Alhamdulillah ku panjatkan syukur kepada Mu YA ALLAH...
Kerna Engkaulah Pemilik segala rezeki..
"Berharaplah Bertemu Dengan Orang Yang Membuat Kita Tersenyum. Ada Saat Dalam Kehidupan Kita Sangat Merindukan Seseorang, Ingin Menemuinya dan Memeluknya."
Wednesday, October 17, 2012
Friday, September 28, 2012
Blog Ambo Ni Doh Berdebu..
Blog ambo ni doh berdebu lamo sgt dop jenguk..nok wat
guano sebab tue dio bizi benar..yela tu..lagi pun tak brapo ado mood nok nulis
gapo-gapo semenjak duo menjok ni. Sbb hari ni Jumaat, raso feeling nok nulis
sket sbb nyo esok Sabtu..(apakah kaitan??). Pahtu feeling nok nulis dale “bahaso
daeroh” ambo pulok tu (mimpi apo kah eh?).
Hari ni “just” nok ”update”pasa anok2 hok duo ore tu..Abe
Afiq dah 3 tahun hari rayo poso ke-3 hari tu atau 22 September lepah..Adik
Faqeh pulok nok masuk 2 tahun 18 hb
Sepuloh ni..cepat jah maso berlalu.Doh nok buat guano mugo ambo ni ore kato “working
mom”. Kijo 10 jam sehari, kelik rumoh utk tido jah gat..anok2 de basuh berok je
la male2, main2 jap dgn diore pahtu tido. Setiap hari lagu tu laa..bilo anok
besar pun kade2 tak perase.huhu..teruknyo raso lagu ni sebagai ibu...Tapi
banyok jugok hok ambo perase nyo fasal anok2 ni..Abe Afiq doh petah doh
kecek..kito ore tuo ni keno kecek molek2 ngan dio,dio cepat ngikut ore..meme la
betol ore kato pelajare melalui telade (teladan) tu mmg cepat diikuti
berbanding dgn kato2,aroh sano, aroh sini..tapi gak ambo ni kure sabar
sket.cepat jah nok melenting dgn keletah anok2 padahal diore takdop saloh gapo
pun “just” nok belajar je..anok2 syurgo ibu...Adik
Faqeh pun panda doh kecek, ikut abe kecek, panda doh buat ayat sendiri pahtu
ibu dio la jd tuke terjemoh gapo bendo dio nok ghoyak..hebat ambo ni
kan??hihi..kato ayoh dio “hanya ibu je yg buleh pehe gapo hok adik nok kecek”.Kembang...
Bilo anok masuk 2,3 tahun ni kami duk pikir2 la pulop nok
hantar skoloh ko dop ko..ingot dop agi entry hok lepah kato nok buat “homeschool”??
inagt kan?hmmm, home school duk homeshool situ doh..kejap jap kito ni deko
bilik belaja diore,letak tikar ABC la gapo la, bt ike Alif BaTa la gapo..mulo2
diore ikut perature..lepas baco susun buku pahtu gak main sepoh2 jah..aduhai
pening jugok palo ibu diore ni..kuakuakua..namonyo budok2 kan,tokleh pakso2
blaja ni, paling mudoh ajok balaja secaro santai tanpa diore sedar diore tgh
belaja sebenarnyo..hmmm,nok buat lagu mano tu?utk tu ibu dio ni jadi tuke nyanyi
lagu Alif BaTa “all the way” gi antar diore ke rumoh pengasuh, konon nasyid
doa2 sebelum tido lah kan..haha..belum napok lagi hasilnyo tapi insyaallah berjaya.
Abe Afiq da kenal doh AlifBaTa sapa habis dan Adik Faqeh tau doh sebut Alif Ba
Ta lepas kito sebut..ngeh3..dio gak klu ABC,A..B..Ci..pahtu terus “O”...duk “O”
pah ceroh..huhu
Ambo perhatikan klu kito duk aroh2..suruh2 kure bekesan
sket berbanding klu kito konon2 bagi cadangan suh dio buat.pehe ko dop nih?ambo
pun jd dop pehe gapo ambo tulih ni..hmm, gini la contohnye:
Situasi no (2) dan (3) di atas paling berkese berbanding
situasi no (1).Klu no (1) gak dio buat dop tahu jah..buat dop
dengar..uhuks...So kena pandai2 la ibu dio cari jale yooo...
