Thursday, January 28, 2010


Sarapan "free"

Mak aih! Suami aku selalu dapat makan sarapan free kat ofis??Tak boleh jadi nih..Ni nak kena spy sape yang beria sgt bagi laki aku makan free ni. Nak bodek bos pun berpada-pada la..Lepas ni nampaknye aku kena la merajinkan diri buat sarapan dan bekal untuk suami bawak ke Ofis..:P

Insyaallah..:)

Wednesday, January 13, 2010

Sufyan - Perkembangan

Sufyan kini sudah 3 bulan dan 3 minggu. Maknanye lagi seminggu aje Sufyan akan berusia 4 bulan..wah! Cepat pulak masa berlalu. Maknanye dah hampir 2 bulan aku masuk keje. Sufyan pun dah banyak berkembang sekarang ni. Agaknya berat Sufyan pun dah bertambah-tambah. Kali terakhir aku membawa Sufyan ke klinik untuk checkup dan dapatkan imunisasi ialah pada bulan lepas. Checkup seterusnya adalah pada minggu depan, 20hb Jan 2010. Rasanye berat Sufyan mungkin dah hampir mencecah 8kg.wahwah..tingginya harapanku.Hmm, kalu nak pikir ia takla mustahil sebab sebulan lepas masa gi checkup kat klinik, tak timbang pun, cuma 2 minggu sebelum tu timbang beratnya 5.8kg..Tambah tolak bahagi maka adalah tak mustahil boleh mencecah 8 kg sbb sebulan setengah dah berlalu..:)

Itu perkembangan Sufyan dari segi berat badannye..Keletahnya sekarang pun sangatlah menghiburkan hati.Sudah pandai gelak..gelak-gelak manja..geleng-geleng..geleng-geleng manja..hehe dan semua yang manja2 la katakan. Namanye budak kecik kan..mestilah mengharapkan ibu dan ayah dia memanjakannye sentiasa. Takpela Sufyan..sementara belum ada adik ni memang awak le permata hati yang akan selalu dimanja-manjakan..Iskh3..betul ke ada org tua2 kata jangan terlalu manja-manjakan sangat anak ni, nanti naik lemak dan esok2 kita juga susah nak menjaganye..Bagiku apa aje lah yang anak sekecil Sufyan boleh faham kalau kita nak ajar benda2 yang tak setaraf dengan kemampuannya. Kalau dengan cara memanjakan dia boleh buat ia mengerti betapa ibu dan ayah sgt menyayanginye..bagiku tak salah..lagipun, aku berpegang pada prinsip mengajar anak biarlah setaraf dengan usianya. Jgn pulak anak sekecil Sufyan diajar dan dilayan macam anak2 yang dah besar. Proses mendidik memangla dari rebung tapi slow2 dan step by step agar rebung tidak patah.

Kawan-kawan sebaya Sufyan ada yang dah boleh meniarap..jeles gak tengok anak2 orang dah boleh meniarap sedangkan Sufyan masih lagi belum. Lehernya pun belum tegap benar.Masih terlentuk-lentuk. Hanya dalam seminggu ni lehernya agak tegap dan kami dah boleh angkat Sufyan tanpa ampu kepalanya..Kira ada perkembangan la kan..Alhamdulillah. Kadang ku suarakan juga kpd suami kenapa Sufyan masih belum boleh meniarap dan belum mahir menegapkan kepalanya. Risaula jugak kot2 perkembangannya kurang seimbang dan terbantut.Na'uzubillah. Suami mengingatkan agar jangan paksa-paksa dia. Kebolehan dan perkembangan bayi tak sama antara satu sama lain. Tapi kata suami insyaallah Sufyan pasti akan meniarap gak seterusnya merangkak dan berjalan sebagaimana lumrahnya perkembangan bayi yang telah diatur oleh Allah. Lega sikit hati mendengarnya..:)

