Monday, February 28, 2011

New Hobby..

Psstt...kite tengah plan new hobby..hihihik..insyaallah bile tercapai kite update dalam blog entry yea..

My Breastfeeding Journey

Alhamdulillah sudah 4 bulan 10 hari aku menyusukan Rujhan..Bersyukur sangat Allah mempermudahkan jalan untukku memberikan yang terbaik buat Rujhan..Aku tidak akan memandang ke belakang lagi bahkan akan terus berusaha dan berdoa agar aku diberikan kesempatan menyusukan Rujhan sehinggalah umurnya 2 tahun sekurang-kurangnya..:)). Buat Sufyan, ibu tetap menyayangimu sepenuh hati walaupun tidak lama kita bermesra dalam penyusuan.hihik..ayat berbunga apa ntah nih..

Rujhan telah bertambah sihat dan mulus kulitnye (perasantan tul..mestile..kalau ibu tak memuji anak, nak harapkan orang luar memuji???..moral: pujila anak2 walaupun kelebihannya sedikit cuma kerna itu boleh meningkatkan jati diri dan keyakinannye untuk menempuh masa hadapan.).

Ya Allah..tanpa segan aku memanjatkan doa dan menadah tangan di hadapanMU agar aku diberikan kekuatan dan murahkanlah rezeki anak2 ku..Ameeen.

Selera Sufyan..

Semasa Sufyan demam 2-3 hari yang lepas, dia langsung tiada selera makan.Makan aje terus muntah..susu pun sama..minum susu terus muntah..kesian pulak menengoknye..lastly bagi air masak je, lemah gemalai jadinye si Sufyan ni sbb tak lalu makan..dah la masa dia sihat pun memilih makanan.Tak tau dah nk masak apa (cheh macam malas rajin masak pung.hehe) .. terpaksa la ku godek2 internet cari penyelesaian untuk meningkatkan selera makan Sufyan..jom kongsi:

Kanak-kanak mesti dilatih lebih awal supaya mereka biasa dengan pelbagai sayur, buah-buahan
Kita sering mendengar keluhan daripada ibu bapa yang mengatakan anak mereka kurang selera makan. Kebimbangan mereka memuncak apabila mendapati berat anak mereka terus menurun. Sebagai ibu bapa kita perlu faham bahawa terdapat pelbagai faktor menyebabkan selera makan kanak-kanak berkurangan. Antaranya faktor makanan itu sendiri, rasanya, penyajian kurang baik, menu makanan tidak menarik dan tidak bervariasi.

Selain itu, masalah anak tidak mahu makan terutama pada usia antara 1 hingga 3 tahun juga dipengaruhi sikap ibu bapa yang memaksa anak mereka makan dalam jumlah tertentu (ngeh3..aku ler tu). Perlu disedari, paksaan boleh menyebabkan anak marah dan memberontak ketika diberi makan. (patut ler Sufyan duk menyuap2 menyepah2 makanan jer!) Dalam menghadapi keadaan begini, kesabaran amat diperlukan dan ibu bapa wajar memberi kasih sayang seperti memujuk dengan lemah lembut. Kurang selera makan dalam jangka masa yang lama pada kanak-kanak boleh membahayakan kesihatannya seperti kekurangan gizi (zat) dan melambatkan pertumbuhan serta perkembangan minda mereka.

Memilih makanan yang sihat dan mengurangkan risiko kepada kesihatan kanak-kanak, bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi terdapat pelbagai makanan ringan atau makanan segera di luar. Sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab untuk mengawal pola makanan dan jenis makanan anak mereka. Mengikut kajian, pola pemakanan dan jenis makanan yang dimakan oleh kanak-kanak sekarang lebih banyak memberi kesan buruk kepada pertumbuhan mereka. Ibu bapa perlu memilih makanan yang benar-benar diperlukan bagi perkembangan kesihatan anak mereka. (selalu jugak bagi Sufyan makan kfc la..mc D la..isk3..doh mak dier rajin tak masak, bapaknye pulok gemor sesangat fast food gitu..:( )

Pakar Pemakanan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Suhaila Mohamed, berkata kanak-kanak membesar dengan cepat tetapi saiz perut mereka tetap kecil iaitu sebesar genggaman tangan. “Mereka memerlukan makanan yang sedikit tetapi berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin serta zat galian,” katanya. Beliau berkata, kanak-kanak pada usia antara 1 hingga 3 tahun perlu diberikan makanan sesuai dengan pertumbuhan mereka.

