Tuesday, December 1, 2009

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

BismiLLAHir Rahmanir Raheem.

DALAM meniti liku-liku kehidupan ini, kita seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.

Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat kita mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan tercapai, tidak setiap yang kita idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik kita tidak perlu kita tangisi. Ramai orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu kita mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.

Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan i
tu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan mungkin kita miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri kita, walaupun kita telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi dia bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap dirinya.


Oleh itu, bila seorang mukmin merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka dia bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa seorang mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”

Seorang mukmin bila ditimpa kesusahan, dan dia mengingat Allah, dengan jalan itu itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya. Seorang mukmin adalah selalu mengingati Allah dalam keadaan ditimpa penderitaan yang amat sangat sekalipun, baik dengan mengucapkan tasbih, takbir, istighfar, doa mahupun dengan membaca Al-Quran, sehingga membuat jiwanya bersih, bening, perasaannya tenang dan tenteram.

Rasulullah SAW pun bersabda: “Ingat akan Allah adalah penawar kalbu,” diriwayatkan oleh Ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah SWT; “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah hamba, benar-benar hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar-benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cintaNya, keredhaanNya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan ‘kecantikan’ Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah SWT, ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas! Kita menerima semuanya dengan senyum yang mengembang, dengan redha yang tidak terhitung. Hidupnya hanya untukNya. DIAlah tujuan hidup, sebaik-baik tujuan hidup! Sedang yang lainnya adalah wasilah, alat, bekal, modal untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Maka, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu! Kerana, ia memang bukan milikmu! Maka, bersihkan hatimu, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, kita ini adalah sebenar-benar hamba! Moga kita lebih kuat dan dekat kepadaNya.

Ameen Ya RABBal 'Alameen.

Monday, November 30, 2009

Nostalgia Indah

Hadiah Teristimewa

Alhamdulillah kupanjatkan syukur ini ke hadrat Ilahi kerana dengan pertolonganNya aku telah selamat melahirkan seorang cahaya mata yang comel penghias perkahwinan kami yang baru memasuki umur setahun dan penyejuk mata kami..Ahmad Afiq Sufyan..moga lahirmu bakal mengeratkan lagi cinta dan ikatan perkahwinan kami..moga lahirmu membawa bersama rezeki yang melimpah-limpah..moga lahirmu menjadi kebanggaan ibu dan ayah..Ameenn.

Ahmad Afiq Sufyan telah selamat dilahirkan tanggal 22 September 2009 bersamaan 3 Syawal 1430H di Hospital Batu Pahat, Johor jam 10:58 malam..Semoga membesarlah Afiq menjadi Hamba yang taat..Ameenn..

Perasaan gusar, takut, resah sebelum melahirkan Afiq terubat jua setelah melihat sendiri anak yang dikandung selama 9 bulan 14 hari lahir sihat dan sempurna sifatnya. Walaupun aku agak terkilan kerana suami tidak sempat menemaniku di labour room seperti yang kami rancang dan suamiku janjikan, perasaan tersebut hanya sebentar apabila suamiku sendiri mengazankan dan mentahnik anak kami..Alhamdulillah. Terbit seribu keinsafan dihatiku bagaimana ibuku (mek) bersusah payah melahirkan kami 10 beradik..Alangkah hebatnya wanita kerana dianugerahkan kekuatan oleh Allah melahirkan umat Muhammad bergelar manusia.

Tuesday, July 21, 2009

Debaran..

Alhamdulillah setelah 2 bulan aku tidak menyentuh blog ni, akhirnya hari ni dapat jugak aku melayarinya buat seketika..Kandungan ku kini telah masuk 7 bulan dan 4 hari..syukur sangat-sangat sebab sepanjang tempoh ini aku tak de apa-apa alahan dan tidak juga berasa nak mengidam apa-apa..:)

Cuma masalahnya aku ni ada anemia (kata doktor la)..Hmm..mungkin betul jugak sebab masa sekolah dulu pun aku selalu jugak rasa nak pitam tapi tak pernah refer doktor..:P Risau juga kalau mengancam baby dalam kandungan ni dan takut kalau2 ada komplikasi masa bersalin nanti..Ya Allah, mintak2 la dijauhkan daripada perkara-perkara buruk..

