Thursday, January 28, 2010

Kek Choc Moist

Teringin nak cuba resepi kek ni..Kegemaran si suami..:) :-

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Sarapan "free"

Mak aih! Suami aku selalu dapat makan sarapan free kat ofis??Tak boleh jadi nih..Ni nak kena spy sape yang beria sgt bagi laki aku makan free ni. Nak bodek bos pun berpada-pada la..Lepas ni nampaknye aku kena la merajinkan diri buat sarapan dan bekal untuk suami bawak ke Ofis..:P

Insyaallah..:)

Wednesday, January 13, 2010

Sufyan - Perkembangan

Sufyan kini sudah 3 bulan dan 3 minggu. Maknanye lagi seminggu aje Sufyan akan berusia 4 bulan..wah! Cepat pulak masa berlalu. Maknanye dah hampir 2 bulan aku masuk keje. Sufyan pun dah banyak berkembang sekarang ni. Agaknya berat Sufyan pun dah bertambah-tambah. Kali terakhir aku membawa Sufyan ke klinik untuk checkup dan dapatkan imunisasi ialah pada bulan lepas. Checkup seterusnya adalah pada minggu depan, 20hb Jan 2010. Rasanye berat Sufyan mungkin dah hampir mencecah 8kg.wahwah..tingginya harapanku.Hmm, kalu nak pikir ia takla mustahil sebab sebulan lepas masa gi checkup kat klinik, tak timbang pun, cuma 2 minggu sebelum tu timbang beratnya 5.8kg..Tambah tolak bahagi maka adalah tak mustahil boleh mencecah 8 kg sbb sebulan setengah dah berlalu..:)

Itu perkembangan Sufyan dari segi berat badannye..Keletahnya sekarang pun sangatlah menghiburkan hati.Sudah pandai gelak..gelak-gelak manja..geleng-geleng..geleng-geleng manja..hehe dan semua yang manja2 la katakan. Namanye budak kecik kan..mestilah mengharapkan ibu dan ayah dia memanjakannye sentiasa. Takpela Sufyan..sementara belum ada adik ni memang awak le permata hati yang akan selalu dimanja-manjakan..Iskh3..betul ke ada org tua2 kata jangan terlalu manja-manjakan sangat anak ni, nanti naik lemak dan esok2 kita juga susah nak menjaganye..Bagiku apa aje lah yang anak sekecil Sufyan boleh faham kalau kita nak ajar benda2 yang tak setaraf dengan kemampuannya. Kalau dengan cara memanjakan dia boleh buat ia mengerti betapa ibu dan ayah sgt menyayanginye..bagiku tak salah..lagipun, aku berpegang pada prinsip mengajar anak biarlah setaraf dengan usianya. Jgn pulak anak sekecil Sufyan diajar dan dilayan macam anak2 yang dah besar. Proses mendidik memangla dari rebung tapi slow2 dan step by step agar rebung tidak patah.

Kawan-kawan sebaya Sufyan ada yang dah boleh meniarap..jeles gak tengok anak2 orang dah boleh meniarap sedangkan Sufyan masih lagi belum. Lehernya pun belum tegap benar.Masih terlentuk-lentuk. Hanya dalam seminggu ni lehernya agak tegap dan kami dah boleh angkat Sufyan tanpa ampu kepalanya..Kira ada perkembangan la kan..Alhamdulillah. Kadang ku suarakan juga kpd suami kenapa Sufyan masih belum boleh meniarap dan belum mahir menegapkan kepalanya. Risaula jugak kot2 perkembangannya kurang seimbang dan terbantut.Na'uzubillah. Suami mengingatkan agar jangan paksa-paksa dia. Kebolehan dan perkembangan bayi tak sama antara satu sama lain. Tapi kata suami insyaallah Sufyan pasti akan meniarap gak seterusnya merangkak dan berjalan sebagaimana lumrahnya perkembangan bayi yang telah diatur oleh Allah. Lega sikit hati mendengarnya..:)

Pengasuh Sufyan seminggu lepas ada mengingatkan agar kami bawak Sufyan ke klinik buat pemeriksaan pasal kepala Sufyan.Bukan apa, menurut pengasuh, mereka lihat kepada Sufyan agak besar berbanding anak-anak lain. Huhu..sedinhya hati ibu ini..Sufyan tidak normalkah??Sakitkah?? Bagiku perkembangan Sufyan ok ok aje..Saiz kepalanya kira ok la jika dibandingkan dengan saiz badannya walaupun bentuk kepalanye yang agak meleper (sebab asyik baring aje dan selalu baring sebelah kiri aje..:P). Tapi aku tak risau sebab itu perkara biasa dan bile dah tumbuh banyak rambut, itu semua tak menjadi hal lah..Asalkan sihat walafiat! Kadang-kadang terpikir gak mungkin kepala Sufyan agak besar dan oleh sebab itu ia tak mahir menegakkan kepalanya dengan cepat. Ku usir perasaan tidak enak tu jauh2..Ya Allah Engkau peliharalah anakku..kurniakanlah kesihatan kepadanya.Ameeenn.

