Monday, January 4, 2010

Muhasabah 2009-Azam 2010

Alhamdulillah ku diberi kesempatan lagi untuk mencorakkan hidupku di kanvas dunia yang sementara ini. Tahun 2009 telah pun berlalu dan hadirnya 2010 sebagai hadiah bagi orang 2 yang beruntuk ng. Kenapa ku umpamakan ia sebagai hadiah? Kerana tidak semua orang bepeluang hidup untuk saat ini kerna ajalnya telah tiba. Bagi kita yang masih diberi kesempatan usia rebutlah peluang di tahun baru ini untuk memperbaiki amalan2 kita untuk mencari keredhaanNYA.

2009 yang telah berlalu sudahkah kita menghisab dan muhasabah diri kita?Muhasabah diri ibarat post mortem bagi mencari punca penyakit, punca kematian dan sebagainya. Dalam konteks ini, muhasabah diri adalah untuk mencari kekurangan,kekhilafan yang telah kita lakukan sepanjang tahun dengan tujuan untuk memperbaiki dan memperelokkan amalan ibadah kita, hubungan kita sesama manusia dan hubungan dengan alam. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH?Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita terhadap kedua ibu dan bapa kita?Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita terhadap suami atau isteri kita?Anak2 kita?

Kekhilafan dan kekurangan 2009 jadikanlah renungan dan iktibar. Jadikanlah ia titik tolak untuk kita memperelokkan diri sendiri dan keluarga. Apa-apa jua impian 2009 yang belum dicapai, blehlah diforwardkan untuk tahun 2010 agar kita sama-sama merebut peluang dan kesempatan untuk merealisasikan pada 2010 ini. Bagi diri ku pula, teringin mencapai misi2 ini:

-memperbaiki amalan serta ibadah kepadaNYA;
-isteri terbaik untuk lelaki bergelar suami;
-ibu terbaik untuk anak bergelar Sufyan;
-anak yang sentiasa menjaga kebajikan kedua ibu bapa;
-menantu yang sentiasa menjaga hati dan perasaan mentua;
-pekerja yang rajin dan lebih berdedikasi;
-membuat simpanan semaksimum mungkin;

Walaupun misi ini nampak umum aje, akan ku cuba buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Sekurang-kurangnya ada sesuatu target yang aku hendak capai. YA ALLAH..permudahkanlah niat murni ku ini.Ameeenn..

1 comment: