Friday, August 5, 2011

Ramadhan Kali Ini

Sudah 5 hari Ramadhan berlangsung dan hari ni adalah hari ke-5 (Jumaat). Alhamdulillah Allah masih memberikan aku kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa buat kesekian kalinya. Ramadhan tahun depan belum pasti aku dpt menemuinya lagi. Ramadhan kali ni suatu perkara yang baru bagi diriku sebab dalam pada menjalani ibadah puasa, aku  juga sedang menyusukan anak kecilku, Faqeh yang sekarang telah hampir 10 bulan umurnya..Alhamdulillah, walaupun terpaksa juga menggunakan stok2 ebm yang ada bagi menampung keperluan Faqeh di rumah pengasuh, perjuangan ini masih berterusan. Semoga dengan keberkatan Ramadhan, susu ini sentiasa mencukupi buat anakanda Faqeh..Insyaallah.

Sahur adalah sesuatu yang wajib bagiku sejak dari aku dilatih puasa lagi masa kecik2 dulu..suatu kemestian..di samping dpt mengalas perut, ia merupakan sunnah yang membezakan antara puasa seorang Muslim dan seorang Yahudi. Menu wajib sahur adalah nasi..lebih2 lagi aku sedang menyusukan Faqeh makanya perut yang kenyang boleh membantu penghasilan susu..hehe..menurut pembacaanku..Apapun, jika pun bukan nasi semestinya sesuatu yang berat......

Ramadhan 2 tahun lalu lengkap sebulan kerana pada masa itu aku sedang mengandungkan Sufyan. Alhamdulillah.Tiada Qada'..:-)..Ramadhan tahun lalu juga hampir lengkap kecuali 2 hari yang aku diperlukan mengambil ujian MGTT bagi pregnancy kali kedua ku tuk Faqeh. Alhamdulillah..Ramadhan kali ini pun harapnku semoga lengkap jua..bukan kerana pregnant lagi.hihi..tapi kerana aku menyusukan Faqeh, periodku belum kembali menjenguk..best nye.hehe. Insyaallah..

Ramadhan kali ini dan Ramadhan 2 tahun yang lepas masih sama..berpuasa tanpa suami di sisi..(except for the weekends)..Ku gagahi juga walau terasa sayu jauh di lubuk hati..cheh..:P Cuma Ramadhan kali ini aku ditemani oleh dua hero yang ganteng2..Kesunyian ketika berbuka itu terisi jua..bahkan sgtlah meriah dengan bermacam2 ragam budak tecik berdua itu..Alhamdulillah.

Ramadhan kali ini belum berkesempatan melaksanakan Terawikh (huhu)..Insyaallah semoga aku diberikan kekuatan untuk melaksanakannya untuk hari-hari yang masih berbaki ini..Mudah-mudahan..:)

No comments:

Post a Comment