Pengasuh Sufyan seminggu lepas ada mengingatkan agar kami bawak Sufyan ke klinik buat pemeriksaan pasal kepala Sufyan.Bukan apa, menurut pengasuh, mereka lihat kepada Sufyan agak besar berbanding anak-anak lain. Huhu..sedinhya hati ibu ini..Sufyan tidak normalkah??Sakitkah?? Bagiku perkembangan Sufyan ok ok aje..Saiz kepalanya kira ok la jika dibandingkan dengan saiz badannya walaupun bentuk kepalanye yang agak meleper (sebab asyik baring aje dan selalu baring sebelah kiri aje..:P). Tapi aku tak risau sebab itu perkara biasa dan bile dah tumbuh banyak rambut, itu semua tak menjadi hal lah..Asalkan sihat walafiat! Kadang-kadang terpikir gak mungkin kepala Sufyan agak besar dan oleh sebab itu ia tak mahir menegakkan kepalanya dengan cepat. Ku usir perasaan tidak enak tu jauh2..Ya Allah Engkau peliharalah anakku..kurniakanlah kesihatan kepadanya.Ameeenn.

Apapun, masa checkup nanti aku akan cuba2 tanya misi atau doktor pasal perkembangan Sufyan ni.

Hmmm..pola tidur Sufyan tidak banyak bezanya antara sekarang dan semasa usianya 2 bulan. masih tido dengan nyenyak di waktu malam dan aktif di siang hari..:) Alhamdulillah..Sekurang-kurangnya dapat juga ibu tido dengan lena waktu malam..:) Sekarang Sufyan manyak aktif di siang hari..kadang2 tido sekejap aje.Waktu selebihnya nak bermain-main dan hendak dilayan sokmo lah! Seronok tengok Sufyan bermain-main dan bermanja-manja dengan ayahnya. Ayahnya pulak selalu balik tengah minggu, makanya masa bermain dan melayan keletah Sufyan agak banyak (selasa malam, jumaat malam, sabtu dan ahad). Alhamdulillah ok le tu.Tidakle nanti Sufyan kerinduan.hehe

Seronok ada anak temankan kat rumah ni tau.Hilang rasa sunyi duk berjauhan dari suami..seronot!!..:)

Monday, January 11, 2010

2010 bahagiakah atau sengsarakah?

Ntah untuk berapa lama lagi kesabaranku ini dapat bertahan.Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus menumpang rezki di sini sementara nyawa masih dikandung badan. Semoga kekecewaan kesan daripada karenah birokrasi, pilih bulu, etc ni menyapa diriku hanya seketika dan biarlah ia berlalu tanpa meninggalkan kesan padaku atau berikan aku kekuatan untuk memekakkan telinga.

Bila ku bertekad untuk menanam semangat dan azam yang lebih baik tahun ini, ujian tidak lekang menimpa. Semoga aku kuat untuk menghadapi semua itu. Atau Allah tunjukkan aku jalan yang lebih baik dari ini. Bantulah aku ya Allah!

Tips menghadapi stress cara Islam..

Monday, January 4, 2010

Muhasabah 2009-Azam 2010

Alhamdulillah ku diberi kesempatan lagi untuk mencorakkan hidupku di kanvas dunia yang sementara ini. Tahun 2009 telah pun berlalu dan hadirnya 2010 sebagai hadiah bagi orang 2 yang beruntuk ng. Kenapa ku umpamakan ia sebagai hadiah? Kerana tidak semua orang bepeluang hidup untuk saat ini kerna ajalnya telah tiba. Bagi kita yang masih diberi kesempatan usia rebutlah peluang di tahun baru ini untuk memperbaiki amalan2 kita untuk mencari keredhaanNYA.

2009 yang telah berlalu sudahkah kita menghisab dan muhasabah diri kita?Muhasabah diri ibarat post mortem bagi mencari punca penyakit, punca kematian dan sebagainya. Dalam konteks ini, muhasabah diri adalah untuk mencari kekurangan,kekhilafan yang telah kita lakukan sepanjang tahun dengan tujuan untuk memperbaiki dan memperelokkan amalan ibadah kita, hubungan kita sesama manusia dan hubungan dengan alam. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH?Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita terhadap kedua ibu dan bapa kita?Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita terhadap suami atau isteri kita?Anak2 kita?