Persediaan menyambut kelahiran baby?Hehe..adalah sikit-sikit.Bulan lepas aku dan husband dah beli katil baby. Kata husbandku, katil baby penting sebab baby yang kecik belum boleh tidur atas katil mama dan papa.hehe..paham-paham ajela, kata orang bile ada baby suami akan rasa cemburu dan tersisih sedikit sebanyak..hehe..Pandai-pandai la nanti..Bulan ni kami plan nak beli barangan lain lak.Mungkin akan beli baju dan perkakasan kecik2 macam barangan penjagaan baby dan barangan untuk persiapan masa bersalin nanti..Masa aku google kat internet, kelihatannya banyak jugak nak kena buat persiapan masa bersalin dan berpantang nanti..baik bersiap awal2 agar diri sendiri dan suami tak kalut dibuatnya nanti..prepare siap-siap letak dalam bekas dan tiba masanya tinggal ambil dan bawa aje..:)

Kegusaran hendak menjadi ibu juga agak menghantui aku..mampukah aku menguruskan anak ku ini nanti seorang diri? Sedangkan aku bekerja sepenuh masa di pejabat..Ya Allah Ya Tuhanku..Aku hanya mampu menadah tangan memohon bantuan Mu Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan sebagaimana Maryam membesarkan Isa tanpa bapa..Semoga suamiku nanti lebih bertimbang rasa untuk membantu apa jua terdaya..Ameennn..

Wednesday, May 20, 2009

Persediaan

Persediaan

6 Oktober 2009 - tarikh yang dijangkakan kami akan menimang cahaya mata. Hati berbunga dan berdebar-debar untuk menyambut kehadiran insan baru dalam kehidupan kami. Tidak kurang jugak rasa takut dan khuatir. Mampukah kami menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk anak ini kelak? Mampukah kami menyediakan segala material yang diperlukan oleh anak ini kelak?

Sesungguhnya rezeki, ajal, jodoh, pertemuan dan perpisahan itu merupakan ketentuan Allah. Kami hanya mampu berdoa agar anak ini kelak mendapat kasih sayang, keperluan material yang secukupnya. Ya Allah..berikanlah kami keluasan rezeki, ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan yang bakal lebih mencabar..Kami tidak mampu Ya Allah kecuali dengan pertolonganMU jua. Murahkanlah rezeki kami sekeluarga. Ameenn..

Sentuhan dan gerakan nakal anak ini telah dapat kurasai. Indahnya perasaan untuk menjadi bakal ibu. Bayangkan saja ada wanita yang tidak begitu beruntung untuk bergelar ibu..Akan aku cuba untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku..:)

Monday, April 6, 2009

Ahli Baru

Agak lama aku tidak menitipkan coretan di laman serba kekurangan ini..Agak bizi sejak kebelakangan ni ditambah lagi dengan kursus induksi dan BTN yang perlu dihadiri..Alhamdulillah induksi dan BTN telah selamat aku sempurnakan bersama-sama dengan suami pada 10-30hb Mac yang lalu..

Sujud dan syukur kepadaMU Ya Allah kerana telah mengurniakan kami benih zuriat yang kian hari ku rasakan semakin berkembang mekar di dalam diri ku ini..Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan..Aku sekarang telah berbadan dua, sehingga saat ini umurnya 13 minggu 4 hari..:) Beristirehatlah sayang dan berkembanglah menjadi bayi yang sihat dan sempurna sifatnya..Ameeenn..Ayah dan Ibu doakan sayang lahir menjadi hamba yang taat dan patuh kepada Agama, mentaati kedua ibu bapa, lembut hatinya, penyabar dan bukan seorang pembengis..Ameennn..

