Monday, April 18, 2011

Outing..

Tajuk entry ni takde kena mengena dengan budak2 skolah asrama ye..dan aku sendiri tak pernah duk asrama pung kecuali masa studi kt uni dulu..:-)

Khamis - Sabtu lepas aku sekeluarga ke Kuantan kerana aku kena menghadiri persidangan tempat keje ku cum bawak anak2 jalan2..meluaskan pemandangan dan pengalaman..perjalanan yang memakan masa 4 jam sangatlah meletihkan sbb Afiq agak meragam sepanjang perjalanan (budak yang tak suka jalan berliku2..huhu)..Walaupun penat dan penat, jam 5 kitaorg berjaya juga check in kat Swiss Garden, Kuantan tu..malamnye aku kena pulak hadiri majlis makan malam rasmi..maka nye tinggallah anak2 dengan suami je kt bilik..pandai pula suami menjaga anak2.hehe..dengan syarat sebelum kuar hadiri aktiviti persidangan aku dah siapkan susu Afiq dan Faqeh..(Alhamdulillah susu Faqeh bejaya dibawa ke destinasi dengan jayanye dengan bantuan cooler bag dan bekas tahan sejuk tu..). Susu Faqeh ku bawa 7 botol x 4.5 oz + 5 bekas dadih x 3 oz..banyak gak ek..hmm..rupa2nye Faqeh takle minum banyak sgt pun siang..tak abis pun..hmm..dengan penuh tawakal aku bawak balik Putrajaya semula dan tempatkan semula kt Freezer..sayang kalau nak buang (ada susu yang dah cair sepenuhnya dan ada yang belum mencair)..huhu..kepadaMU aku berserah..

Seronok betul Afiq sbb dapat main kt swimming pool setiap hari (sbb swimming pool hanya berhadapan dengan bilik kitaorang je)..berendam dan main air sampai biru2 bibirnye..sampai kecut jari jemarinye..huhu.. dan selsema lak anak2 ku..puas main air, suami bawak pulak anak2 main game kat sebelah bilik kitaorang..main sampai puas..hehe..Sayangnye itu aje aktiviti yang anak2 dapat buat sebab aku kena hadir aktiviti lain (aktiviti "penyu" kt Cherating, dll). Lagipun susah gak kalau suami nak handle dua2 budak tecik tu sorang2..ooooops..aktiviti memantai (sesuka bahasa je kan.hehe) tak dilepaskan..seronok Afiq bermain kejar-mengejar dengan sang ombak yang menghempas2 manja tu..hehe..sayangnye ibu tiada bersama untuk melihat momen2 yang bernilai itu..:-(

Aktiviti  persidangan hanya Jumaat..Sabtu dah takde pape..So, Sabtu tengahari kitaorg da gerak balik ke Putrajaya..Penat juga..hmm..mujurlah Afiq tidak meragam cuma sesekali menjerit2 bile kete membelok mengikut liku2 jalan (huhu..budak yang tidak suka jalan-jalan berliku nih!).

Begitula adanya..Semoga ada lagi peluang untuk kami bercuti bersama2 pada masa2 depan..Mudah2an..:)

No comments:

Post a Comment