Thursday, May 19, 2011

Kita Bertanya, AL-Quran Menjawab

Kita Bertanya, AL-Quran Menjawab

KITA BERTANYA :   KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA  : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :   KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA  : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB 
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.' 
- Surah Al-Imran ayat 139 


KITA BERTANYA :   BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan  perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).'

KITA BERTANYA  : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :   APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA  : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

Monday, May 9, 2011

Anak-Anak Yang Menjadi Penawar Kami...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni teringin nak update perkembangan anak-anak..Dah agak lama tak update mengenai anak2  kembar (iye ke kembar??) ku itu (wah wah...lama la sangat.heh).

Sufyan kini sudah setahun 7 bulan..Hmmm..dah makin bertambah akalnya (tp nakal.huhu)..hari tu dia cuba-cuba pakai baju dan seluar sendiri.kelakar pun ada sbb ntah apa-apa jadinye..baju pun dia pakai kat kaki,ade ke patut nak ooii..dan dah banyak vocabulary nya..sebut lah apa shj pd dia, dia paham k..heheh.dan dah pandai cakap "berak", sila baca "erak" maksudnye dia dah berak.huhu..buat dulu baru cakap k..heheh tp takpela buat permulaannye..hmm nak kena pikir ni macamana nk potty train si Sufyan comel ni..bagaimanakah tu??aiiyaakkk..

Haiyaa anakku..Sufyan ni da pandai pukul2 orang nih..Pengasuh ckp pantang usik dia sket, cepat je naik tangan..huhu..klu kt umah adik dan ibunye lah yang menjadi mangsa..aiyoo! mana ko belajar ni Sufyan nak ooi (dah gaharu cendana pula..sendiri tanya r!)..hmm..ibu kena tahan sabar ni..jgn marah2 anak,jgn lepuk2 anak,jgn dan bermacam2 jgn la..kerna sekarang ni cepat benar Sufyan belajar tau..dia boleh ajuk ckp org in just one second je..just imagine kalau mak ayah dia ckp benda-benda yang tak elok, otak kanak2 ni cepat melekat kan..eeii..takut pula..kata org, anak2 ibarat kain puti bersih,mak dan ayahnya la yang mencorakkannya..Sufyan (dan Faqeh), ibu dan ayah akan cuba mengajar yang terbaik, mendidik yang baik2 dan memberi contoh yang baik2 aje..Ya Allah bantulah kami Ya Allah..






Haru3..nape lak??Sufyan ni sekarang tersangatlah manja..nape ku bilang gitu??iyela, manja nye makin menjd2..suka sgt menangis tak bersebab (bagi aku le)..aku masuk toilet nangis macam langit dah runtuh..aku menapak ke dapur dia menjerit bagai aku hilang selama-lamanya..aku tinggalkan dia kat bawah (sekejap aje tuk ambil adik Faqeh/tidokan Faqeh je pung)..menjerit beria2 menitik2 air mata..huhu..mengapakah terjadinya begini??macam mana nak handle ek?korang tau tak..really need someone untuk tengok2kan Sufyan (dan adiknye)..maid???o tidak kot..satu lagi yang aku perasan..selalunya bile kitaorang baru balik dari umah Opah (Batu Pahat), Sufyan akan terlebih2 mengada2 dan manja tak hingat..buat korang rasa nak lempang2 aje (huhu)..sbb Opah dia tersangatlah memanjakan si Sufyan nih..cucu sulung lah katakan..iye ke..Sekarang da nampak hikmahnye kan..mmg tepatlah keputusanku untuk tidak melepaskan Sufyan kepada Opahnye  untuk dijaga (walaupun Opahnya dah beberapa kali mintak)..never!fullstop.

Buat Sufyan sayang..Ibu sayang Sufyan tau..membesar jd anak yang soleh ye..patuh pd kedua-dua ibu dan ayah Sufyan nih tau..jaga adik, jangan lepuk2 adik lagi tau, sayang adik kan..jangan manja2 tak ingat lagi tau..Sufyan kan anak yang bijak..K, dah.

Now, Faqeh..what about him laks??

Faqeh now almost 7 months (one more week to go)..alhamdulillah, cepat nar masa berlalu..serasa baru semalam ibu melahirkanmu nak..baru semalam ibu bedung tubuhmu nak..baru semalam kau belajar menyusu nak..sob3..sedihnye/terharunye..da besar anak ibu dan ayah ni..Alhamdulillah syukur.

Pada umur memasuki 4 bulan, Faqeh telah belajar meniarap, now pada umur nak menginjak ke 7 bulan Faqeh da belajar2 merangkak dan menyulur..chaiyok Faqeh..rajin2 praktis ye..cepat2 pandai tau..bile da pandai merangka, ikut abang Sufyan main ek..kejar abang klu abang tak moh pakai pampers dan baju eh..gigit tinga abang kalau abang usik adik no..ehe..salah ajaran lak..dan weekend lepas Faqeh da laju makan bubur yang ibu buat (nasi + carot + kentang dan dikisar halus), kalau sebelum ni liat dan sampai nangis2 la tak moh makan.alhamdulillah..

Semalam pegi Alamanda jalan2 dan beli barang2 keperluan..masa kat Toy r US, ada salesgal kat situ tanya faqeh da bape tahun??hehe..nak masuk 7 daaa..dia mcm terkejut sbb Faqeh nampak macam bby yang da besar (macam bijak gitu..awww perasan dan kembang idung ibu dia)..nah, ni gambor dak tecik tu (nampak mcm budak2 bijak kan kan..dush3..perasan sampai pengsan!)..
Ahhhaai comelnye dia senyum..

mana nk gi ni..byk tempat nk kena explore ni

ini apa kah

meniarap ala katak pisang..kehkeh

peace no war!

lalalala..suka hati ku..

tomel kan kite senyum menggoda gitu

jangan serik ngan kite k..kita belum menggigit g mcm abg kite..
k la..bile ada new updates, akan ku update lagi k..chau chin chau..

Wednesday, May 4, 2011

Tips Mendidik Anak-Anak

TIPS mendidik anak-anak ..mengikut ajaran ISLAM!! [untuk panduan diriku sendiri]

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
 
Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsangke bahagian otak
        
         Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamukala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jikasuka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telingadan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah....Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah.

        Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuhkasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan.

      Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun eronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

       Kita boleh la cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
 
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.BERTAUBAT SEBELUM MELARAT Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?

 "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."USAH DERHAKA KEPADA MENTUA Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya.

Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul,ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
 
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya
 
sumber: sini