Rupanya susah nak menjaga bayi di dalam kandungan ni..makanan nak kena jaga, kena cukup tidur dan paling penting makan makanan yang berkhasiat..Berat badanku yang tidak mencecah 43 kg ini saban hari terasa lemah dan tidak bermaya..walaupun telah ku gagahi untuk makan melebihi seleraku sendiri..Paras hemoglobin yang hanya 9.3 bukan shj merunsingkan jururawat yang memeriksaku..aku lebih lagi la runsing, suami dan mertuaku tidak kurang risaunya..:P Sayang, jgn banyak ragam ye..kesian Ibu dan Ayah kat luar ni..:)

Tapi alhamdulillah, selain kekurangan di atas, aku tidak mengalami apa-apa alahan atau muntah-muntah..mengidam pun tidak juga..Cuma suami kena 3 kali ganda bersabar dengan kerenah merajuk dan manja yang "tak ingat".hehe..Sabar ye abang..Sayang akan cuba kurangkan kerenah ini setakat termampu..:)

Buat masa sekarang, kami belum membuat persediaan untuk menyambut kehadiran bayi..terasa macam mengada-ngada la pulak kalau dah bersiap dari sekarang.hehe..tunggulah bila dah agak dekat sikit..1-2 bulan sebelum melahirkan..Cuma nye di waktu-waktu dan keadaan macam ni aku tengah belajar untuk menguatkan emosi dan berdikari sejauh mungkin sebab suami hanya berada bersama 2 hari seminggu dan selebihnya aku yang kena mengurus diri sendiri..Persediaan yang aku fikir sgt perlu untuk menghadapi saat-saat selepas kelahiran bayi kami kelak..

Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan..Ameeenn..

Wednesday, January 7, 2009

Rindu itu milik DIA

Tinggal di apartment kami berseorangan memang sangat mengundang kesunyian yang amat mencengkam jiwa..Bila saja melihatkan barang-barang milik abang dalam rumah tu, pantas saja hadir perasaan rindu yang sukar digambarkan dengan kata-kata..hati dan jiwa terasa disiat2..pedih..menangis..

Malam tadi abang balik putrajaya juga..tak sampai hati katanya nak tinggalkan aku sorang2 dalam kesedihan kat apartment tu..aku rasa terharu sangat..tapi dalam masa yang sama aku kena belajar bersabar dan akur dengan takdir kami..hidup berasingan walaupun telah bergelar suami isteri..aku kena plan aktiviti-aktiviti yang boleh aku buat untuk mengalih seketika ingatan dan rindu pada abang..Aku kena faham abang tak mampu untuk berada di samping aku setiap ketika..Ya Allah, berikanlah aku kesabaran..kekuatan jiwa dan perasaan untuk melalui cabaran-cabaran berumah tangga ini..Aku tidak mampu Ya Allah..

La haula wala quwwata illa billah...

Sesungguhnya rindu itu lebih berhak untuk Allah..Sesungguhnya tangisan itu lebih berhak ketika bertasbih dan bersujud di hadapan Allah tika mengharapkan keampunannya..rindu dan cinta pada makhluk tidak boleh menghadirkan insan yang kita rindu dan cinta di hadapan kita tatkala kita memerlukannya..

Namun, rindu dan cinta pada Allah mustahil adalah sia-sia..kerna IA sentiasa hadir untuk kita, tidak kira masa, ketika mahupun tempat..Ya Allah..izinkanlah aku menjadi hambaMU yang paling redha..Izinkan aku menjadi tabah dalam mengharungi ujian ini..

Ameeennn..Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada suamiku, diriku, kedua ibu bapa kami serta seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

Ameeenn..

Friday, January 2, 2009

Satria Neo Ku

Alhamdulillah..30 Disember 2008 yang lalu satria neo ku telah dapat aku ambil..Setelah sebulan menunggu..
Bagi aku yang tidak pernah drive, ia adalah suatu cabaran baru buatku..kena banyak practice untuk membiasakan diri..Hari ini aku beranikan diri untuk drive sendiri ke ofis, mujur juga ramai yang bercuti tahun baru..jadi jalan agak clear..taklah aku nervous sangat..:)
Dengan adanya kereta ni, sedikit sebanyak aku dapat bergerak dengan lebih mudah..Tak perlu menapak naik bas lagi untuk ke ofis..alhamdulillah..setelah hampir 3 tahun aku bersabar untuk mendapatkan sebuah kereta..

3 hari kaknor temankan aku drive..hehe..nervous lagi lah..