Wednesday, January 7, 2009

Rindu itu milik DIA

Tinggal di apartment kami berseorangan memang sangat mengundang kesunyian yang amat mencengkam jiwa..Bila saja melihatkan barang-barang milik abang dalam rumah tu, pantas saja hadir perasaan rindu yang sukar digambarkan dengan kata-kata..hati dan jiwa terasa disiat2..pedih..menangis..

Malam tadi abang balik putrajaya juga..tak sampai hati katanya nak tinggalkan aku sorang2 dalam kesedihan kat apartment tu..aku rasa terharu sangat..tapi dalam masa yang sama aku kena belajar bersabar dan akur dengan takdir kami..hidup berasingan walaupun telah bergelar suami isteri..aku kena plan aktiviti-aktiviti yang boleh aku buat untuk mengalih seketika ingatan dan rindu pada abang..Aku kena faham abang tak mampu untuk berada di samping aku setiap ketika..Ya Allah, berikanlah aku kesabaran..kekuatan jiwa dan perasaan untuk melalui cabaran-cabaran berumah tangga ini..Aku tidak mampu Ya Allah..

La haula wala quwwata illa billah...

Sesungguhnya rindu itu lebih berhak untuk Allah..Sesungguhnya tangisan itu lebih berhak ketika bertasbih dan bersujud di hadapan Allah tika mengharapkan keampunannya..rindu dan cinta pada makhluk tidak boleh menghadirkan insan yang kita rindu dan cinta di hadapan kita tatkala kita memerlukannya..

Namun, rindu dan cinta pada Allah mustahil adalah sia-sia..kerna IA sentiasa hadir untuk kita, tidak kira masa, ketika mahupun tempat..Ya Allah..izinkanlah aku menjadi hambaMU yang paling redha..Izinkan aku menjadi tabah dalam mengharungi ujian ini..

Ameeennn..Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada suamiku, diriku, kedua ibu bapa kami serta seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

Ameeenn..

No comments:

Post a Comment