendiri anak-anak di rumah tanpa hantar ke Taska..Moga dipermudahkan jalan ke arah kebaikan..Amin..:)


Bersambung….

Friday, January 13, 2012

Renungan Buat Diri..



Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.


Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada  ibu  bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak  dalam  lingkungan  umur  2-7  tahun  (preschool  memang sering dilabelkan  lasak  kerana  ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga  didapati  ‘tidak  dengar  kata’.  Apa  yang  berlaku  ialah ketiadaan komunikasi  dua  hala  di  antara  ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian  kepada  suara  ibu bapa.  Sebaliknya  perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka  tidak  mempunyai  pengetahuan  (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja  belajar  bercakap,  oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah  sebenarnya  yang  dimahukan  oleh  anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit,  membaling  barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration  (kekecewaan) kerana  hajatnya  tidak  difahami  dan  dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.

Justeru  itu  siapakah  yang  bersalah?  Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak  berusaha  untuk  memahami  kehendak  si anak.  Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1.    Kanak-kanak  sangat  memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua  ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan  mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan  lakukan  dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya.  Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact  sangat  penting  di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2.  Sebaik  sahaja  tuan/puan  pulang  dari  bekerja  dan  mengambil  anak  dari nurseri,luangkan  masa  setengah  jam  terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus  ke  dapur  memasak,  angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada  anak.  Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di  rumah  bersama  bibik  atau  di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta  nyatakan  di  telinganya,  papa/mama  sangat  sayangkannya.  Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb.  Insya  Allah  anak  akan  lebih  mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3.    Ajarkan  anak  dengan  perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan  sesuatu  dan  tuan/puan  tidak  dapat  berikannya  kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu  sahaja  atau  bersikap  acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar  anak  agar  tidak  menghiraukan  tuan/puan  sekiranya  tuan/puan  pula yang memanggilnya.  The  right  way to make her listen to you is by listening to her  first.  Kita  tidak  boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah  tidak menjadikan  ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru  setiap  perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4.    Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya  yang  tersendiri.  Anak  yang  suka menjerit walaupun tidak mempunyai  apa-apa  sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine.

Anak  ini  memang  sangat  sukakan  perhatian.  Oleh  itu  jika  anak  ini menjerit, berilah  perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan  sekiranya  dia  menyanyi  dengan  kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh  mengajarkan  kepadanya  bahawa  perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus  kerana  boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka  menjerit,  tuan/puan  boleh  suruh  dia  mengadap  dinding yang kosong dan menjerit  di  situ  berulangkali  sehingga  dia letih. Insya Allah dia akan kurang  suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin  dia  akan  berhenti  menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya  dia  mengulanginya  semula,  puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah  (gula-gula  dsb)  jika  tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang  menjerit  dalam  satu  hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya,  papa/mama  beri  hadiah  coklat  kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5.    Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah  anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut,  jangan  ingati  kekurangan  anak  dan doakan setiap kali selesai sembahyang  agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak  dengan  semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi  dengan  anak.  Boleh  juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah  anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di  ubun-ubun  kepalanya,  cium  dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan  perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama  harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak  suka  kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan  didapati  sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan  surah  AlFatihah,  Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan,

Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.  Semoga  tuan/puan  lebih  bersabar,  jangan  ignore  anak dan cubalah memahaminya.  Fahami  dunia  anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.  Bayangkan  perasaan  anak  apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba  dibuatnya  hanyalah  meneroka  alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga  galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba  dapatkan  buku  bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang  ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat  dan  kebijaksanaan  kepada  tuan/puan.  Jangan  berputus asa dengan anak kerana  ia  akan  membuatkan  anak  berputus  asa  terhadap  kita  sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

sumber: http://blog.upsi.edu.my

Tuesday, November 29, 2011

Bile Babysitter Mengenakan Over Time

Bile baby sitter mula mengenakan OT,

  • terkenang betapa tulusnya Mek menjaga dan mengasuh kami bersembilan walau banyak mana karenah kami...
  • insaf betapa kasih sayang seorang ibu tidak mengenali apa itu over time atau OT atau yang seumpamanya...
  • pasrah betapa keringat orang ada nilainya dari segi RM tetapi keringat bonda pahala yang besar dijanjikan Tuhan..
  • kesal, sedih dan sebak memenuhi dada ini kerna Ibu belum mampu menjaga kalian sepenuh masa...uhuks..
  • ku menanam tekad dalam diri bahwa anak2 anugerah terbesar buat kami ibu bapa dan mustahil kallian hanya bernilai RM..
  • pening kepala ini memikirkan mana nak dapatkan RM untuk OT sedangkan kerja ku kini di  tempat ini memang sgt mencuri waktu malamku bersama anak2 dan tiada pula OT..

Ya Allah ... Engkau murahkanlah rezeki kami sekeluarga..Ameeen.

Adakah berbaloi kami mengambil pembantu rumah bile bby sitter telah mula mengenakan OT???

Bingung..sungguh bingung saat ini..:(


Saturday, November 26, 2011

Tolak Interview.

Aku telah menolak jemputan ke Sesi Interview itu..Itu kata hati..

Monday, October 10, 2011

Our Third Anniversary..The Best Ever!

Tajuk kemain lagi.hehe..

Belum sampai waktu dan ketikanya lagi..Anniversary kami 30hb Oktober ni..:)
Tahun ni kami terima hadiah yang paling bermakna selepas 3 tahun penantian..cer teka...

