Alhamdulillah..Tanggal 31 Oktober 2008 aku telah bergelar isteri kepada seorang suami..Setinggi-tinggi syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi..Selepas saat itu, aku tekadkan dalam hati dengan niat yang ikhlas untuk menjadi isteri yang taat, isteri yang menjadi penyejuk mata suami, pendorong ketika suami memerlukan semangat untuk berjuang, pelindung kala suami dicerca...menjadi sayap kiri buat suami tercinta..ameeenn..
Doa yang selalu kupanjatkan agar kehidupan kami sentiasa diberkati Allah dan diredhai..Agar kami dikekalkan oleh Allah untuk sentiasa hidup dalam kasih sayang yang tidak pernah pudar..bahkan sentiasa subur dan kembang mekar..Agar kami dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..menjadi penyejuk mata kami serta penawar kala duka..
Betapa ku mengharapkan hati-hati kami sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang antara satu sama lain..Ikhlas berkongsi segala suka dan duka..Saling menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing..Sanggup dan ikhlas memimpin dan dipimpin..ke arah kebaikan dan keredhaanNYA..
Doa dipanjatkan agar dimurah dan diluaskan sumber rezeki kami buat bekalan kami sebagai khalifah di muka bumi...agar kami tidak lupa untuk berbuat kebaikan tidak kira tika senang mahupun sukar..Agar kami tidak lupa menjaga kebajikan kedua ibu bapa kami..kerana dengan izin dan redha mereka kami diikat dengan ikatan ini..Moga kami menjadi contoh yang baik buat zuriat-zuriat kami..
Ya Allah..jika hati-hati kami ini keras, maka lembutkanlah..jika kami leka, maka ingatkan lah dengan bagaimana carapun..jika kami ragu-ragu, maka tunjukilah kami jalan kebenaran dan petunjuk yang terang..Kami tidak mampu untuk mengharungi titian hidup ini tanpa bantuan dan pertolonganMU ya Allah..maka bantulah kami..
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete