Korang percaya ke aku buat rumah terbuka??Haa sila jangan percaya sebab dalam keadaan ku yang beranak dua yang masih kecik tuek yang manja kededek yang bermacam ragam neh..mustahil lah kalau aku sempat buat rumah terbuka kan..hehehe..
Tapi..tak mustahil kalau setakat jamu orang makan sekadar 9-10 famili tuh..
Sabtu lepas kami berjaya juga mengundang beberapa rakan terdekat, member 2 hubby dan ex-bos dia dan member ku..Nanniey..ke rumah..Aku masak satu menu je pun..Mi Kari..first time aku masak Mi Kari tuh n first tim ejamu orang makan mi kari yang aku masak First Time..ha ha ha..sdap weih,ramai orang puji..hihi..mekasih2..aku main campak2 je,letak gula garam..rasa pun tak..msak2 je terus hidang tapi nasib baik menjadi dan sedap lak tu..hihi perasan sendiri maka aku pujilah diri sendiri kan kan..
Alhamdulillah semuanye lesap dan abis..termasuklah 100 cucuk satey yang hubby beli sebagai tambahan..:) Insyaallah tahun depan boleh buat lagi..:)
Hmm..hujung minggu ni nak gi berumah terbuka ke rumah member2 lak..
Da abis puasa 6 ke seronot nampak beraya..jawapannya belum..huhu
Ingatkan hari ni (Isnin) nak start puasa ganti dan puasa 6 tap disebabkan anakku yang teciktu berjaga dari kul 4 lebih sampai kul 6, tak sempat ku bersahur..maka tak larat la nak berpuasa..byk betul alasannyeee...
Insyaallah akan mulakan puasa ganti dan puasa 6 hari Rabu neh..Insyaallah..Selasa takleh start lagi sbb ada Majlis Raya kat opis..:P
daaaaa...
p/s..majlis "rumah terbuka ku"..sekeping gambar pun tadak..huhu..lupa..klu tak boleh tepek gambar Mi Kari sedap tu kan..kan..
"Berharaplah Bertemu Dengan Orang Yang Membuat Kita Tersenyum. Ada Saat Dalam Kehidupan Kita Sangat Merindukan Seseorang, Ingin Menemuinya dan Memeluknya."
Monday, September 12, 2011
Sekilas Raya 2011
Aidil Fitri tahun 2011 adalah kali pertama kami sambut di kampung ku, Wakaf Bharu Kelate..heeee..selepas hampir 3 tahun usia perkahwinanku..:)
Kiranya cuti raya tahun ni banyak gak kan..kan..tapi nak buat macamana kami hanya mampu beraya sehari sahaja di Kelantan (plus sehari berbuka puasa dengan kuarga ku)..Kalau nak ikutkan perancangan hubby, kalau boleh memanglah nak beraya rumah dia kat Batu Pahat aje setiap tahun..But this is clearly unfair to ME lah kan..Memanglah anak lelaki dengan mak takkan terputus sampai bile2..kena jaga hati mak dan bla..bla..bla..panjang citernye klu nak hitung..huhu
Tapi alhamdulillah Allah lembutkan juga hati hubby (and MIL) untuk beraya kat Kelate tahun ni...tapiiii..dengan syarat! huhuk..bersyarat bagai pulok iye..takpe2..silakan berikan syarat..aduiii..
"Raya kedua kena beraya kat kampung Batu Pahat doh.."
aduiii..senang cakap dari buatnye..ingat Kelantan dan Batu Pahat tu berjiran ke apo?? Tapi takpelah..redhakanlah jugak...walaupun penat gile walaupun en hubby yang drive all the way from Kelantan to Batu Pahat..melayan budak2 berdua tu dalam kenderaan empat segi aje tuh sangatlah menguji ketahanan jiwa dan fizikalku ini..huhukk..sakit2 badan neh sbb si kecik tuh tak moh duk diam..
Apapun berjaya la juga mengahrung perjalanan seribu batu ituuuu...dan ibu mertua ku terubatlah tangisnye dan barulah ada hati nak beraya..nak buat macamana hubby ku ini a.k.a anak kesayangan mak, walau ada anak2 lain...tetap jugak aidilfitri tu suram dan tak bermaya dsbnyeee...hmmmm..abis tu Wan Sabariah ni agaknye anak yatim kot sbb setiap kali beraya kat umah hubby je..he he kadang2 ini je la modal ku untuk memujuk en hubby beraya aidilfitri kat Kelate..
Kesian anak2 kecilku penat beraya..hihi..tapi berbaloi sebab dapat duit raya..berbanding mak nye yang langsung tak dapat duit raya..kan..