Abe Afiq doh pandai royak doh klu nok buwe air kecik ko
air besar ko..Dah dop takut doh duduk atas makuk tandas tu atau cangkung atas
makuk tandas tu..Alhamdulillah berkat kesabaran ibu ni..hihi..Adik Faqeh pun
sibuk doh tu nok gi toilet sendiri..klu tengok abe kencing gak sibuk suh bukok
pampers dio nok kecing jugok pah tiok lanaaaa...Tunggu la dik seminggu duo lagi
ibu ajar la gi toilet sendiri deh..sabar yeee...:).
Bab tido male Abe Afiq masih mitok susu male2..kade2 sapa
3 kali bangun minum susu..dop tau doh lagu mano nok bui dio tahu klu tido tu
takyoh minum susu doh, cukup skali jah sebelum tido...Demo tahu???Adik Faqeh pulok
sebotol sebelum tido pahtu bangun 2, 3 kali netek pulok..huhu..takpolah selagi
ado rezeki dio ambo tetap buwi..Insyaallah...Bilo nok tamboh anok ke-3
pulok??hmmm..Insyaallah klu Allah bui rezeki gak dop ke mana la tu..
Ok lah babai...
Friday, July 27, 2012
Our Little Homeschool in the Making
Bismillahirrahmanirrahim..
Ku mohon petunjuk dan ilham dariMU ya Allah untuk menjayakan "Our Little Homeschool" untuk anak-anak tercinta..Ameeen
Ya Allah, permudahkanlah..
Ku mohon petunjuk dan ilham dariMU ya Allah untuk menjayakan "Our Little Homeschool" untuk anak-anak tercinta..Ameeen
Ya Allah, permudahkanlah..
Saturday, May 26, 2012
Satu Lagi Fasa Baru
Baru2 ini kami ke Warta, Bangi..saje berjalan2
kebetulan nk mencari hp baru utk menggantikan hp yang dah k.o...sygnye hp baru
ni tak muat tuk memory card yg sedia ada..semua gambar anak2 dlm tu , ntah bile
boleh diprint dan dialbumkan..huhu..
Tetiba melalui tempat org duk iklan rumah pulak
terberkenan sebab rumah banglo memang murah lah kan kalu starting harga
RM226K..hubby mmg berkenan dan slps bincang serba sedikit, kami pun meletakkan
duit RM200 sebagai booking lot tanah..
Dah janji dengan promoter (ntah ..betul ke digelar
promoter..promoter hartanah kot..:P) nk pegi jenguk tanah selepas 2
hari..sebelum tu bermulalah episod menggoogle2 dlm internet mencari -cari
further info berkenaan Bandar Akademia..mak oooiii..byk pulak komen2
negatifnye..kebanyakannye negatif..beli lot tanah tapi takde pembangunan yg
berjalan pun..ada yang dah beli sejak tahun 2009 lg tapi banglonye tak nampak
pulak..siap ada forum khas berhubung Bandar Akademia ni mencari penyelesaian
mcmana nk jual ballik tanah yang diorg dah beli..hahaha..dalam hati ni dah
ragu2..siap tanya abg me lagi sbb mcm tak confident je nk beli memandangkan byk
betul komen negatif..dgr kata Lion Group ni jual tanah je bukan
developer..hmmmm...
Alkisahnye kami pegi juga melihat Bandar
Akademia..jauh ler juga dari putrajaya..dekat sejam..lokasinya agak ke
dalam..jauh sket dari pekan atau bandar semenyih tu (bandar ke??)..mmg kurang
pembangunan kt situ..sekolah pun jauh dan segalanya lah..kawasannya mmg la luas
tp kosong..tanah kosong..hanya nmpak sebijik dua aje banglo yang
naik..selebihnya lalang memanjang...menakutkan klu la kami jadi beli n buat
rumah kt situ..mmg seram..bile dh tengok sendiri, lebih meyakinkan kami untuk
membuat keputusan utk tidak meneruskan niat membeli lot tanah kt situ..harap2
satu pilihan yang betul..kebiasaannya bab hartanah ni cepat je laku da
nmembangun tapi tak tau la kawasan tu agak lambat aku kira klu dari tahun 2009
blm bangun2..nasib baik tak jadi..:)..rumah contohnye mmg la cantik tapi klu
berjiran dgn hantu dan lalang, tak mau lerrrr..
Sabtu lepas (14 4 2012), kitaorg pegi pulak melihat2
rumah contoh kt Seri Pajam lak..rumah teres 2 tingkat..rege nye boleh tahan
mahal..bagi kami yang kurang mampu ni la..bumi lot dah habis..tinggal non bumi
je..survey punya survey, selepas tgk umah contoh terus berkenan lak..terdesak
ke kami ni nk dptkan rumah??nk kata ye tidak jugak sbb skrg da ok duk
kuarters..tapi memikirkan masa hdpn anak2 n hartanah yang mustahil akan turun
rege..dikuatkan juga semangat utk mendapatkan sebuah rumah sebagai pusaka utk
anak2 kelak..so, booking RM1000..done..