Hubby kena tukar ke Putrajaya dah..Alhamdulillah..15hb Okt ni start kat tempat baru..Semoga pertukaran ini menjanjikan kehidupan berumah tangga yang lebih baik dan semoga kami dapat membesarkan dan mendidik anak2 dengan tangan sendiri dan 'depan mata' kata orang..

Aku:  Syg takleh imagine macamana lepas ni kita akan berebut pagi2 nak bersiap ke opis sama-sama..hehe..kelakar..
Abang: haah..hehe..tak pernah sejak kawen kan..hmm..rasa janggal lak..:)
Aku:  ngeeee...(buat muka sengih dari tinga kanan ke tinga kiri)..

Ya Allah..hanya Engkau sebaik2 perancang..Maka kurniakanlah kami perancanganMu yang terbaik..Ameenn..

Monday, September 12, 2011

Rumah Terbuka..

Korang percaya ke aku buat rumah terbuka??Haa sila jangan percaya sebab dalam keadaan ku yang beranak dua yang masih kecik tuek yang manja kededek yang bermacam ragam neh..mustahil lah kalau aku sempat buat rumah terbuka kan..hehehe..
Tapi..tak mustahil kalau setakat jamu orang makan sekadar 9-10 famili tuh..

Sabtu lepas kami berjaya juga mengundang beberapa rakan terdekat, member 2 hubby dan ex-bos dia dan member ku..Nanniey..ke rumah..Aku masak satu menu je pun..Mi Kari..first time aku masak Mi Kari tuh n first tim ejamu orang makan mi kari yang aku masak First Time..ha ha ha..sdap weih,ramai orang puji..hihi..mekasih2..aku main campak2 je,letak gula garam..rasa pun tak..msak2 je terus hidang tapi nasib baik menjadi dan sedap lak tu..hihi perasan sendiri maka aku pujilah diri sendiri kan kan..

Alhamdulillah semuanye lesap dan abis..termasuklah 100 cucuk satey yang hubby beli sebagai tambahan..:) Insyaallah tahun depan boleh buat lagi..:)

Hmm..hujung minggu ni nak gi berumah terbuka ke rumah member2 lak..

Da abis puasa 6 ke seronot nampak beraya..jawapannya belum..huhu

Ingatkan hari ni (Isnin) nak start puasa ganti dan puasa 6 tap disebabkan anakku yang teciktu berjaga dari kul 4 lebih sampai kul 6, tak sempat ku bersahur..maka tak larat la nak berpuasa..byk betul alasannyeee...

Insyaallah akan mulakan puasa ganti dan puasa 6 hari Rabu neh..Insyaallah..Selasa takleh start lagi sbb ada Majlis Raya kat opis..:P

daaaaa...

p/s..majlis "rumah terbuka ku"..sekeping gambar pun tadak..huhu..lupa..klu tak boleh  tepek gambar Mi Kari sedap tu kan..kan..

Sekilas Raya 2011

Aidil Fitri tahun 2011 adalah kali pertama kami sambut di kampung ku, Wakaf Bharu Kelate..heeee..selepas hampir 3 tahun usia perkahwinanku..:)

Kiranya cuti raya tahun ni banyak gak kan..kan..tapi nak buat macamana kami hanya mampu beraya sehari sahaja di Kelantan (plus sehari berbuka puasa dengan kuarga ku)..Kalau nak ikutkan perancangan hubby, kalau boleh memanglah nak beraya rumah dia kat Batu Pahat aje setiap tahun..But this is clearly unfair to ME lah kan..Memanglah anak lelaki dengan mak takkan terputus sampai bile2..kena jaga hati mak dan bla..bla..bla..panjang citernye klu nak hitung..huhu

Tapi alhamdulillah Allah lembutkan juga hati hubby (and MIL) untuk beraya kat Kelate tahun ni...tapiiii..dengan syarat! huhuk..bersyarat bagai pulok iye..takpe2..silakan berikan syarat..aduiii..

                              "Raya kedua kena beraya kat kampung Batu Pahat doh.."

aduiii..senang cakap dari buatnye..ingat Kelantan dan Batu Pahat tu berjiran ke apo?? Tapi takpelah..redhakanlah jugak...walaupun penat gile walaupun en hubby yang drive all the way from Kelantan to Batu Pahat..melayan budak2 berdua tu dalam kenderaan empat segi aje tuh sangatlah menguji ketahanan jiwa dan fizikalku ini..huhukk..sakit2 badan neh sbb si kecik tuh tak moh duk diam..

Apapun berjaya la juga mengahrung perjalanan seribu batu ituuuu...dan ibu mertua ku terubatlah tangisnye dan barulah ada hati nak beraya..nak buat macamana hubby ku ini a.k.a anak kesayangan mak, walau ada anak2 lain...tetap jugak aidilfitri tu suram dan tak bermaya dsbnyeee...hmmmm..abis tu Wan Sabariah ni agaknye anak yatim kot sbb setiap kali beraya kat umah hubby je..he he kadang2 ini je la modal ku untuk memujuk en hubby beraya aidilfitri kat Kelate..

Kesian anak2 kecilku penat beraya..hihi..tapi berbaloi sebab dapat duit raya..berbanding mak nye yang langsung tak dapat duit raya..kan..

Banyak lagi nak update sebenarnya mengenai pengisian raya pertama di Kelate, raya ketiga - kelima di Batu Pahat dll tapi tangan ini sudah kematu..aiks..cepatnye..malas...nntikan gambar2 raya yang akan ku kidnap dari adik beradikku yang lain na...sbb ku tiada kamera..pastu tak terpikiaq nk ambik gambar guna HP canggih ku ituuuu...