Apapun, masa checkup nanti aku akan cuba2 tanya misi atau doktor pasal perkembangan Sufyan ni.

Hmmm..pola tidur Sufyan tidak banyak bezanya antara sekarang dan semasa usianya 2 bulan. masih tido dengan nyenyak di waktu malam dan aktif di siang hari..:) Alhamdulillah..Sekurang-kurangnya dapat juga ibu tido dengan lena waktu malam..:) Sekarang Sufyan manyak aktif di siang hari..kadang2 tido sekejap aje.Waktu selebihnya nak bermain-main dan hendak dilayan sokmo lah! Seronok tengok Sufyan bermain-main dan bermanja-manja dengan ayahnya. Ayahnya pulak selalu balik tengah minggu, makanya masa bermain dan melayan keletah Sufyan agak banyak (selasa malam, jumaat malam, sabtu dan ahad). Alhamdulillah ok le tu.Tidakle nanti Sufyan kerinduan.hehe

Seronok ada anak temankan kat rumah ni tau.Hilang rasa sunyi duk berjauhan dari suami..seronot!!..:)

Monday, January 11, 2010

2010 bahagiakah atau sengsarakah?

Ntah untuk berapa lama lagi kesabaranku ini dapat bertahan.Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus menumpang rezki di sini sementara nyawa masih dikandung badan. Semoga kekecewaan kesan daripada karenah birokrasi, pilih bulu, etc ni menyapa diriku hanya seketika dan biarlah ia berlalu tanpa meninggalkan kesan padaku atau berikan aku kekuatan untuk memekakkan telinga.

Bila ku bertekad untuk menanam semangat dan azam yang lebih baik tahun ini, ujian tidak lekang menimpa. Semoga aku kuat untuk menghadapi semua itu. Atau Allah tunjukkan aku jalan yang lebih baik dari ini. Bantulah aku ya Allah!

Tips menghadapi stress cara Islam..

Monday, January 4, 2010

Muhasabah 2009-Azam 2010

Alhamdulillah ku diberi kesempatan lagi untuk mencorakkan hidupku di kanvas dunia yang sementara ini. Tahun 2009 telah pun berlalu dan hadirnya 2010 sebagai hadiah bagi orang 2 yang beruntuk ng. Kenapa ku umpamakan ia sebagai hadiah? Kerana tidak semua orang bepeluang hidup untuk saat ini kerna ajalnya telah tiba. Bagi kita yang masih diberi kesempatan usia rebutlah peluang di tahun baru ini untuk memperbaiki amalan2 kita untuk mencari keredhaanNYA.

2009 yang telah berlalu sudahkah kita menghisab dan muhasabah diri kita?Muhasabah diri ibarat post mortem bagi mencari punca penyakit, punca kematian dan sebagainya. Dalam konteks ini, muhasabah diri adalah untuk mencari kekurangan,kekhilafan yang telah kita lakukan sepanjang tahun dengan tujuan untuk memperbaiki dan memperelokkan amalan ibadah kita, hubungan kita sesama manusia dan hubungan dengan alam. Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ALLAH?Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita terhadap kedua ibu dan bapa kita?Adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita terhadap suami atau isteri kita?Anak2 kita?

Kekhilafan dan kekurangan 2009 jadikanlah renungan dan iktibar. Jadikanlah ia titik tolak untuk kita memperelokkan diri sendiri dan keluarga. Apa-apa jua impian 2009 yang belum dicapai, blehlah diforwardkan untuk tahun 2010 agar kita sama-sama merebut peluang dan kesempatan untuk merealisasikan pada 2010 ini. Bagi diri ku pula, teringin mencapai misi2 ini:

-memperbaiki amalan serta ibadah kepadaNYA;
-isteri terbaik untuk lelaki bergelar suami;
-ibu terbaik untuk anak bergelar Sufyan;
-anak yang sentiasa menjaga kebajikan kedua ibu bapa;
-menantu yang sentiasa menjaga hati dan perasaan mentua;
-pekerja yang rajin dan lebih berdedikasi;
-membuat simpanan semaksimum mungkin;

Walaupun misi ini nampak umum aje, akan ku cuba buat yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Sekurang-kurangnya ada sesuatu target yang aku hendak capai. YA ALLAH..permudahkanlah niat murni ku ini.Ameeenn..