“Bayi berumur antara 6 hingga 12 bulan pula boleh diberi daging, nasi dan sayuran yang dikisar dan dihancurkan. Bagi yang berumur satu tahun ke atas, mereka mempunyai daya fizikal untuk memakan makanan yang bertekstur seperti makanan seisi keluarga. “Biasakan kanak-kanak pada usia ini boleh diberi jus buah-buahan dan sayuran yang berkhasiat bagi menggantikan nutrien yang kurang dalam badan mereka. Semua jenis buah-buahan dan sayuran baik untuk mereka,” katanya.

Katanya, sediakan sayur dan buah-buahan setiap kali waktu makan dengan memulakan sedikit demi sedikit supaya minat mereka timbul. Dr Suhaila berkata, kanak-kanak harus dilatih dari awal supaya mereka biasa dengan pelbagai sayuran dan buah-buahan. “Buah-buahan boleh diberi dalam bentuk jus atau dipotong kecil supaya mudah hadam. Tekstur makanan yang diberikan perlulah sentiasa diawasi bagi mengelakkan kanak-kanak dari tercekik.

“Cara mereka disuap dan kadar makanan yang diberikan perlu sesuai mengikut pertumbuhan mereka,” katanya. Katanya, pelbagaikan cara penyediaan makanan dan memujuk dengan lembut adalah amalan yang paling baik. “Beri galakan supaya mereka makan tetapi bukan memaksa. Beri makanan perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Ibu bapa perlu mempelbagaikan jenis makanan dan mengurangkan gangguan supaya waktu makan menjadi kesempatan untuk mereka belajar,” katanya.

Beliau berkata, perlu diingatkan pergantungan kepada susu ibu atau susu tin tidak memadai untuk menampung pertumbuhan kanak-kanak. “Sayur dan buah-buahan perlu diberi agar khasiat penting yang tiada dalam susu dapat disalurkan. “Soya adalah antara minuman yang berkhasiat dan penting untuk kanak-kanak pada usia antara 1 hingga 3 tahun,” katanya. Katanya, makanan harian perlu lengkap dengan kandungan protein dan zat besi seperti ayam, daging lembu dan ikan kaya manakala sayuran yang kaya dengan vitamin A dan C termasuk labu kuning, lobak merah, ubi kuning, brokoli, tomato serta mangga.

“Pengambilan makanan tambahan seperti multi-vitamin mesti tinggi dengan kandungan tenaga, protein, zat galian, zat besi, zink, kalsium, vitamin A, vitamin C dan asid folik yang sesuai untuk pertumbuhan mereka.
“Pengambilan makanan tambahan ini sebaik-baiknya dimulakan dari peringkat awal. Selain dapat memberikan nutrien lengkap ia juga membantu menambah selera makan,” kata Dr Suhaila. Beliau berkata, sayuran kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin A, C dan E dapat mengurangkan risiko kanser. “Fiber yang tidak larut dalam air terdapat dalam sayur yang tidak hadam dapat mencegah sembelit dan kanser,” katanya.

Jumlah makanan tambahan perlu diberi dalam sehari



  • Mulakan dengan 2 dan 3 sudu teh.






  • Berikan makanan tambahan tiga kali sehari bagi anak berumur 6 dan 7 bulan.







  • Tambahkan lima kali sehari apabila berumur 12 bulan.







  • Tambahkan snek apabila berumur 12 dan 24 bulan.







  • Tambahkan kadar dan pelbagaikan jenis makanan.







  • Gunakan sudu dan cawan - elakkan botol susu.





  • Tips untuk menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah-buahan



  • Sediakan hidangan yang menarik dan pelbagai warna.







  • Bijirin sarapan bersama buah-buahan.







  • “Milk shake” buah-buahan.







  • Bekalkan buah-buahan ke sekolah.







  • Babitkan anak ketika membeli sayur dan buah-buahan.









  • Beri peluang si kecil memilih sayur dan buah-buahan yang disukai.






  • Sumber : Berita Harian

    Tuesday, February 22, 2011

    Bilakah Seorang Anak Perlu Didisiplin?

    Semoga artikel ni bermanfaat untuk diriku dan kita semua..:)
    Sumber: Klik Sini

    Puan. Saya mempunyai seorang anak lelaki tunggal baru berusia setahun setengah. Masalah saya ialah, suami saya mudah naik baran dan kurang sabar dengan anak kami. Bila saya tegur, alasan yang diberikannya ialah supaya anak tidak pijak kepala bila besar nanti. Apakah pandangan puan? Bilakah sebenarnya waktu dan tempoh paling sesuai untuk seseorang anak itu mula didisiplin oleh ibubapa?  ~ Z, Shah Alam.

    Jawapan :
    Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh Puan Z. Bila menyebut tentang 'disiplin', sesetengah ibubapa menyangka ia bermakna 'memukul', 'mengugut' atau mengambil tindakan kasar supaya si anak berubah kelakuan kepada yang lebih baik. Pada pandangan saya, 'disiplin' lebih sesuai ditakrifkan sebagai 'menetapkan dan menguatkuasakan hadnya' (to set and enforce limits).

