Wednesday, January 7, 2009

Rindu itu milik DIA

Tinggal di apartment kami berseorangan memang sangat mengundang kesunyian yang amat mencengkam jiwa..Bila saja melihatkan barang-barang milik abang dalam rumah tu, pantas saja hadir perasaan rindu yang sukar digambarkan dengan kata-kata..hati dan jiwa terasa disiat2..pedih..menangis..

Malam tadi abang balik putrajaya juga..tak sampai hati katanya nak tinggalkan aku sorang2 dalam kesedihan kat apartment tu..aku rasa terharu sangat..tapi dalam masa yang sama aku kena belajar bersabar dan akur dengan takdir kami..hidup berasingan walaupun telah bergelar suami isteri..aku kena plan aktiviti-aktiviti yang boleh aku buat untuk mengalih seketika ingatan dan rindu pada abang..Aku kena faham abang tak mampu untuk berada di samping aku setiap ketika..Ya Allah, berikanlah aku kesabaran..kekuatan jiwa dan perasaan untuk melalui cabaran-cabaran berumah tangga ini..Aku tidak mampu Ya Allah..

La haula wala quwwata illa billah...

Sesungguhnya rindu itu lebih berhak untuk Allah..Sesungguhnya tangisan itu lebih berhak ketika bertasbih dan bersujud di hadapan Allah tika mengharapkan keampunannya..rindu dan cinta pada makhluk tidak boleh menghadirkan insan yang kita rindu dan cinta di hadapan kita tatkala kita memerlukannya..

Namun, rindu dan cinta pada Allah mustahil adalah sia-sia..kerna IA sentiasa hadir untuk kita, tidak kira masa, ketika mahupun tempat..Ya Allah..izinkanlah aku menjadi hambaMU yang paling redha..Izinkan aku menjadi tabah dalam mengharungi ujian ini..

Ameeennn..Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada suamiku, diriku, kedua ibu bapa kami serta seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

Ameeenn..

Friday, January 2, 2009

Satria Neo Ku

Alhamdulillah..30 Disember 2008 yang lalu satria neo ku telah dapat aku ambil..Setelah sebulan menunggu..
Bagi aku yang tidak pernah drive, ia adalah suatu cabaran baru buatku..kena banyak practice untuk membiasakan diri..Hari ini aku beranikan diri untuk drive sendiri ke ofis, mujur juga ramai yang bercuti tahun baru..jadi jalan agak clear..taklah aku nervous sangat..:)
Dengan adanya kereta ni, sedikit sebanyak aku dapat bergerak dengan lebih mudah..Tak perlu menapak naik bas lagi untuk ke ofis..alhamdulillah..setelah hampir 3 tahun aku bersabar untuk mendapatkan sebuah kereta..

3 hari kaknor temankan aku drive..hehe..nervous lagi lah..

Monday, December 15, 2008

Rossa - Ayat-Ayat Cinta
desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
repeat reff
ketika ku bersujud

Tuesday, December 9, 2008

Malam Pertama

8 Dis 2008

Malam pertama kami di kuarters..hehe..memandangkan housemate aku semuanye belum balik lagi, makanya aku berjaya juga memujuk suami bermalam di kuarters Presint 11..:) teruja pulak dapat duk umah sendiri..mujur juga kami dah beli set bilik tido dan sebelum Raya Haji yang lalu..:)

Selepas ini aku kena tinggal sendiri la kat kuarters tu..tapi kalau boleh biarlah ada radio untuk dijadikan teman..tak lah aku kesunyian sgt kat situ..aku kena pastikan at least ada radio..:P lebih-lebih lagi selepas mimpi merepek yang aku alami malam tadi..Ya Allah, jauhkanlah kami daripada gangguan iblis dan syaitan laknatullah..:)

Thursday, December 4, 2008

'Idul Adha 1430H

'Idul Adha 1430H bakal ku raikan di rumah Mak di Batu Pahat..Sebenarnya kami merancang untuk menyambut Raya haji di Wakaf Bharu..Tetapi memandangkan aku kena hadir Persidangan pada 10 -13 Disember 2008, dan cuti yang memang dah takde lagi nih, makanye kami sambut kat Batu Pahat aje..

Ini kali pertama aku sambut raya sebagai menantu dan isteri..:)

Friday, November 28, 2008

Neo

25 Nov 2008
Kami sampai Putrajaya lebih kurang jam 4.45 petang..

Seperti yang telah kami rancang, sesampai aje di Putrajaya, tempat pertama yang kami tuju ialah ProtonEdar di Presint 8..niatnya nak ambil sebuah kereta untuk keperluanku di Putrajaya ni..Niat asalnya aku nak ambil BLM New Saga aje..tp selepas dengar penerangan dari ejen situ, suami ku nampaknya lebih berkenan pada Satria Neo..Aku pun agak berkenan gak dengan Satria Neo, cuma yang kurang adalah dari segi praktikaliti (sebab ianya 2 pintu shj)..hmm..walau apapun, kami booking juga Satria Neo..Hmm.masih boleh dipikirkan lagi..

Majlis Bertandang

23 Nov 2008
Berlangsungnya Majlis Menyambut Menantu di tempat suamiku, Parit raja, Batu Pahat, Johor..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan..Kekurangannya keluarga ku tak dapat hadir pada majlis tu..kebetulan hari tu ayahku juga akan berangkat ke tanah suci ..jadi keluarga ku semuanya datang awal sehari ...so sempatlah diorang mengiringi ayah kami ke lapangan terbang pulak..:)

Majlis kat Batu Pahat memang meriah ...dengan jemputan yang ramai dan macam2 acara yang ada..karaoke, dj, silat dll..:) Majlis tamat awal juga, kul 430 dah takde tetamu datang..jadi dapatlah aku dan suami berehat awal sikit..

Keesokannya, suamiku bawa ku ziarah sedara mara kat batu pahat, parit besar..alhamdulillah, semua ahli keluarga suami dapat menerima kehadiranku dengan baik..Bersyukur sangat2 rasanya..

25 hb kami terpaksa bertolak kep putrajaya lebih awal... sebab ada rancangan yang telah kami rencanakan..:)