Ibu mintak maaf kerana tidak dapat memberikan susu ibu untuk tempoh yang lama..hanya 2 bulan sahaja itu pun dicampur dengan susu formula. Pengalaman menjadi ibu kepada anak pertama membuatkan ibu tidak kuat menangkis kata-kata orang tua..sesungguhnya ibu kesal dan sedih kerana tidak begitu kuat mempertahankan hakmu yang Allah telah firmankan dalam Kitabnya.
[Kelmarin masa pergi shopping, aku terlupa bawakan bekal susu Sufyan.Kesian dia..kelaparan.Bile dia tengok susu adiknya (susu ibu) yang masih berbaki, perlahan Sufyan ambil botol susu adiknya lalu diteguknya..sayu dan hiba aku tengok kelakuan Sufyan, terasa air mata mahu menitik tapi aku tahan juga..Sufyan maafkan ibu..]
Walaupun hanya 2 bulan ibu berdoa agar susu yang Sufyan minum untuk tempoh tersebut menjadi darah daging Sufyan dan ketahuilah betapa ibu hanya mahu kan yang terbaik buat Sufyan.
Dearie Rujhan,
Kekesalan ibu yang lalu menjadikan ibu tekad untuk memberikan yang terbaik untuk Rujhan. Ibu berdoa agar niat murni ibu ini dibantu oleh Allah semoga ibu berjaya menyusukan Rujhan selama mungkin, sehingga 2 tahun kalau diizinkan..
[Sehingga hari ini Rujhan memang hanya minum susu ibu. Kalau hari bekerja, aku bekallkan ke rumah pengasuh dan jika tidak bekerja, Rujhan memang 100% menyusus sendiri. Alhamdulillah. Ya Allah, bantulah aku dalam niatku ini.Ameeen. Betapa aku merasakan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan bila dapat menyusukan Rujhan.Apatah lagi Rujhan, mungkin perasaan gembiranya berlebih2 lagi..:)]
Cuma aku risau masa nak pergi Persidangan bulan Mac nanti.Suamiku cadangkan tinggalkan Rujhan kt umah mak mertua ku sahaja sbb mungkin susah nk bawa Rujhan yang baru 4 bulan lebih masa tu..Inilah perkara yang aku nak elak sangat2. Aku takut mak mertuaku memberikan susu formula sepertimana ia cadangkan kepada Sufyan pada usia Sufyan baru 2 hari.Masa tu aku menangis sendiri tak tau nk gambarkan betapa sedih hati aku masa tu. Takut juga kalau Rujhan diberikan makan pejal pd usia yang sepatutnya ia minum susu ibu sahaja. Aku hanya bertekad untuk memberikan makan pejal setelah usia 6 bulan.
Aku harap suami ku dapat mengikutku ke Persidangan tu dan perkara-perkara yang aku takuti tak perlu aku harungi..
talk with your hubby..discuss ngan dia ttg hasrat yah.insya Allah dia akan faham...let him talk to his mother
ReplyDeletehmm..itula. memang dah ckp pd hubby.Dia ok cuma takut menyusahkan mak aje.lagipun, takut terasa gak..mak lebih dulu makan garam dan dah besarkan ramai anak termasuk anak2 asuhan pun..yah ni ibu muda yang tak tahu apa-apa dan perlu ditunnjuk ajar semua perkara.huhu..
ReplyDeletekena kuat yah..
ReplyDeletekita dulu cam tu juga..habis cuti bersalin terus gi kursus induksi..mmg berangkut dgn mak(arwah)..sbb mak sendiri, plus dia mmg maternity nurse yg sokong BF, so takde masalah, siap dia pula yg terkejut sy nak susukan tanpa bantuan formula langsung..
dgn MIL maybe lain sikit, tapi berdoa dan bersungguh2lah, insyaAllah, dia akan nampak..Alhamdulillah, adik2 ipar sy pun dah ikut jejak langkah, mereka susukan walaupun tidak exclusive, ttp teruskan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun..Alhamdulillah, makmertua pun nampak juga kesannya lebih2 lg ke atas anak no 2, dulu b4 1 tahun beratnya tak cantik, samapai MIL minta suami buat solat hajat(actually baru tahu ttg ni, kalau tahu awal mgkin sy rebel sikit)
tapi hakikatnya sy tidak risau sgt ttg beratnya sbb sy tahu dia sgt sihat apabila melihat matanya yg bersinar tu..sehingga kini Umar adalah anak yg ceria dan bijak..sampai semua family sblh hubby ckp "tak sangka Umar mcm ni" actually dia sgt loyar buruk(for me bijak) dan suka mengusik plus sgt pandai buat lawak spontan..bukanlah sy nak cakap budak minum SI akan jd mcm tu, just nak tunjuk, mereka sihat dan IQ mereka berjalan pantas..
yg penting, yah jgn putus asa, sentiasa berkongsi dgn jelas pada suami (kadang kita share, tapi tak berapa jelas)..
nnt apa2 yah call kita, still no lama kalau yah simpan atau boleh cari no ofis kita di web treasury..kita kan jiran..hehe
thanks rafiza..you make me feel released alot..yah cuma berdoa dapat pertahankan niat dan hak yang sepatutnya diberikan ni sehinggalah 2 tahun..alhamdulillah bby sihat dan aktif..:) itu yang buat yah lagi bersemangat tu.he he
ReplyDelete