Bermulalah proses tuk mendapatkan pinjaman..kami amik
pinjaman perumahan Kerajaan (combine loan..sorg tak mampu..:))..
Borang oh Borang!!
Developer bg masa 2 minggu untuk kami setelkan borang
dan dptkan pengesahan majikan..bajetnye cukup ler tu dan proses loan approval
kena setel dalam masa 4 bulan termasuk bayaran pertama oleh BPP..nmpak mcm pjg
lagi..so, insyallah cukup..
Leceh gak nk dptkan pengesahan dr mjikan ni..da ler
majikan kami kt pejabat lain..nk kena berulang alik pulak dr ofis..2 minggu
genap baru aku dpt pengesahan majikan ku..fuuhhh..alhamdulillah wpn pd asalnya
dijanjikan 3 minggu br setel..so, sabtu lepas (28 4 2012) kami gi submit borang
dan segala mcm dokumen yg berkaitan kt developer..proses selebihnya diorang yg
akan setelkan..tinggal kami kena follow up dgn BPP lepas diorg submit ke
BPP..done..
Alhamdulillah ... pada 8 Mei 2012, pinjaman perumahan kami telah diluluskan..setelah bertungkus lumus hampir 1 bulan..Surat Setuju Terima juga telah kami hantar..sekarang semua sudah setel tinggal tunggu rumah kami siap penghujung tahun hadapan..:) Semoga semuanye berjalan lancar..Ameeennn..
Tuesday, February 21, 2012
HOME SCHOOL OR NURSERY?
HOME SCHOOL OR NURSERY?
Saya sedang berkira-kira untuk menghantar anak-anak ke Nursery atau Taska memandangkan Sufyan hampir 3 tahun dan Faqeh hampir 2 tahun (“hampir” tu sebenarnya lagi 6-7 bulan)..hehe..perasan anak-anak dah besar panjang..
Ada member-member bertanya saya tak hantar anak-anak ke Taska ke at least anak-anak diajar di sana…Pada pendapat saya, soal mengajar anak-anak mengenai “early education” ni mampu saya lakukan sendiri..BOLEH? Sebenarnya kita mampu buat sesuatu dan capainya dengan gemilang if we are really determined to achieve what we want to achieve..walaupun begitu kadang-kadang saya juga merasa tidak yakin kerana masa saya bersama anak-anak hanyalah pada waktu malam dan hujung minggu sahaja..ditambah lagi dengan house chores yang tak pernah habis tu..working mommy la katakan..what if it turns out to be unsuccessful one? Dan bermacam-macam lagi bermain di fikiran ini..
Hmmm..kalian jangan salah faham ye..bukan tidak mahu hantar ke Taska disebabkan tidak mampu dari segi kewangan atau apa..Cuma masalahnya nak cari Taska yang berkualiti susah sikit..atau saya sahaja yang belum mencuba untuk mencari yang betul bekualiti??
Semasa kecil, saya sendiri tidak pernah belajar di Taska..mungkin pada masa tu keluarga saya susah, adik beradik pulak ramai..Jadi peluang untuk belajar hanyalah di sekolah. Itu zaman awal 90an dulu di mana masa tu belum ada komputer bersepah-sepah, belum wujud facebook (kot..i m not sure), belum ada wifi, unifi, tablet jauh sekali..Dan kebanyakan budak2 pun hanya didedahkan kepada pendidikan rasmi di sekolah semata-mata..(mungkin klu yang mampu tu mak bapak diorang hantar Taska la kot..:P). Alhamdulillah tak de masalah..
Berbalik kepada persoalan “Homeschool”..dalam bahasa “pendidikan di rumah”..sebenarnya pendidikan di rumah ni memang natural pun tapi secara tidak rasmi melalui tunjuk ajar mak ayah, didikan dari segi adab sopan dsbnya..homeschooling nowadays cukup glemer la..Saya sebagai ibu-ibu ni pun terpengaruh sama..hehe..terpengaruh ke arah kebaikan tak de masalah..Lantas saya ada juga menggoogle-google mengenai topik ni, bukan apa, untuk merealisasikan niat untuk mendidik dan mengajar sendiri anak-anak di rumah tanpa hantar ke Taska..Moga dipermudahkan jalan ke arah kebaikan..Amin..:)
Bersambung….
Friday, January 13, 2012
Renungan Buat Diri..
Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia.
Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine.
Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan,
Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.
sumber: http://blog.upsi.edu.my
Subscribe to:
Posts (Atom)