Tuesday, March 23, 2010

Rezeki Itu Bermacam Rupa..

Alhamdulillah..

Allah itu maha hebat perancanganNYA..maha luas rezekiNYA..maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Disebabkan itu, aku dan suami akur dan redha dengan pemberiannya buat kesekian kali. Zuriat kami yang pada mulanya hendak dideferredkan sikit tapi Maha Suci Allah yang Menciptakan Alam ini, yang Maha Mengetahui segala kekuatan dan kelemahan hamba-hambaNYA maka Sufyan bakal memperoleh adik.hehe

Hmm..tak terjangka secepat ini. Terasa jugak kesian kt si budak kecik Sufyan tu, belum puas dimanja2kan, dh kena berkongsi kemanjaan dan kasih sayang dengan adiknya pulak. Tapi ibu yakin Sufyan bakal jadi abang yang kuat, yang menyayangi dan melindungi adik kelak..Mungkin hikmahnya Allah mahu Sufyan cepat belajar menjadi pemimpin kepada adiknya pulak.

Tuesday, March 9, 2010

5 bulan Usiaku..

Sudah 5 bulan usiaku..
Ibu dan Ayah pun sgt seronok melihat perkembanganku..
walaupun tidaklah banyak progressnya macam kawan2 yang lain..hehe
Awak2 sume tengokla sendiri yek..:P

Ha..Antara perkara-perkara yang sy dah boleh buat ialah..jeng3..meniarapla apa lagi..
gambar di atas sebagai buktinye..tak caye sudah..:) [sebenarnya ibu yang letakkan sy cenggitu.hikhik.Agaknye Ibu tak sabar dengan keletahku yang malas nak meniarap sendiri kot]. Tapi orait ape..sebelum ni sy belum pantas menegakkan kepala masa meniarap tapi ni dah pandai sket..n pandai lak sy angkat2 punggung.konon2 nye nak menyusurla.hihi.

Aktiviti seronok yang sy selalu buat sejak akhir2 nih!best wooo..Isap jari kaki sendiri tuh..sape lagi yang boleh buat cenggitu???Ayah dan ibu pun takleh buat cenggitu.hihik..Asyikla jugak sambil isap jari kaki sambil tengok TV..:P

Aduss! Ibu dah suapkan sy nestum masa 5 bulan usiaku..sebenarnya biskut yang direndam dengan air suam..walaupun aku telan slow2 je, Ibu dengan sabarnya tetap menyuap aku sampai aku dah naik suke lak makan bisekut tuh..nak try??

Hmm..apa nak kata lagi..makan sambil tengok TV la..atau tengah tengok wajah Ibu yang tak reti putus asa nak aku makan makanan pejal??hehe

Hampir 3 bulan lebih tak jupe Makteh..nenek dan ciksu pun sy belum jupe selepas 3 bulan yang lepas.huhu..sedih laa..ntah diorang ingat kat Sufyan lagi tak..huhu

Haha..seronok betul Sufyan mengacau Ibu dan Ayah honeymoon kat Bukit Merah tempoh hari..Percutian pertama Sufyan bersama Ayah dan Ibu..:) Sufyan ikut muka sape ek??

Thursday, February 11, 2010

Sufyan..Sufyan..Sufyan..

Sooo sleepy!

caye tido sebab sy penat k..bukannye suke sgt tido siang hari nih!

Wah!wah!wah!Seksinye dia..nak kena sensored nih.hehe

Caye nak gi mandi laa..panas tul hari nih..:P

Yang Pergi Silih Berganti

Sudah dua minggu blog ni tidak di update. Pertama, disebabkan kesibukan yang memanjang. Kedua, kekeringan dan kekontangan idea untuk dimuatkan dalam this humble blog. Ketiga, ketiadaan mood (harharhar) sokmo takdok mood! Keempat, malas! (as usual).
Dalam tempoh dua minggu yang lalu banyak pulak event, incident, peristiwa yang berlaku. Dan aku mencuri-curi sedikit kesempatan ini mencoretkan sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku. Selama perkhidmatan aku yang hampir 4 tahun ini, aku telah bekerja dengan 4 orang bos (3 daripadanya perempuan). Dan aku dapat perhatikan gaya dan cara kerja mereka-mereka ini yang berbeza-beza (biasa la tu..mana ada manusia yang sekepala). Dan gaya serta cara kerja mereka ni sedikit sebanyak memang mempengaruhi gaya dan cara aku bekerja. Kiranya lebih kurang macam lalang la..jika angin meniup ke kiri, maka ke kirilah..jika angin meniup ke kanan, maka ke kananlah.
Minggu hadapan aku akan bekerja dengan bos baru lak sebab bos yang sekarang ini telah dinaikkan pangkat dan telah pindahkan ke tempat lain. Bos yang baru ni gak perempuan tetapi memandangkan dah pernah bekerja dengan beliau (sebab beliau juga merupaka senior aku), maka sedikit sebanyak aku dapatlah predict gaya dan cara kerja beliau. Semoga pemergian bos lama bermula dengan cemerlang dan kedatangan bos baru membawa perubahan positif dan rahmat.Ameeen..:)

Thursday, January 28, 2010

Kek Choc Moist

Teringin nak cuba resepi kek ni..Kegemaran si suami..:) :-

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Sarapan "free"

Mak aih! Suami aku selalu dapat makan sarapan free kat ofis??Tak boleh jadi nih..Ni nak kena spy sape yang beria sgt bagi laki aku makan free ni. Nak bodek bos pun berpada-pada la..Lepas ni nampaknye aku kena la merajinkan diri buat sarapan dan bekal untuk suami bawak ke Ofis..:P

Insyaallah..:)