Kekhilafan dan kekurangan 2009 jadikanlah renungan dan iktibar. Jadikanlah ia titik tolak untuk kita memperelokkan diri sendiri dan keluarga. Apa-apa jua impian 2009 yang belum dicapai, blehlah diforwardkan untuk tahun 2010 agar kita sama-sama merebut peluang dan kesempatan untuk merealisasikan pada 2010 ini. Bagi diri ku pula, teringin mencapai misi2 ini:

-memperbaiki amalan serta ibadah kepadaNYA;
-isteri terbaik untuk lelaki bergelar suami;
-ibu terbaik untuk anak bergelar Sufyan;
-anak yang sentiasa menjaga kebajikan kedua ibu bapa;
-menantu yang sentiasa menjaga hati dan perasaan mentua;
-pekerja yang rajin dan lebih berdedikasi;
-membuat simpanan semaksimum mungkin;

Walaupun misi ini nampak umum aje, akan ku cuba buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Sekurang-kurangnya ada sesuatu target yang aku hendak capai. YA ALLAH..permudahkanlah niat murni ku ini.Ameeenn..

Thursday, December 24, 2009

Kalau Sudah Rezeki

Dalam keadaan ekonomi sekarang ni, wang ringgit menjadi terlalu bernilai. Dulu sebungkus nasi lemak cuma 50 sen, segelas air sirap cuma 20 sen (zaman sekolah rendah dulu laa). Bawak duit 50sen pun cukup. Sekarang tak usah cakap la. Nak keluarkan duit untuk makan tengahari pun teragak-agak (pengalaman sendiri). Wang yang ada sekelumit dalam tangan rasa macam nak simpan sampai beranak pinak tapi mustahil la dalam 'dunia wang' sekarang ni.

Aku pernah melalui pengalaman 'kehilangan' duit beratus ringgit atas angin macam tu aje. Langsung tak merasa nak pegang atau sentuh pun. Aku pun malas nak ingat sebab itu mungkin atas kebodohan atau kelalaian aku sendiri. Masa tu raya haji, aku nak keluarkan duit kat ATM nak bagi mak ayah sikit dan bayar duit akikah anak aku. Tak taula apa nasib hari tu semua ATM yang aku try buat hal. Tension tul. Syukur suami sangat memahami dan murah hatinya (kebetulan pada ketika itu rezekinya lebih murah dari aku..:P), meminjamkan aku RM800 untuk aku meneruskan plan2 murni aku tu. Alhamdulillah, dan aku berjanji akan memulangkan semula duit tu bile aku dapat keluarkan dari ATM kelak.

Kemudian, terlintas hati aku untuk transfer aje duit yang suami pinjamkan tu ke akaun dia secara online banking. Mak oii, bila aku check ikut online banking, duit aku RM800 lesap. Terkejut dan terpana aku seketika. Nasib baik aku tak pengsan aje. Apa tidaknya, duit 800 yang dah dibuat macam-macam plan tu melayang tanpa aku sedari pun. Sudahnya dengan plan2 pun hampir melayang sekali. Menangis aku dibuatnya. Mana tak menangis RM800 tu kira separuh gaji aku tu.Itu belum ditolak duit kete, minyak, makan dan lain2 untuk sebulan. Haruuuu..

Suami aku pun terkejut yang amat jugak le..iyela, hilangnya duit aku bermakna aku tak dapat bayar balik la duit dia. Kesian suami aku. tapi aku sangat terharu sebab dengan lapang hatinya suami aku telah convert RM800 yang dia pinjamkan aku tu sebagai hadiah cum duit raya!hehe..Bertuah betul aku sebagai isteri ni..Rasa macam nak sujud syukur saat2 tu jugak. Rupanya rezeki suami telah bertukar tangan menjadi rezeki aku pulak..:) Itula, kalau sudah rezeki, tetap akan dapat gak. Alhamdulillah.

Baru2 ni aku terperasan duit dalam bank aku terlebih banyak dari biasa (biasanya gaji aku cukup2 makan aje). Pelik bin ajaib. Setelah aku mempraktikkan kemahiran matematik aku, tambah tolak darab rupanya duit RM800 yang lesap tempoh hari telah revert semula ke dalam akaun aku. Syukur Alhamdulillah. Walaupun aku tak berniat nak belanja sakan, teringin aku hadiahkan sesuatu buat suami aku atas kemurahan hati dia..

kalau sudah rezeki, terimalah dengan syukur...

Wednesday, December 23, 2009

21 Pedoman Buat Wanita Bergelar Isteri

(Tulisan ini aku petik dari sebuah laman yang selalu aku kunjungi..untuk renungan bersama.)
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Amacam??Rasa-rasanya berguna tak artikel ni..:)