Friday, April 29, 2011

Alhamdulillah Selamat!

Pagi tadi hujan lebat sangattt...husband gerak dari rumah agak lambat ahri ni sbb terbangun lambat..aku macam biasa pesan jgn speed n drive hati2 lebih2 lagi tengah hujan lebat ni..dalam  hati doakan semoga selamat..

On the way aku ke ofis lepas baru je hantar anak2 ke rumah pengasuh, tgk hp ada miscall dari husband (cuak juga dalam hati)..call dia semula tanya kenapa?Accident..disebabkan jalan licin + bw laju, kete berpusing2 atas jalan sebelum langgar pembahagi jalan..astaghfirullah..menggigil sekejap tangan kaki ni..tapi alhamdulillah suami tak de pape..tapi kereta teruk la..alhamdulillah syukur ya Allah..:)..tp muntah darah juga (adui risaunye..katanye tak de pape)..

Ini gambar kete yg remuk..

Thursday, April 28, 2011

Aku sudah kurus..:P

hehe..bagi yang mengenaliku pasti akan rasa macam tidak kena je entry ni kan..hihi

isteri: abang boleh tolong urut2kan belakang syg tak..lenguh2 la..
suami: meh sini..(dush3)
isteri: adoi la..ini mengurut ke bergusti ni..huhu
suami: alahai da kurus isteri abang ni..mana pegi sume isi nye ni?
isteri: haah jgn tanya..isi2 nye sume dah kena sedut da..oleh anak2 tecik ku..hehe

(dalam hati - aduhai suamiku, baru skrg u perasan i ni kurus???$#%@&^^^*)

Tuesday, April 26, 2011

resipi lagi

Dapat dari blog ini...:-)

Tuesday, April 19, 2011

Tecikkah Faqeh ku??

Semalam bawak Faqeh dapatkan imunisasi di klinik untuk 6 bulan..mennagis juga budak tecik tu.hehe

Hmmm..berat Faqeh tak naik byk pun..hanya 100 gram dalam masa sebulan.huhu..misi cakap jauh di bawah carta berat yang sepatutnya (weight-for-height growth). Suprise juga sbb tangan ni dah lenguh2 dokong si Faqeh tapi misi cakap tak cukup berat badan lak...macam mana tu..

Untuk itu aku google2 kt internet pasal carta tumbesaran bayi (specifically for breastfed baby) lalu aku ketemu research2 mengenai ini:

"Healthy breastfed infants tend to grow more rapidly than formula-fed infants in the first 2-3months of life and less rapidly from 3 to 12 months. All growth charts available at this time include data from infants who were not exclusively breastfed for the first 6 months (includes formula-fed infants and those starting solids befor ethe recommended 6 months). Because many doctors are not aware of this, they see the baby dropping in percentiles of the growth chart and often come to the faulty conclusion that the baby is not growing adequately. At this point they often recommend that the mother (unnecessarily) supplement with formula or solids and sometimes recommend that they stop breastfeeding altogether. Even if mom realizes that her baby is perfectly healthy and doesn't follow these unnecessary recommendations, she ends up worrying for no reason (and mos don't need anything extra to worry about!)."
 
Legaaa...cuma pertambahan 100 gram shj sebulan, is that normal?huhu..


Monday, April 18, 2011

Outing..

Tajuk entry ni takde kena mengena dengan budak2 skolah asrama ye..dan aku sendiri tak pernah duk asrama pung kecuali masa studi kt uni dulu..:-)

Khamis - Sabtu lepas aku sekeluarga ke Kuantan kerana aku kena menghadiri persidangan tempat keje ku cum bawak anak2 jalan2..meluaskan pemandangan dan pengalaman..perjalanan yang memakan masa 4 jam sangatlah meletihkan sbb Afiq agak meragam sepanjang perjalanan (budak yang tak suka jalan berliku2..huhu)..Walaupun penat dan penat, jam 5 kitaorg berjaya juga check in kat Swiss Garden, Kuantan tu..malamnye aku kena pulak hadiri majlis makan malam rasmi..maka nye tinggallah anak2 dengan suami je kt bilik..pandai pula suami menjaga anak2.hehe..dengan syarat sebelum kuar hadiri aktiviti persidangan aku dah siapkan susu Afiq dan Faqeh..(Alhamdulillah susu Faqeh bejaya dibawa ke destinasi dengan jayanye dengan bantuan cooler bag dan bekas tahan sejuk tu..). Susu Faqeh ku bawa 7 botol x 4.5 oz + 5 bekas dadih x 3 oz..banyak gak ek..hmm..rupa2nye Faqeh takle minum banyak sgt pun siang..tak abis pun..hmm..dengan penuh tawakal aku bawak balik Putrajaya semula dan tempatkan semula kt Freezer..sayang kalau nak buang (ada susu yang dah cair sepenuhnya dan ada yang belum mencair)..huhu..kepadaMU aku berserah..

