Tuesday, October 28, 2008

23 November 2008

23 November 2008 merupakan satu lagi hari bersejarah dalam hidupku..Majlis bertandang ke rumah suamiku di Batu Pahat..Pada awalnya memang kami fikir akan berjalan lancar..Namun, sebaik mana pun perancangan hamba, perancangan Allah SWT jua lah yang lebih agung..Perancangannya jualah yang sebaik-baik perancangan..

Kebetulannya, pada tarikh yang sama ayahku akan berangkat untuk menunaikan haji..flight nya kul 8.30 malam..sudahnya famili ku hanya akan berangkat ke Batu Pahat pada keesokan pagi..Hmm, maknanya aku akan ke rumah mertua ku tanpa diiringi oleh mana-mana ahli keluargaku..:/ Biel ingat2, sedih juga..Mungkin aku akan hanya ditemani oleh adikku yang sedang belajar kat UM tu..:) Apapun, bersyukur lah..doa ku panjatkan semoga pemergian ayahku ke Rumah Allah akan memberikan suatu perubahan yang besar buatnya dan buat kami juga..InsyaAllah..Ameeennn..

Wednesday, October 15, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah..permohonan kuarters telah pun diluluskan..Apartment di Presint 11, Putrajaya..kami kena masuk ke Apartment tu dalam masa 30 hari..bermakna sebelum pertengahan bulan November 2008..Banyak juga urusan yang perlu disetelkan..kena bayar deposit kuarters, deposit bil air dan elektrik, nak kene gi "mati"kan setem di LHDN..semua tu menuntut masa yang tidak juga sedikit..Mudah-mudahan kami sempat menyelesaikan urusan-urusan tu semua apabila pulang dari cuti kahwin kelak..hendak tak hendak, kena la setelkan dalam masa satu hari..he..:P

Apapun, syukur jua dipanjatkan ke hadrat Ilahi..dapatlah rumah untuk kami berteduh..:) Rumah kecil kami yang bakal dicorakkan dengan pelbagai asam garam kehidupan kami nanti..Ya Allah, Engkau berkatilah tempat tinggal kami..dekatkanlah kami dengan jiran tetangga yang baik budi..Ameenn..

Monday, October 13, 2008

Persinggahan

Hari ini aku telah memohon kuarters sebagai persinggahan sementara kami..sementara kami merancang untuk memiliki rumah sendiri untuk berteduh..
Mudah-mudahan kuarters diluluskan dengan cepat..Senang sikit untuk abang berulang alik dari Melaka ke Putrajaya ni..Buat masa sekarang, kami tidak merancang2 untuk minta transfer tempat keje..tunggu dan lihat dulu mcmana..kalau kami mampu teruskan mcmni buat setahun dua, kami cuba bersabar..:) Siapa yang tak nak duk dekat dengan pasangan kite kan..kalau ikut kan, mau aje aku jadi suri rumah sepenuh masa ..:P tapi belum nugkin buat masa sekarang..ekonomi belum kukuh lagi..:)

Sehingga saat itu, kami bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan tidak lupa untuk mengharap sesuatu yang lebih bermakna dalam menguruskan keluarga kecil kami nanti..:)

Wednesday, October 8, 2008

Lagi-lagi persiapan

alhamdulillah..
akhirnye siap juga kad2 yang bakal aku edarkan..:) tinggal nak pos dan edarkan mana-mana yang patut..leceh juge nak buat benda-benda remeh mcmni rupenye..Hmm..pasal homestay pun dah setel, dah bayar deposit pun..mudah-mudahan semua nye berjalan lancar..

Monday, October 6, 2008

Permulaan Hidup Baru

Hari ni aku cuba-cuba mencuri masa untuk menulis di ruangan baru ni..Biarlah ruangan ni aku jadikan nota catatan bagi permulaan hidup baru yang bakal aku tempuhi tidak berapa lama lagi..sebagai kenangan antara kami, untuk kami sama-sama mencoretkan pengalaman manis, pahit, suka dan duka yang bakal kami tempuhi nanti..

Dalam masa 3 minggu ni kami kena siapkan segala-gala persiapan untuk majlis perkahwinan kami nanti..kad jemputan perlu diedar dan diposkan segera..bukan ape, cuma tak mau ada di kalangan sahabat terdekat kami yang tertinggal dari senarai jemputan..:) Walaupun abang sibuk setiap hari dengan kes-kes yang tak pernah surut, aku bersyukur juga bila abang meluangkan juga masa untuk menyiapkan persiapan bagi pihaknya..alhamdulillah..sekurang-kurangnya tidaklah aku pening kepala sgt..:)

Bagi pihak aku, kenalah aku mencari homestay untuk rombongan abang sekeluarga bertandang ke kelantan nanti..yang ini pun sudah aku usahakan..tinggal nak confirmkan berapa ramai yang akan datang dan berapa lama akan berada kat homestay tu..hmm..harap2 dalam minggu ni dapatlah aku setelkan perkara ni..Ameenn..

Untuk rombongan kami ke Batu Pahat pula, abang cadangkan kami singgah aje kat teratak Pak Ngah atau atuk dia..hmm, orait juga tu, bolehlah jimatkan bajet penginapan kan..hehe..Ya Allah, Engkau lancarkanlah perancangan persiapan perkahwinan kami..Sesungguhnye tiada siapa jua yang bisa membantu melainkanMU Ya Allah..