Government Transform Programme (GTP)
Tempohari aku hadir satu seminar berkaitan makmal Government Transform Programme kat Sunway Piramid..Programme ni berlangsung 2 hari..Hari pertama khusus untuk penjawat-penjawat awam dan sektor swasta..Hari kedua pulak dibuka untuk umum..Program ni lebih kurang macam pembentangan tentang azam Kerajaan la untuk perubahan yang lebih baik dalam pelbagai sektor antaranya bidang pendidikan, keselamatan, komuniti dan kebajikan rakyat, dll. Ada 6 sektor kesemuanya yang menjadi target Kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan ni.
Pembentangan yang sempat aku dengar ialah pasal program-program yang dirancang untuk memperbaiki taraf hidup rakyat miskin terutamanya yang duk luar bandar..Kiranya perancangan macamana rakyat2 yang kurang bernasib baik ni boleh mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat secara keseluruhannya bagiku Kerajaan yang boleh dibanggakan. Menyediakan peluang pekerjaan atau peluang perniagaan adalah antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan (Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Elokla tu ibarat memberikan kail dan mengajar bagaimana untuk memancing ikan itu lebih baik daripada memberikan ikan yang akhirnya akan habis jua.
Satu lagi pembentangan yang aku dengar ialah berkenaan target Kerajaan untuk menghapus dan membasmi gejala rasuah yang disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Keje ni bagi aku memang la tough. Gejala rasuah ni bukan sekarang baru timbul bahkan lama dulu sama ada oleh individu atau sebaliknya. Kalau dalam Islam rasuah ni keje yang dilaknat oleh Allah (Allah melaknat pemberi dan juga penerima rasuah). Sayangnya undang-undang yang diamalkan di Malaysia ni belum lagi merangkumi hukuman ke atas kedua-dua pemberi dan penerima rasuah. Hanya penerima sahaja yang dikira buat salah dan dikenakan hukuman. Harap2 undang-undang yang ada ni boleh ditambah baik untuk menghukum penerima dan pemberi nya sekali. Kalau takde angin manakan pokok akan bergoyang (hukum umumnya) dan manakan ada penerima rasuah jika takde pemberinya. Lately pun, kalau kita tengok TB, banyak sangat kes-kes rasuah yang dipaparkan di kaca berita. Tak malu ke pegawai Kerajaan sendiri terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ni?? Kalau Majestret, Pegawai Kastam, Pegawai Imigresen sendiri terima rasuah, bilekah akan tertegaknya keadilan?? Pikir2kanlah..renung2kanlah..
Trasformasi nama saintifik bagi hijrah la pada ku..Penghijrahan ni bukan benda baru..Ia pernah berlaku lama dulu semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan Baginda bukanlah disebabkan takut dengan ancaman Kafir Quraisy tetapi bertujuan mencari tapak yang subur untuk pertumbuhan Islam agama Fitrah..Buktinya, Allah telah menyuburkan perkembangan Islam selepas Hijrah Rasul ke Madinah. Dengan tapak yang strategik, bangsa yang toleransi dan berkasih sayang, Islam berjaya berkembang dengan cepatnya sehingga tertegaknya Negara Islam di Madinah dengan Piagam Madinah sebagai piagam yang menyatukan kaum muhajirin dan ansar dengan kaum kafir di sana.
Peristiwa besar dalam sejarah itu tidak akan berlaku lagi kerna Baginda Rasulullah merupakan Nabi dan Rasul terakhir. Namun, intipati dan iktibar dari peristiwa hijrah tersebut tetap subur dan perlu diambil perhatian oleh kita Umat Baginda semuanya. Konsep hijrah adalah berlandaskan matlamat untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Kalau hari ini telah berlalu dengan baik maka berniat lah untuk menjadikan esok lebih baik dari hari ini, Insyaallah. Kalau sebelum ni kita duk malas bangun subuh, maka tanamkan azam sempena Tahun Baru Hijrah 1430H ni untuk solat tepat pada waktunya bahkan untuk menambah kagi dengan solat2 sunat yang amat2 digalakkan cth tahajud, hajat, rawatib, dll.
Transformasi atau penghijrahan di peringkat Kerajaan takkan berjaya sebenarnya kalau individu masih di takuk lama. tetap dengan peel lama gak. Perubahan kena la bermula dari jiwa seseorang individu tu sendiri, kemudian di zahirkan dalam keluarga seterusnya masyarakat dan negara.
Boleh lah sama-sama kita tanam azam dari sekarang ...masih belum terlambat...walaupun terlambat itu adalah lebih baik dari tak bermula langsung!
No comments:
Post a Comment