Tuesday, February 21, 2012

HOME SCHOOL OR NURSERY?

HOME SCHOOL OR NURSERY?

Saya sedang berkira-kira untuk menghantar anak-anak ke Nursery atau Taska memandangkan Sufyan hampir 3 tahun dan Faqeh hampir 2 tahun (“hampir” tu sebenarnya lagi 6-7 bulan)..hehe..perasan anak-anak dah besar panjang..

Ada member-member bertanya saya tak hantar anak-anak ke Taska ke at least anak-anak diajar di sana…Pada pendapat saya, soal mengajar anak-anak mengenai “early education” ni mampu saya lakukan sendiri..BOLEH? Sebenarnya kita mampu buat sesuatu dan capainya dengan gemilang if we are really determined to achieve what we want to achieve..walaupun begitu kadang-kadang saya juga merasa tidak yakin kerana masa saya bersama anak-anak hanyalah pada waktu malam dan hujung minggu sahaja..ditambah lagi dengan house chores yang tak pernah habis tu..working mommy la katakan..what if it turns out to be unsuccessful one? Dan bermacam-macam lagi bermain di fikiran ini..

Hmmm..kalian jangan salah faham ye..bukan tidak mahu hantar ke Taska disebabkan tidak mampu dari segi kewangan atau apa..Cuma masalahnya nak cari Taska yang berkualiti susah sikit..atau saya sahaja yang belum mencuba untuk mencari yang betul bekualiti??

Semasa kecil, saya sendiri tidak pernah belajar di Taska..mungkin pada masa tu keluarga saya susah, adik beradik pulak ramai..Jadi peluang untuk belajar hanyalah di sekolah. Itu zaman awal 90an dulu di mana masa tu belum ada komputer bersepah-sepah, belum wujud facebook (kot..i m not sure), belum ada wifi, unifi, tablet jauh sekali..Dan kebanyakan budak2 pun hanya didedahkan kepada pendidikan rasmi di sekolah semata-mata..(mungkin klu yang mampu tu mak bapak diorang hantar Taska la kot..:P). Alhamdulillah tak de masalah..

Berbalik kepada persoalan “Homeschool”..dalam bahasa “pendidikan di rumah”..sebenarnya pendidikan di rumah ni memang natural pun tapi secara tidak rasmi melalui tunjuk ajar mak ayah, didikan dari segi adab sopan dsbnya..homeschooling nowadays cukup glemer la..Saya sebagai ibu-ibu ni pun terpengaruh sama..hehe..terpengaruh ke arah kebaikan tak de masalah..Lantas saya ada juga menggoogle-google mengenai topik ni, bukan apa, untuk merealisasikan niat untuk mendidik dan mengajar sendiri anak-anak di rumah tanpa hantar ke Taska..Moga dipermudahkan jalan ke arah kebaikan..Amin..:)


Bersambung….