    Disiplin Mengikut Umur
    Disiplin boleh ditetapkan berdasarkan umur. Ini kerana, kanak-kanak yang berbeza umurnya sudah tentu berbeza dari segi kematangan dan kebolehan memahami tindak-tanduk ibubapa. Umpamanya, seorang anak berusia tiga tahun sudah tentu berbeza caranya untuk mendisiplin berbanding anak yang sudah berusia sepuluh tahun.
    Secara amnya, dari segi umur dan disiplin, kanak-kanak boleh dikategorikan seperti berikut:
    1. Bayi baru lahir – 1.5 tahun: Tidak perlu didisiplin. Anak yang masih bayi hanya mampu menangis jika ada sesuatu yang tidak kena. Ia menangis bila kurang sihat. Menangis bila lapar. Menangis bila tidak selesa. Jadi formula untuk anak yang masih kecil seperti ini ialah BERTINDAK SECARA RESPONSIF iaitu berikan perhatian sewajarnya. Malah, kajian membuktikan, bayi yang ibu-bapanya sentiasa responsif (cepat memberi respons dan tidak membiarkan anak berlarutan menangis) menjadi anak yang lebih tinggi keyakinan dirinya apabila meningkat remaja.
    2. 1.5 tahun – 2 tahun: YA dan TIDAK. Maksudnya, untuk anak dalam lingkungan umur ini, kita hanya perlu memperkenalkan disiplin secara lembut, umpamanya dengan diperingatkan berkali-kali. Contohnya apabila anak cuba memasukkan jari ke dalam soket elektrik, kita larang dan katakan, "Ini soket elektrik. Boleh terbakar tangan jika disentuh."
    3. 2 tahun – 5 tahun. Inilah peringkat umur yang benar-benar memerlukan ibubapa untuk memperkenalkan kaedah disiplin berkesan untuk jangka panjang. Inilah objektif disiplin kita; iaitu seorang anak sudah elok perangainya apabila mencapai lingkungan kira-kira 5 tahun. Bermakna, dalam tempoh tiga tahun, seseorang anak boleh diharapkan secara realistik untuk dididik berkelakuan baik, contohnya tidak memecahkan barang atau sudah pandai mengambil hati kawan.

    Peka Dengan Perkembangan Anak
    Pun begitu, kategori umur di atas hanyalah sebagai garis panduan kasar sahaja. Perlu diingat bahawa setiap kanak-kanak mengalami proses kematangan yang unik dan berbeza dari kanak-kanak yang lain. Sesetengah anak menjadi matang lebih cepat dan awal berbanding anak-anak yang lain. Manakala sesetengah yang lain pula lebih lambat dan memerlukan jauh lebih banyak kesabaran dan ketabahan, umpamanya anak yang lambat pembesaran ('slow development'). Oleh itu, Puan perlu peka untuk mengubah-suai kategori di atas mengikut kematangan anak Puan sendiri.

    Beberapa Kaedah Disiplin
    Tentunya tiada sekolah di mana kita boleh belajar cara-cara untuk mendisiplin anak. Rata-rata ibubapa cenderung untuk mendidik anak mengikut apa sahaja gaya didikan yang diterima mereka sendiri.  Biasanya ini ialah stail ibubapa mereka sendiri atau datuk atau nenek atau sesiapa sahaja yang berperanan membesarkan mereka semasa kecil. Oleh itu, jika mereka dibesarkan secara lembut, kemungkinan besar inilah stail yang bakal digunakan untuk mengasuh anak sendiri. Begitu juga sebaliknya; jika dibesarkan oleh ibubapa yang garang dan panas baran, sebagai ibu atau bapa inilah cara yang secara automatik akan digunakannya. Dalam erti kata lain, gaya mengasuh anak biasanya dipelajari turun-temurun.
    Beberapa kaedah disiplin yang biasa digunakan termasuk:
    1. AGRESIF: Kasar melampaui batas umpamanya sering memukul dan memaki-hamun anak.
    2. PASIF: Terlalu memanjakan anak dan membiarkannya membuat apa sahaja yang diingini.
    3. MANIPULATIF: Menyalahgunakan autoriti sebagai ibubapa dengan memainkan emosi negatif anak. Contohnya suka membanding-bandingkan seorang anak dengan anak yang lain terutama di hadapan anak yang kurang digemari. Contohnya dari segi kepintaran dan pencapaian.
    4. ASERTIF: Tegas bila perlu dan kena pada tempatnya.
    Selain itu terdapat cara-cara lain yang kurang berkesan seperti tabiat suka berleter. Anak yang sudah terbiasa dileter akan 'switch off' secara automatik sebaik sahaja mendengar ibu atau bapa mula berleter.  Jadi apa yang diperolehi oleh ibubapa yang suka berleter hanyalah tekanan darah yang semakin tinggi!