Seronok betul Afiq sbb dapat main kt swimming pool setiap hari (sbb swimming pool hanya berhadapan dengan bilik kitaorang je)..berendam dan main air sampai biru2 bibirnye..sampai kecut jari jemarinye..huhu.. dan selsema lak anak2 ku..puas main air, suami bawak pulak anak2 main game kat sebelah bilik kitaorang..main sampai puas..hehe..Sayangnye itu aje aktiviti yang anak2 dapat buat sebab aku kena hadir aktiviti lain (aktiviti "penyu" kt Cherating, dll). Lagipun susah gak kalau suami nak handle dua2 budak tecik tu sorang2..ooooops..aktiviti memantai (sesuka bahasa je kan.hehe) tak dilepaskan..seronok Afiq bermain kejar-mengejar dengan sang ombak yang menghempas2 manja tu..hehe..sayangnye ibu tiada bersama untuk melihat momen2 yang bernilai itu..:-(

Aktiviti  persidangan hanya Jumaat..Sabtu dah takde pape..So, Sabtu tengahari kitaorg da gerak balik ke Putrajaya..Penat juga..hmm..mujurlah Afiq tidak meragam cuma sesekali menjerit2 bile kete membelok mengikut liku2 jalan (huhu..budak yang tidak suka jalan-jalan berliku nih!).

Begitula adanya..Semoga ada lagi peluang untuk kami bercuti bersama2 pada masa2 depan..Mudah2an..:)

Wednesday, April 13, 2011

Gambar sebagai entry

Huuuaaaa...tiada kata-kata untuk diungkapkan..korang interpret la sendri gambo2 ni...ambo maleh sebenornye nak explen.kihkihkih:

-Adik-

-Adik-

-Adik-

-Adik-

-Abang & Abang Adib-

-Abang&Adik-

Tuesday, March 22, 2011

Adakah patut???

Faqeh telah genap 5 bulan pada 18 Mac yang lepas..
Pengasuh nya telah cuba-cuba menuntut makanan tambahan untuk diberikan kepada Faqeh..Faqeh nampak macam tak cukup susu.katanya..


kalau nampak macam tak cukup susu, tambahla sukatan.aku berkata.

Faqeh nampak macam tak kenyang minum susu sahaja.katanya.

Faqeh buat latihan mulut untuk persediaan mengunyah makanan pejal bulan depan la tu.kataku lagi..(dalam hati..Ya Allah berikanlah aku petunjuk..betulkah niat ku untuk hanya memberikan makanan pejal pada usia 6 bulan..cuma sebulan shj lagi duhai pengasuh).

Aku dimaklumkan oleh pengasuh dia pernah bagi 3 bekas dadih sekali gus kepada Faqeh (habis diminum).Kalau nak tahu, 3 bekas dadih tu adalah bersamaan 9 oz (lebih kurang 270ml kan???). Beristighfar aku dalam  hati..adakah Faqeh comelku itu begitu pelahap atau pengasuh itu yang bengong..ada ke patut bg banyak begitu sekali gus pada bby yang baru menginjak 5 bulan??akai ada ka?bukankah lebih patut diberi sedikit2 tapi kerap??bukankah begitu?????? (mode geram dan tak puas hati..:-( )

MIL pulak cakap.da 6 bulan dah ni.dah boleh bg susu tepung da pun.(????%%$#@???).

Hmmm...malam ni aku akan cuba "slow talk" denganFaqeh supaya bersabar untuk  hanya sebulan sahaja lagi..ibu kesiankan perutmu yang tecik tu..sudah mampukah kamu duhai anak menghadamkan makanan pejal begitu??bersabar ye Faqeh anak ibu..