Friday, January 14, 2011

Anak-Anakku Sayang..

Apa nak update dalam entry pertama tahun 2011 ni ye..ha..layan aje la gambar2 kt bawah ni.Malas nk pikir daa..:)

Rujhan
yang sedang nyenyak tido..masa ni abang dia tengah
syok main kt bilik atas dengan Opah dia
yang datang dari Batu Pahat semata2 nk dtg bermain dengan Sufyan.he he

Sufyan yang
nak makan sate sendiri
macam terer je mkn sate..
sambil tengok tv lak tu.iskh3
Rujhan masa ni da 2 bulan
susah sikit nk senyum kat orang
serious sikit rujhan ni..
haha kecik2 pun tau nk serius atau tak ye..:P
Haa..
Ini masa Rujhan tengah syok tengok tv..
Dua2 beradik sebijik macam ayah diorang..
hantu tv kot..
Ini pun tak senyum gak..
"Saya tengah berfikir nih..jgn kacau saya"..agaknye la

Abang ni nampak geram je nak cubit pipi adik tu..tak pun
cucuk mata adik atau pun bagi adik isap jari tangan..he he


Wednesday, December 22, 2010

Ceritera Ku..

Sudah agak lama aku tidak ber blog. Sejak lahirnya Rujhan yang kini telah berusia 2 bulan.Alhamdulillah kedua2 anak sihat dan Rujhan telah seberat 5.2 kg (berbanding abangnya yang hanya 4 kg pada usia yang sama). Apapun aku cuma berharap agar kedua2 anak kami membesar dengan sihat walafiat dan menjadi anak2 yang soleh yang menjadi penyejuk hati ayah dan ibu..Ameen..

Rujhan sekarang (sejak dari lahirnya) memang kuat menyusu. Hampir setiap jam dia nak menyusu dan sekirnya diizinkan Allah akan ku bekalkannya dengan susu ibu sehingga usia 2 tahun..Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu niat ku ini..:). Hmm..2 bulan telah berlalu dan aku masih lagi bercuti menjadi suri rumah sepenuh masa. Cuti rehat yang masih berbaki aku gunakan untuk menyambung cuti sehingga akhir tahun 2010 ini.Alhamdulillah..Walaupun mungkin sebulan lebih aje aku jadi suri rumah sepenuh masa, kalut juga dibuatnye sebab penat rupanya jadi suri rumah ni ye.he he

Sufyan yang telah boleh berjalan banyak meringankan tanggungjawabku menjaga 2 anak tanpa bantuan suami (kecuali hari minggu). Kalau tidak mana aku nk dukung si Sufyan dan si adiknye Rujhan kan..hehehe. Alhamdulillah Allah permudahkanlah urusan kami sekeluarga. Cuma aku kena hadapi karenah2 Sufyan yang masih kecil yang memerlukan belaian kasih sayang dan perasaan ingin dimanjai serta karenah2 Rujhan. Pening juga kepala bile kedua2nya buat hal dalam satu masa..Rujhan menangis nak dipujuk dan Sufyan merengek nak bermain..huhuhuk

Ada juga cadangan dari suami (dan akak jiran sebelah rumah aku) supaya ambil aje pembantu rumah untuk meringankan tanggungjawab..bagi aku itu bukan suatu keperluan dan bukan juga suatu kehendak (bg aku) kerana mengambil pembantu rumah pastinya bukan mana-mana alternatif dari 20 alternatif (lain) yang ada..pelbagai berita yang menakutkan yang mengaitkan pembantu rumah (tak dinafikan mungkin ada yang bagus dan ikhlas tapi itu 1 dalam 100 kot), kes penderaan dan sebagainya antara faktor yang aku pertimbangkan. Kalau aku sebagai ibu kadang2 boleh hilang sabar dengan karenah anak2, apatah lagi orang asing yang tak ada kena mengena dengan anak2 ku..ntah apa la yang akan terjadi kan..iskh takut nk bayangkan..:P

Hmmm..nampakya anak2 masih tido, mau juga aku merehatkan badan sementara itu.hehe..lain masa lain ketika jika berkesempatan, maka akan aku cuba mengupdate blog yang hampir terbengkalai ni..:)

Tuesday, October 26, 2010

Rujhan

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban kepada Ahmad Faqeh Rujhan..Anak ibu dan ayah yang comel..Semoga lahirmu membawa seribu hikmah..Menjadi anak yang soleh dan hamba yang taat..Ameen..

Tuesday, September 28, 2010

Sufyan Yang Setahun

Tanggal 22 September yang lalu genaplah umur Ahmad Afiq Sufyan setahun masihi atau 3 Syawal yang lalu setahun Hijri..Cepat betul rasanya masa berlalu. Padahal ku rasakan baru je sekejapan Sufyan lahir, tup tup dah genap setahun..Maha Suci Allah yang menjaga peredaran masa sedemikian..

