Friday, November 28, 2008

Neo

25 Nov 2008
Kami sampai Putrajaya lebih kurang jam 4.45 petang..

Seperti yang telah kami rancang, sesampai aje di Putrajaya, tempat pertama yang kami tuju ialah ProtonEdar di Presint 8..niatnya nak ambil sebuah kereta untuk keperluanku di Putrajaya ni..Niat asalnya aku nak ambil BLM New Saga aje..tp selepas dengar penerangan dari ejen situ, suami ku nampaknya lebih berkenan pada Satria Neo..Aku pun agak berkenan gak dengan Satria Neo, cuma yang kurang adalah dari segi praktikaliti (sebab ianya 2 pintu shj)..hmm..walau apapun, kami booking juga Satria Neo..Hmm.masih boleh dipikirkan lagi..

Majlis Bertandang

23 Nov 2008
Berlangsungnya Majlis Menyambut Menantu di tempat suamiku, Parit raja, Batu Pahat, Johor..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan..Kekurangannya keluarga ku tak dapat hadir pada majlis tu..kebetulan hari tu ayahku juga akan berangkat ke tanah suci ..jadi keluarga ku semuanya datang awal sehari ...so sempatlah diorang mengiringi ayah kami ke lapangan terbang pulak..:)

Majlis kat Batu Pahat memang meriah ...dengan jemputan yang ramai dan macam2 acara yang ada..karaoke, dj, silat dll..:) Majlis tamat awal juga, kul 430 dah takde tetamu datang..jadi dapatlah aku dan suami berehat awal sikit..

Keesokannya, suamiku bawa ku ziarah sedara mara kat batu pahat, parit besar..alhamdulillah, semua ahli keluarga suami dapat menerima kehadiranku dengan baik..Bersyukur sangat2 rasanya..

25 hb kami terpaksa bertolak kep putrajaya lebih awal... sebab ada rancangan yang telah kami rencanakan..:)

Monday, November 17, 2008

Rumah Baru

15 Nov 2008 - Aku dan suami melawat rumah baru kami di Blok B-Tingkat 13A-U06..Alhamdulillah, setelah sekali tersilap blok dan bertanya, jumpa juga akhirnya..Sebenarnya rumah baru kami tu di tingkat 14..tapi ditulis 13A sj..suwei..entahlah,aku mana percaya sume tu..:)

Excited sgt dapat masuk rumah baru..yeah..masih baru lagi..mungkin pernah diduduki tapi sorang je kot penghuni sebelum kami..alhamdulillah sebab tak banyak yang kami kena bersihkan..rumah tu ditinggalkan dalam keadaan agak bersih la..so tak lah byk kami kena cuci..cuma sapu debu lantai, mop lantai, lap kabinet dapur dan lap tingkap..

Rumah tu amatlah selesa untuk kami berdua tinggal..ada balkoni yang boleh dijadikan tempat kami bersembang malam2..lihat bintang..lihat langit..haha..sooo romantic!!

Dalam awal bulan depan barulah aku pindah masuk ke situ kot..sebab tak sempatlah nak pindahkan barang..bile dah selesai majlis kat batu pahat, baru ok kot..Hmm..kena buat solat hajat masuk rumah baru nih..buat simple aje..:)

Wednesday, November 5, 2008

Tanggal 1 November 2008


Alhamdulillah..Tanggal 31 Oktober 2008 aku telah bergelar isteri kepada seorang suami..Setinggi-tinggi syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi..Selepas saat itu, aku tekadkan dalam hati dengan niat yang ikhlas untuk menjadi isteri yang taat, isteri yang menjadi penyejuk mata suami, pendorong ketika suami memerlukan semangat untuk berjuang, pelindung kala suami dicerca...menjadi sayap kiri buat suami tercinta..ameeenn..

Doa yang selalu kupanjatkan agar kehidupan kami sentiasa diberkati Allah dan diredhai..Agar kami dikekalkan oleh Allah untuk sentiasa hidup dalam kasih sayang yang tidak pernah pudar..bahkan sentiasa subur dan kembang mekar..Agar kami dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..menjadi penyejuk mata kami serta penawar kala duka..

Betapa ku mengharapkan hati-hati kami sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang antara satu sama lain..Ikhlas berkongsi segala suka dan duka..Saling menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing..Sanggup dan ikhlas memimpin dan dipimpin..ke arah kebaikan dan keredhaanNYA..

Doa dipanjatkan agar dimurah dan diluaskan sumber rezeki kami buat bekalan kami sebagai khalifah di muka bumi...agar kami tidak lupa untuk berbuat kebaikan tidak kira tika senang mahupun sukar..Agar kami tidak lupa menjaga kebajikan kedua ibu bapa kami..kerana dengan izin dan redha mereka kami diikat dengan ikatan ini..Moga kami menjadi contoh yang baik buat zuriat-zuriat kami..

Ya Allah..jika hati-hati kami ini keras, maka lembutkanlah..jika kami leka, maka ingatkan lah dengan bagaimana carapun..jika kami ragu-ragu, maka tunjukilah kami jalan kebenaran dan petunjuk yang terang..Kami tidak mampu untuk mengharungi titian hidup ini tanpa bantuan dan pertolonganMU ya Allah..maka bantulah kami..