Tuesday, September 28, 2010

Sufyan Yang Setahun

Tanggal 22 September yang lalu genaplah umur Ahmad Afiq Sufyan setahun masihi atau 3 Syawal yang lalu setahun Hijri..Cepat betul rasanya masa berlalu. Padahal ku rasakan baru je sekejapan Sufyan lahir, tup tup dah genap setahun..Maha Suci Allah yang menjaga peredaran masa sedemikian..

Alhamdulillah Sufyan membesar dengan sihat dan aktif seperti anak-anak lain jugak. Gigi Sufyan sudah masuk yang ke-7 dan sudah pandai 'meniti' dari satu meja ke satu sofa..tanda-tanda Sufyan mahu belajar berjalan..:) Dengan bantuan ayah atau ibunya, Sufyan menuruti minatnya menapak anak-anak tangga umah naik dan turun dan naik lagi..huhu penat nye melayan minatnya yang satu nih..

Setahun berlalu membuatkan aku seronok mengimbau kembali keletah-keletah Sufyan yang mencuit hati tak kurang juga yang 'mencabar' kesabaran ku ini..:-( . Walaupun penat bekerja seharian, terubat juga dengan gelak2 manja Sufyan dan senyuman yang tiada dapat di cari di mana-mana..Namun kekadang manja yang berlebihan itu membuat aku terseksa jua..:P nak ke dapur susah..nak ke bilik air susah..nak mandi apatah lagi.huhuk

Seminggu ini Sufyan telah pantas tido sendiri walaupun percubaannye untuk tido sendiri mengambil masa yang agak lama dan menggugat kesabaran ini..(Sabar itu indah..:P)..Semalam dengan pelbagai caranya aku cuba pujuk Sufyan supaya tido dengan tenang, akhirnya tenang dan terlena juga diulit alunan bacaan Surah Yaasin dr handphone ku..Comel betul..Tahap kemanjaan Sufyan akan menjadi2 bile ayah nya ada..mahu tido di pangkuan atau di bahu aje atau di dada ayah nye..alahai anak ku ini..apa-apa aje.

Feveretnya mendengar muzik, maka akan tergedik2 lah tangan nya mengikut rentak muzik yang dia dengar..Ini lah agaknya minat anak-anak kecil yang lain juga..:) dan senyumannya meleret2 bile ayah dan ibu turut sama 'tergedik2'.hahaha

Namun hari lahir pertama ini ibu dan ayah tidak berkesempatan untuk menyambutnya dengan kek atau apa pun..hanya doa yang mengiring semoga Sufyan membesar sebagai anak yang Soleh, taat, bijak, etc..Ameeenn..

2 comments:

  1. huhu. tetiba teringat anak sendiri. tabah btul paijo dapat duk jauh ngan anak. saya 1 hari tak tgk udah rasa libang libu.

    apa2 hal pun, we r all young parents. too many things need to learn. gud luck for everybody. macam shin chan cakap dalam komik dia " bayi boleh membawa hembusan kebahagiaan". kadang2 saya rasa saya lebih memerlukan anak saya daripada dia memerlukan saya. ;)

    ReplyDelete
  2. nak buat mcmana lagi..dah terpaksa berjauhan begitu..hanya gambar2 dan video yg jadi pengubat rindu..hehe.tapi dalam tempoh sy berpantang nanti paijo ckp sy takleh bw anak blk kelantan, dia nak jaga..nnti dia rindu kt anak2 dan bini dia..:P

    Betul tu kelisa_samudera..anak2 ni permata yg membahagiakan..sebab tu kena gilap betul2 jgn sampai permata berubah menjadi kaca..:)

    ReplyDelete