    Fikirkan : Adakah Cara Yang Lebih Baik
    Saya berani mengatakan, tiada seorang ibu atau bapa pun yang boleh dikatakan mendidik anak cukup sempurna di dunia ini termasuk diri saya sendiri. Ini kerana yang sempurna itu hanya Allah Maha Kuasa dan kesempurnaan itu hak Allah semata-mata. Selagi kita bergelar insan, usaha mendidik anak ini adalah suatu usaha yang berterusan; kita perlu berusaha menuju kesempurnaan. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menyoal diri dan mengimbas kembali usahanya setiap hari sama ada dia sudah melakukan yang terbaik untuk anaknya ataupun tidak. Kebanyakan kita menggunakan gabungan keempat-empat kaedah yang disenaraikan di atas. Tetapi semakin banyak kaedah ASERTIF yang kita gunakan, bertambah baiklah disiplin dan akhlak anak kita.

    Pilih Kaedah Asertif - Kaedah Disiplin Terbaik
    Apakah bezanya kaedah ASERTIF dengan kaedah-kaedah lain? Paling penting, ibu bapa yang ASERTIF bersikap tegas apabila perlu tetapi lembut di waktu-waktu lain. Bila difikirkan, untuk anak yang umurnya setahun setengah ke atas, situasi yang memerlukan ketegasan lazimnya hanya berlaku beberapa kali sehari sahaja.

    Yang saya maksudkan dengan ungkapan 'bersikap tegas' di sini ialah contohnya bercakap dengan nada yang tegas tanpa meninggikan suara sehingga menggerunkan anak tesebut. Umpamanya dengan anak yang sudah berusia hampir lima tahun, memadai dahi berkerut dan nada sedikit kurang senang untuk mengingatkannya supaya mandi sebelum waktu magrib.
    • Contoh: Anak yang baru berusia setahun setengah tertumpah air secara tidak sengaja di atas meja.
    • Respons yang sesuai: Ambilkan kain lap, letakkan tangan anda di atas tangannya dan sama-sama lapkan air yang tumpah. Ibubapa yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk mengajar anaknya dengan berkata, "Bila air tumpah, kita lap. Kalau tidak, lantai jadi licin, nanti adik jatuh!" Dengan ini, bukan sahaja anak diajar untuk tidak panik bila sesuatu yang kurang diingini berlaku, perbendaharaan katanya juga meningkat berkembang!
    • Respons yang TIDAK sesuai: Memukul tangannya atau menampar atau menengking.
    Juga salah satu ciri kaedah ASERTIF ialah, anak diberi ruang untuk belajar daripada akibat perbuatannya sendiri. Prinsipnya mudah: Perbuatan yang baik menghasikan akibat yang baik. Manakala perbuatan yang buruk pula menghasilkan akibat yang buruk. Dengan ini, setiap anak belajar untuk bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuatnya.

    Jika ibu bapa bersikap konsisten iaitu peraturannya tidak berubah-ubah tidak tentu hala setiap hari, seseorang anak itu akan jelas tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya. Hasilnya, dalam masa tiga tahun yang singkat ini (antara 2 – 5 tahun), secara beransur-ansur anak itu dengan sendirinya mudah dilentur dan seluruh keluarga akan lebih harmoni, Insya'Allah. WallahuA' lam.

    Resipi Masakanku

    Jangan korang terkejut/jeles ye sebab resipi masakanku semakin bertambah2 sekarangni..he he.Sila lihat list di bawah:

    (i)    nasi ayam Presint 9;
    (ii)   nasi kukus ayam berempah Presint 9;
    (iii)  bubur nasi Presint 9 (untuk anak);
    (iv)  kueteow/mihun sup Presint 9;
    (v)   roti john...pandai kah aku masak??........Presint 9 gak;
    (vii) sate ayam/daging Presint 9;
    (viii) tauhu bakar Presint 9;
    (ix)  lauk pauk kedai makan mana ntah kat Gombak;
    (x)   kfc Alamanda;
    (xi)  McD Alamanda;
    (xii)  Kenny Rogers Alamanda;
    (xiii)  Nasi Ayam Ayamas Alamanda;
    (xiv)  Sotong masak pedas (sotong tin REX)...yang ni aku masok sendiri..dan kata suamiku SEDAPNYEEE..

    hahahaha..punya la malas tahap apa kan aku nih..nak buek guano, anak ramai tak cukup tangan..:) (gaya macam anak 10..:P)

    Saturday, February 19, 2011

    Macamana nak handle stress????