[Mode Flashback..:P]
Masa cepat betul berlalu.Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun lebih "masjid" kami dibina. Tanggal 31 Oktober 2008 merupakan tarikh yang akan kami (aku dan suami) kenang sepanjang hayat. Pada tarikh inilah aku bergelar "isteri" kepada seorang lelaki ajnabi.

Sebaik sahaja lafaz akad nikah hendak dibacakan, kami telah diuji dengan ujian pertama: sama ada sah memberikan mas kahwin (hantaran) dalam bentuk cek. Menurut Imam (juru nikah), kebiasaan di Kelantan tidak dibuat secara cek. Berdebar hati aku (hati suami sudah pasti lagi berdebar-debar :P). Ini kerana terdapat keraguan sama ada cek tersebut boleh ditunaikan atau tidak. Pada masa tu rasa nak menangis aje. Kenapa aku jahil sangat tak bertanya dulu pasal ni dengan yang arif.huhu..Tapi alhamdulillah, Imam akhirnya bersangka baik dan meneruskan juga majlis akad tersebut.
Ujian ke-2 yang kami lalui sebaik sahaja bergelar suami isteri ialah apabila sesetengah ahli keluargaku masih mengungkit mengenai mas kahwin yang dibuat dalam bentuk cek. Aku dengan sayunye menjelaskan kenapa aku dan suami bersetuju untuk menyediakan hantaran dalam bentuk cek agar tidak dicuri atau hilang semasa dalam perjalanan dari Johor ke Kelantan. Salahkah niat kami? Masa tu aku hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan hati2 kami dan bukakan hati keluarga kami (keluarga ku terutamanya) untuk menerima situasi yang ada seadanya dan tidak memandang rendah pada suamiku. Aku masih simpan sms yang dikirimkan suami bila ku ajukan benda ni pada suami: "Ingatla satu je, dalam setandan pisang pasti akan ada yang busuk punya..so, tak perlula nak risau apa yang "pisang-pisang busuk" tu nak kata..juz nikmati dan berbahagiala dengan org tersayang..semoga Allah pelihara rumahtangga kita ke akhirnya..Ameen..xxx." Bila aku kenangkan semula, bukan aku sahaja yang hadapi benda ni semua, abang2 dan adikkku yang kahwin terlebih dulu dariku pun ada ujian yang macam2 jugak tapi akhirnya semuanya bahagia jugak.Hmm, aku berfikiran positif bahawa Allah yang menentukan hala tuju rumahtangga kami sama ada akan bahagia atau sebaliknya, bukannya manusia.
Ujian ke-3 yang terpaksa kami terima dengan redha ialah hakikat dan nature pekerjaan kami yang menuntut kami hidup berasingan dan berjauhan. Kalau diikutkan sedih tu memangla sedih tapi bile mengenangkan masing2 sudah berjanji setia (cheh!haha kelakar!), dikuatkan juga semangat ini. Lagipun jarak antara kami tidaklah jauh mana. Dalam 1 setengah jam perjalanan. Maka hiduplah kami sebegini sahaja. Aku pulak belum tidak sanggup berhenti kerja (utk meringankan tanggungjawab suami..:) ). Alhamdulillah, ujian ini aku lalui dengan jayanya sekalipun aku berbadan 2. Sekarang pun aku menjaga anak berseorangan. Cuma ditemani suami dihujung minggu..:).
Kita diuji kerana Allah sayang dan nak lihat sejauh mana hambanya bersabar dan redha. Mungkin dengan ujian ni Allah nak kuatkan lagi Iman dan kesabaran kita. Ingatlah semua hamba diuji di dunia ini. Beruntunglah sesiapa yang bersabar dan tabah menghadapi ujian tersebut tanpa keluh kesah.

No comments:
Post a Comment