Ibu mintak maaf kerana tidak dapat memberikan susu ibu untuk tempoh yang lama..hanya 2 bulan sahaja itu pun dicampur dengan susu formula. Pengalaman menjadi ibu kepada anak pertama membuatkan ibu tidak kuat menangkis kata-kata orang tua..sesungguhnya ibu kesal dan sedih kerana tidak begitu kuat mempertahankan hakmu yang Allah telah firmankan dalam Kitabnya.
[Kelmarin masa pergi shopping, aku terlupa bawakan bekal susu Sufyan.Kesian dia..kelaparan.Bile dia tengok susu adiknya (susu ibu) yang masih berbaki, perlahan Sufyan ambil botol susu adiknya lalu diteguknya..sayu dan hiba aku tengok kelakuan Sufyan, terasa air mata mahu menitik tapi aku tahan juga..Sufyan maafkan ibu..]
Walaupun hanya 2 bulan ibu berdoa agar susu yang Sufyan minum untuk tempoh tersebut menjadi darah daging Sufyan dan ketahuilah betapa ibu hanya mahu kan yang terbaik buat Sufyan.
Dearie Rujhan,
Kekesalan ibu yang lalu menjadikan ibu tekad untuk memberikan yang terbaik untuk Rujhan. Ibu berdoa agar niat murni ibu ini dibantu oleh Allah semoga ibu berjaya menyusukan Rujhan selama mungkin, sehingga 2 tahun kalau diizinkan..
[Sehingga hari ini Rujhan memang hanya minum susu ibu. Kalau hari bekerja, aku bekallkan ke rumah pengasuh dan jika tidak bekerja, Rujhan memang 100% menyusus sendiri. Alhamdulillah. Ya Allah, bantulah aku dalam niatku ini.Ameeen. Betapa aku merasakan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan bila dapat menyusukan Rujhan.Apatah lagi Rujhan, mungkin perasaan gembiranya berlebih2 lagi..:)]
Cuma aku risau masa nak pergi Persidangan bulan Mac nanti.Suamiku cadangkan tinggalkan Rujhan kt umah mak mertua ku sahaja sbb mungkin susah nk bawa Rujhan yang baru 4 bulan lebih masa tu..Inilah perkara yang aku nak elak sangat2. Aku takut mak mertuaku memberikan susu formula sepertimana ia cadangkan kepada Sufyan pada usia Sufyan baru 2 hari.Masa tu aku menangis sendiri tak tau nk gambarkan betapa sedih hati aku masa tu. Takut juga kalau Rujhan diberikan makan pejal pd usia yang sepatutnya ia minum susu ibu sahaja. Aku hanya bertekad untuk memberikan makan pejal setelah usia 6 bulan.
Aku harap suami ku dapat mengikutku ke Persidangan tu dan perkara-perkara yang aku takuti tak perlu aku harungi..
