عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori)
Terpanggil untuk menulis entri mengenai "Marah". Kalau kita belek2 akhbar akhir2 ini, banyak benar dilaporkan mengenai insiden-insiden yang sadis dan menyayatkan hati yang pada saya tak sepatutnya berlaku. Anak menetak ayah sendiri, abang ipar menetak adik ipar, kakak tikam adik dan berita2 seumpamanya..Padahal kalau dilihat punca berlakunya semua tu adalah perkara kecik je. Memang tak berbaloi klu sampai bunuh membunuh..Disebabkan dari perasaan marah yang tak boleh dikawal, maka terjadi lah benda-benda macam tu..Astaghfirullah..
Rupanya saranan Rasulullah dalam hadith di atas yang dilihat seperti perkara remeh sahaja, mempunyai implikasi yang sgt besar ke atas perilaku seseorang..Kalau tak mampu mengawal perasaan marah suami boleh terajang isteri, seorang ibu tergamak mendera anak-anak, adik bunuh abang dan sebagainya...
Sungguh menakutkan dunia pada hari ini..Ya Allah peliharakanlah kami dari tipu daya syaitan yang sentiasa mencari2 jalan untuk menjerumuskan manusia ke kancah api neraka..Ameenn..
p/s: marah biar kena pada tempatnya cth marah kepada maksiat dan kesesatan..marah pada perkara-perkara ini adalah perlu untuk menegakkan kebenaran dan Iman..
No comments:
Post a Comment