Thursday, February 11, 2010

Sufyan..Sufyan..Sufyan..

Sooo sleepy!

caye tido sebab sy penat k..bukannye suke sgt tido siang hari nih!

Wah!wah!wah!Seksinye dia..nak kena sensored nih.hehe

Caye nak gi mandi laa..panas tul hari nih..:P

Yang Pergi Silih Berganti

Sudah dua minggu blog ni tidak di update. Pertama, disebabkan kesibukan yang memanjang. Kedua, kekeringan dan kekontangan idea untuk dimuatkan dalam this humble blog. Ketiga, ketiadaan mood (harharhar) sokmo takdok mood! Keempat, malas! (as usual).
Dalam tempoh dua minggu yang lalu banyak pulak event, incident, peristiwa yang berlaku. Dan aku mencuri-curi sedikit kesempatan ini mencoretkan sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku. Selama perkhidmatan aku yang hampir 4 tahun ini, aku telah bekerja dengan 4 orang bos (3 daripadanya perempuan). Dan aku dapat perhatikan gaya dan cara kerja mereka-mereka ini yang berbeza-beza (biasa la tu..mana ada manusia yang sekepala). Dan gaya serta cara kerja mereka ni sedikit sebanyak memang mempengaruhi gaya dan cara aku bekerja. Kiranya lebih kurang macam lalang la..jika angin meniup ke kiri, maka ke kirilah..jika angin meniup ke kanan, maka ke kananlah.
Minggu hadapan aku akan bekerja dengan bos baru lak sebab bos yang sekarang ini telah dinaikkan pangkat dan telah pindahkan ke tempat lain. Bos yang baru ni gak perempuan tetapi memandangkan dah pernah bekerja dengan beliau (sebab beliau juga merupaka senior aku), maka sedikit sebanyak aku dapatlah predict gaya dan cara kerja beliau. Semoga pemergian bos lama bermula dengan cemerlang dan kedatangan bos baru membawa perubahan positif dan rahmat.Ameeen..:)