Alhamdulillah Sufyan membesar dengan sihat dan aktif seperti anak-anak lain jugak. Gigi Sufyan sudah masuk yang ke-7 dan sudah pandai 'meniti' dari satu meja ke satu sofa..tanda-tanda Sufyan mahu belajar berjalan..:) Dengan bantuan ayah atau ibunya, Sufyan menuruti minatnya menapak anak-anak tangga umah naik dan turun dan naik lagi..huhu penat nye melayan minatnya yang satu nih..

Setahun berlalu membuatkan aku seronok mengimbau kembali keletah-keletah Sufyan yang mencuit hati tak kurang juga yang 'mencabar' kesabaran ku ini..:-( . Walaupun penat bekerja seharian, terubat juga dengan gelak2 manja Sufyan dan senyuman yang tiada dapat di cari di mana-mana..Namun kekadang manja yang berlebihan itu membuat aku terseksa jua..:P nak ke dapur susah..nak ke bilik air susah..nak mandi apatah lagi.huhuk

Seminggu ini Sufyan telah pantas tido sendiri walaupun percubaannye untuk tido sendiri mengambil masa yang agak lama dan menggugat kesabaran ini..(Sabar itu indah..:P)..Semalam dengan pelbagai caranya aku cuba pujuk Sufyan supaya tido dengan tenang, akhirnya tenang dan terlena juga diulit alunan bacaan Surah Yaasin dr handphone ku..Comel betul..Tahap kemanjaan Sufyan akan menjadi2 bile ayah nya ada..mahu tido di pangkuan atau di bahu aje atau di dada ayah nye..alahai anak ku ini..apa-apa aje.

Feveretnya mendengar muzik, maka akan tergedik2 lah tangan nya mengikut rentak muzik yang dia dengar..Ini lah agaknya minat anak-anak kecil yang lain juga..:) dan senyumannya meleret2 bile ayah dan ibu turut sama 'tergedik2'.hahaha

Namun hari lahir pertama ini ibu dan ayah tidak berkesempatan untuk menyambutnya dengan kek atau apa pun..hanya doa yang mengiring semoga Sufyan membesar sebagai anak yang Soleh, taat, bijak, etc..Ameeenn..

Monday, September 13, 2010

Raya Ke-3 Sufyan..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin..

Idul Fitri 2010 ni merupakan raya ketiga bagi Sufyan. Kali pertama Raya Idul Fitri tahun 2009, di mana Sufyan lahir pada Raya Ke-3..Walaupun belum paham maksud raya, kiranya dah tiga kali aku dan suami menyambut raya bersama anak..:) Kali ke-2 Sufyan beraya Idul Adha di KB dan kali ke-3 ni, IdulFitri di BP..


Pagi-pagi lagi kitaorang dah bergambar..hehe sementara masih elok berpakaian raya..:)
Sufyan pulok yang pandang muka ibu dia bukannya nak pandang muka kamera..huhu
Yang paling ceria di pagi ni ialah..jeng3 haha korang musti buleh teka sendiri kan..:P
Ibu Sufyan bergambar macam takde perasaan je..teringat kampung sendiri le..
Apapun comel sungguh Sufyan berbaju melayu dan bersampin kan..:)
Semuanya Opah dio yang sediakan..cucu sulong katakan..


Pastu giliran Opah pulak bergambar dengan Sufyan..
Eh3..
Sufyan masih lagi takut2 dengan Opah dia..bile agaknye nak biasa ngan Opah ye..kecian gak Opah dia.hehe
Huhu..Tok Mek dia tak berkesempatan beraya dengan Sufyan tahun ni..lagi kesian..hhmmm


Lepas tu bergambar bertiga lagi..:) masa ni perut udah kenyang dengan lontong, ketupat dan rendang..Sufyan pun tumpang meratah rendang dan lontong..

Ibu dia je yang teringat mihun goreng yang selalunya tak pernah miss disediakan di Hari raya Pertama kt Kampung halaman nun jauh di sana.huhu
Agaknya tekak ni belum selesa dengan rendang dan lontong..:P

Gambar lontong dan rendang tak dapat di upload sini sebab terlupa nak snap sekeping dua..tak sempat snap laki ku dah bantai semua..hehe (gurau je!!)


Bergambar berdua lak dengan ayah dia..2 hansome men/boys..:P Baju pun sedondon..


Bergambar berdua ngan ibu lak sebelum gerak ke umah Atuk/moyang Sufyan kat BP..
Ntah pae la perasaan Sufyan ketika ni..terpinga2??teruja??tertanya2??haha..kumpul duit raya dengan anak..:P
Bile ayah dah penat drive, bagi anak lak drive..memang sesuai..:)
pon3..