Banyak lagi nak update sebenarnya mengenai pengisian raya pertama di Kelate, raya ketiga - kelima di Batu Pahat dll tapi tangan ini sudah kematu..aiks..cepatnye..malas...nntikan gambar2 raya yang akan ku kidnap dari adik beradikku yang lain na...sbb ku tiada kamera..pastu tak terpikiaq nk ambik gambar guna HP canggih ku ituuuu...
Monday, September 5, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Ucapan Raya Dari Suami..:-)
Pagi ni tengah sibuk2 bersiap ke ofis dengan beg anak2 segala, cooler bag lagi..terruja bile ketemu sekeping kad bersampul kuning air dalam hand bag..hihi..nak tau apa bendanya???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Khas untuk Isteri Tersayang..
tonggang terbalik nape ye..ishk2 tak reti ku..
dan ini..
Romantik gak hubby ku ni ye.hihi..patutle mlm tadi sibuk dia bertanya mana beg kerja ku..rupanye nak sorokkan kad raya yang sungguh comel neh..
.
.
.
.
Hmmm..sejak kawen hampir 3 tahun ni, inila first time hubby bagi kad raya..bile tanya "nape tetiba abg bg kad raya?"
jawabnya "tanda2 abg nak mati kot."
Iskh mulut diaaaa...
Haa..yang ini kad raya masa couple2 dulu..actually time tu dah bertunang pun..
:-)
Semoga ikatan ini berpanjangan bahagia sehingga ke akhirat sana..Ameeenn..
Friday, August 19, 2011
لاَ تَغْضَبْ
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]
Terjemah hadits / ترجمة الحديث :
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sholallohu ‘alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.
(Riwayat Bukhori)
Terpanggil untuk menulis entri mengenai "Marah". Kalau kita belek2 akhbar akhir2 ini, banyak benar dilaporkan mengenai insiden-insiden yang sadis dan menyayatkan hati yang pada saya tak sepatutnya berlaku. Anak menetak ayah sendiri, abang ipar menetak adik ipar, kakak tikam adik dan berita2 seumpamanya..Padahal kalau dilihat punca berlakunya semua tu adalah perkara kecik je. Memang tak berbaloi klu sampai bunuh membunuh..Disebabkan dari perasaan marah yang tak boleh dikawal, maka terjadi lah benda-benda macam tu..Astaghfirullah..
Rupanya saranan Rasulullah dalam hadith di atas yang dilihat seperti perkara remeh sahaja, mempunyai implikasi yang sgt besar ke atas perilaku seseorang..Kalau tak mampu mengawal perasaan marah suami boleh terajang isteri, seorang ibu tergamak mendera anak-anak, adik bunuh abang dan sebagainya...
Sungguh menakutkan dunia pada hari ini..Ya Allah peliharakanlah kami dari tipu daya syaitan yang sentiasa mencari2 jalan untuk menjerumuskan manusia ke kancah api neraka..Ameenn..
p/s: marah biar kena pada tempatnya cth marah kepada maksiat dan kesesatan..marah pada perkara-perkara ini adalah perlu untuk menegakkan kebenaran dan Iman..
Thursday, August 18, 2011
Aktiviti Anak-Anak 2
Post yang lepas hanya sempat cite pasal Afiq je. Haa, cite mengenai anak bungsu Ibu pun ada ni ha..
Faqeh..Faqeh..Faqeh..
1. minum susu Ibu dengan kerap. Kat rumah pengasuh pasti akan abiskan 6 botol x 4 oz tuuu..tapi tuan punya badannye still kecik tuek jugok
2. Kata pengasuh Faqeh jarang tidur siang..paling2 pun sekali tu pun sekejap aje..ooo..patut ler Ibu kena berjaga mlm setiap sejam awak bangun ek.huhu
3. selain merangkak, dah pandai meniti dari satu meja ke satu sofa ke satu kerusi dah anak tecik neh..hahaha..awal2 dulu pasti akan jatuh tp sekarang ni dah kurang jatuh dan da pandai mengubah posisi dari berdiri ke posisi duduk atas lantai semula dengan jayanye!Syabas Faqeh..:)
4. Memang sgt suka follow abe long main..tak serik2 walaupun setiap kali asik kena cubit dgn abang long dia tu..budak2 mana reti serik ye dak..
