Tuesday, September 28, 2010

Sufyan Yang Setahun

Tanggal 22 September yang lalu genaplah umur Ahmad Afiq Sufyan setahun masihi atau 3 Syawal yang lalu setahun Hijri..Cepat betul rasanya masa berlalu. Padahal ku rasakan baru je sekejapan Sufyan lahir, tup tup dah genap setahun..Maha Suci Allah yang menjaga peredaran masa sedemikian..

Alhamdulillah Sufyan membesar dengan sihat dan aktif seperti anak-anak lain jugak. Gigi Sufyan sudah masuk yang ke-7 dan sudah pandai 'meniti' dari satu meja ke satu sofa..tanda-tanda Sufyan mahu belajar berjalan..:) Dengan bantuan ayah atau ibunya, Sufyan menuruti minatnya menapak anak-anak tangga umah naik dan turun dan naik lagi..huhu penat nye melayan minatnya yang satu nih..

Setahun berlalu membuatkan aku seronok mengimbau kembali keletah-keletah Sufyan yang mencuit hati tak kurang juga yang 'mencabar' kesabaran ku ini..:-( . Walaupun penat bekerja seharian, terubat juga dengan gelak2 manja Sufyan dan senyuman yang tiada dapat di cari di mana-mana..Namun kekadang manja yang berlebihan itu membuat aku terseksa jua..:P nak ke dapur susah..nak ke bilik air susah..nak mandi apatah lagi.huhuk

Seminggu ini Sufyan telah pantas tido sendiri walaupun percubaannye untuk tido sendiri mengambil masa yang agak lama dan menggugat kesabaran ini..(Sabar itu indah..:P)..Semalam dengan pelbagai caranya aku cuba pujuk Sufyan supaya tido dengan tenang, akhirnya tenang dan terlena juga diulit alunan bacaan Surah Yaasin dr handphone ku..Comel betul..Tahap kemanjaan Sufyan akan menjadi2 bile ayah nya ada..mahu tido di pangkuan atau di bahu aje atau di dada ayah nye..alahai anak ku ini..apa-apa aje.

Feveretnya mendengar muzik, maka akan tergedik2 lah tangan nya mengikut rentak muzik yang dia dengar..Ini lah agaknya minat anak-anak kecil yang lain juga..:) dan senyumannya meleret2 bile ayah dan ibu turut sama 'tergedik2'.hahaha

Namun hari lahir pertama ini ibu dan ayah tidak berkesempatan untuk menyambutnya dengan kek atau apa pun..hanya doa yang mengiring semoga Sufyan membesar sebagai anak yang Soleh, taat, bijak, etc..Ameeenn..

Monday, September 13, 2010

Raya Ke-3 Sufyan..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..

Idul Fitri 2010 ni merupakan raya ketiga bagi Sufyan. Kali pertama Raya Idul Fitri tahun 2009, di mana Sufyan lahir pada Raya Ke-3..Walaupun belum paham maksud raya, kiranya dah tiga kali aku dan suami menyambut raya bersama anak..:) Kali ke-2 Sufyan beraya Idul Adha di KB dan kali ke-3 ni, IdulFitri di BP..


Pagi-pagi lagi kitaorang dah bergambar..hehe sementara masih elok berpakaian raya..:)
Sufyan pulok yang pandang muka ibu dia bukannya nak pandang muka kamera..huhu
Yang paling ceria di pagi ni ialah..jeng3 haha korang musti buleh teka sendiri kan..:P
Ibu Sufyan bergambar macam takde perasaan je..teringat kampung sendiri le..
Apapun comel sungguh Sufyan berbaju melayu dan bersampin kan..:)
Semuanya Opah dio yang sediakan..cucu sulong katakan..


Pastu giliran Opah pulak bergambar dengan Sufyan..
Eh3..
Sufyan masih lagi takut2 dengan Opah dia..bile agaknye nak biasa ngan Opah ye..kecian gak Opah dia.hehe
Huhu..Tok Mek dia tak berkesempatan beraya dengan Sufyan tahun ni..lagi kesian..hhmmm


Lepas tu bergambar bertiga lagi..:) masa ni perut udah kenyang dengan lontong, ketupat dan rendang..Sufyan pun tumpang meratah rendang dan lontong..

Ibu dia je yang teringat mihun goreng yang selalunya tak pernah miss disediakan di Hari raya Pertama kt Kampung halaman nun jauh di sana.huhu
Agaknya tekak ni belum selesa dengan rendang dan lontong..:P

Gambar lontong dan rendang tak dapat di upload sini sebab terlupa nak snap sekeping dua..tak sempat snap laki ku dah bantai semua..hehe (gurau je!!)


Bergambar berdua lak dengan ayah dia..2 hansome men/boys..:P Baju pun sedondon..


Bergambar berdua ngan ibu lak sebelum gerak ke umah Atuk/moyang Sufyan kat BP..
Ntah pae la perasaan Sufyan ketika ni..terpinga2??teruja??tertanya2??haha..kumpul duit raya dengan anak..:P
Bile ayah dah penat drive, bagi anak lak drive..memang sesuai..:)
pon3..

(Alkisahnye raya ketiga aku dan famili dah gerak ke Putrajaya sebab Isnin da masuk keje.huhu..penat giler ni.. )

Friday, September 3, 2010


Di kesempatan ini ku mengucapkan Selamat Hari raya Idul Fitri kepada tetamu2 blog ku ini.. Walaupun aku sendiri tak balik beraya ke kampung halaman, semoga kalian semua berhati2 lah semasa memandu ye!
Maaf Zahir & Batin..