(Alkisahnye raya ketiga aku dan famili dah gerak ke Putrajaya sebab Isnin da masuk keje.huhu..penat giler ni.. )

Friday, September 3, 2010


Di kesempatan ini ku mengucapkan Selamat Hari raya Idul Fitri kepada tetamu2 blog ku ini.. Walaupun aku sendiri tak balik beraya ke kampung halaman, semoga kalian semua berhati2 lah semasa memandu ye!
Maaf Zahir & Batin..

Wednesday, June 2, 2010

Update! Update!

Salam..
Alahai lama betul blog ni tidak diupdate. Bukanlah perkara biasa jika blog ni terbengkalai buat suatu tempoh masa, bile kemalasan melanda..kehabisan citer..gitula jadiknye..:)

Akhir2 ni sibuk sikit dengan kerja2 yang tak henti2 datang, menyekat keinginan yang sedikit ni untuk menyentuh apatah lagi melakar sesuatu di atas kanvas blog ini..Minggu lepas pulak sibuk dengan kursus yang sgtlah aku tidak menggemarinye..iyela..kursus kalau kena stadi, presentation etc kan tak best..hehe..kalau kursus yang rilek takyah buat pape tuh yang aku sukooo..!Tapi disebabkan kena amik gak n bos pun dah tanya2 bile nk amik (kalau tak amik kang duk la aku kt takuk ini aje..tak naik2 pangkat), lalu terpaksalah aku mendudukinya jugak dan mencuri2 masa tido di waktu malamku untuk menyudahkan assignment yang walaupun cume 8 muka surat, amatlah aku tak menyukainya sebab keje2 assignment ni citer2 masa belajar dulu.Sekarang takdek pulok buat assignment selain pandangan ajeh..huhu..Apapun, alhamdulillah semuanye telah selesai dan berlalu..yang tinggal hanya bertawakal dan berdoa aje lah agar lulus dan tak perlu mengulang..:P

Balik dari kursus pun keje masih jugak banyak dan tak surut2..cuma 2 3 hari ni aku boleh bernafas sket..n dengan kesempatan ni aku cuba2 mencoretkan sesuatu di sini..:)

Sufyan??Hmm..dah besar anak ku sorang tuh..plus perangai2 yang macam2 dia..manja tak ingat..asik nak suruh orang teman dia main je, pantang bangun atau hilang dari pandangannya, menangis smpai teresak2..aduiii..perangai manja sape agaknye..:P Sufyan belum pandai merangkak atau membuat apa2 percubaan untuk berdiri sendiri walaupun cukup tangkas berlari-larian dalam walker kegemarannya..:) Memanglah jadi walker kegemaran sebab ku perhatikan Sufyan amat sukooo ke sana ke sini memfollow pergerakan ayah dan ibunye..hatta kalau boleh dibwak masuk bilik air, pun Sufyan nak ikut sama dengan walker kegemarannya tuh..comella anak ibu nih..:) Dengan walker kegemarannya jugaklah Sufyan dapat membantu ku "mengemas" rumah..semua barang yang dapat dicapai oleh tangan kecilnye itu, akan ditarik2 nye hatta wayar2 elektrik, seterika dll..aduh, bahaya tul la..Dalam walker kegemarannye jugaklah Sufyan akan memerhatikan ayah dan ibunya menyantap lunch atau dinner yang mana tangannye tak kan henti2 dihulurkan kepada kami meminta disuapkan barang sesuap dua apa-apa aje makanan yang kami makan..huhu, kesian dia ..kecur air liur ajelah.hihik.

Adik Sufyan??Hmm..alhamdulillah sihat sesihat ibunye jugak..semoga lahirnya kelak sihat walafiat dan kali ni aku bertekad untuk memberikan hanya susu ibu selama mungkin..Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan pertolongan dengan niat baik ini..Ameeen.

Tidak lama lagi kami akan berpindah ke rumah baru..haha..belum rumah sendiri lagi..kuarters jugak tapi dah dapat rumah teres atas tanah..Sila lah ke rumah kami kelak ye..Kami kena berpindah dalam masa 14 hari selepas dapat kunci dan ini bermakna 2 minggu lagi kami kena duk kt umah tu la..aduhai..nk kena berkemas barang2 cepat nih..kan best kalau ada sape2 boleh tolong berkemas kan..:) Walaupun dapat rumah yang lebih besar, kekadang rasa sayu dan sayang pulak nak tinggalkan rumah comel sekarang ini kerana banyaknye kenangan2 indah yang telah tercipta di rumah ini. Begitu juga dengan suamiku..katanya sayang nak tinggalkan rumah sekarang dan tinggalkan kenangan kat sini.huhu..sentimentalla pulok laki ku nih..:P Apapun, keputusan telah dibuat, maka tak dapat berpatah balik lagi dah..jom cipta kenangan indah kat umah baru lak..hihik