5. makan hampir semua benda dah..pantang tengok org mkn, dia akan buat suara jerit2 nk jugok la tu..dan ketik2 kan kaki dia.hehe tomelll
6. takut dengan bantal upin (aktiviti ke ni?bolehlah..) tp syok pulak nonton cite upin ipin, memandang TV tak kelip2 matanye..hihi
7. suka mengomel sendiri dah sekarang ni..hatta..hatta..ooh3x..hihi
8. da tak nk baring dalam car seat dia tuh..nk berdiri..katanye "best! boleh nampak pemandangan dari depan kete tuuu.."
9. hmm..nampak gaya nye da tak brp suka tido dlm buai..mlm most of the time nk golek2 atas tilam je..lg best kot boleh tonggeng2 dan tunggang terbalik.hihi..
10. last but not the least..sangattt comel terasa mcm nk gigit2 je pipi tuh..
11. ...
12. ...
Huh..siap jugak entry yang terhutang ni..wpn malas gilerrr weih..
Sekian juga.

Wednesday, August 17, 2011
Its Our Life
[Mode Flashback..:P]
Masa cepat betul berlalu.Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun lebih "masjid" kami dibina. Tanggal 31 Oktober 2008 merupakan tarikh yang akan kami (aku dan suami) kenang sepanjang hayat. Pada tarikh inilah aku bergelar "isteri" kepada seorang lelaki ajnabi.

Sebaik sahaja lafaz akad nikah hendak dibacakan, kami telah diuji dengan ujian pertama: sama ada sah memberikan mas kahwin (hantaran) dalam bentuk cek. Menurut Imam (juru nikah), kebiasaan di Kelantan tidak dibuat secara cek. Berdebar hati aku (hati suami sudah pasti lagi berdebar-debar :P). Ini kerana terdapat keraguan sama ada cek tersebut boleh ditunaikan atau tidak. Pada masa tu rasa nak menangis aje. Kenapa aku jahil sangat tak bertanya dulu pasal ni dengan yang arif.huhu..Tapi alhamdulillah, Imam akhirnya bersangka baik dan meneruskan juga majlis akad tersebut.
Ujian ke-2 yang kami lalui sebaik sahaja bergelar suami isteri ialah apabila sesetengah ahli keluargaku masih mengungkit mengenai mas kahwin yang dibuat dalam bentuk cek. Aku dengan sayunye menjelaskan kenapa aku dan suami bersetuju untuk menyediakan hantaran dalam bentuk cek agar tidak dicuri atau hilang semasa dalam perjalanan dari Johor ke Kelantan. Salahkah niat kami? Masa tu aku hanya mampu berdoa agar Allah kuatkan hati2 kami dan bukakan hati keluarga kami (keluarga ku terutamanya) untuk menerima situasi yang ada seadanya dan tidak memandang rendah pada suamiku. Aku masih simpan sms yang dikirimkan suami bila ku ajukan benda ni pada suami: "Ingatla satu je, dalam setandan pisang pasti akan ada yang busuk punya..so, tak perlula nak risau apa yang "pisang-pisang busuk" tu nak kata..juz nikmati dan berbahagiala dengan org tersayang..semoga Allah pelihara rumahtangga kita ke akhirnya..Ameen..xxx." Bila aku kenangkan semula, bukan aku sahaja yang hadapi benda ni semua, abang2 dan adikkku yang kahwin terlebih dulu dariku pun ada ujian yang macam2 jugak tapi akhirnya semuanya bahagia jugak.Hmm, aku berfikiran positif bahawa Allah yang menentukan hala tuju rumahtangga kami sama ada akan bahagia atau sebaliknya, bukannya manusia.
Ujian ke-3 yang terpaksa kami terima dengan redha ialah hakikat dan nature pekerjaan kami yang menuntut kami hidup berasingan dan berjauhan. Kalau diikutkan sedih tu memangla sedih tapi bile mengenangkan masing2 sudah berjanji setia (cheh!haha kelakar!), dikuatkan juga semangat ini. Lagipun jarak antara kami tidaklah jauh mana. Dalam 1 setengah jam perjalanan. Maka hiduplah kami sebegini sahaja. Aku pulak belum tidak sanggup berhenti kerja (utk meringankan tanggungjawab suami..:) ). Alhamdulillah, ujian ini aku lalui dengan jayanya sekalipun aku berbadan 2. Sekarang pun aku menjaga anak berseorangan. Cuma ditemani suami dihujung minggu..:).
Kita diuji kerana Allah sayang dan nak lihat sejauh mana hambanya bersabar dan redha. Mungkin dengan ujian ni Allah nak kuatkan lagi Iman dan kesabaran kita. Ingatlah semua hamba diuji di dunia ini. Beruntunglah sesiapa yang bersabar dan tabah menghadapi ujian tersebut tanpa keluh kesah.

Subscribe to:
Posts (Atom)