Wednesday, December 23, 2009

Suntikan ke-2

Hari ni aku bawa Sufyan ke klinik untuk dapat suntikan imunisasi kali ke-2. Kali pertama Sufyan disuntik ialah pada 2 Dis lalu. Sufyan menangis kali pertama disuntik.Tapi menangis sekejap ajela.Sangka ku Sufyan akan menangis jugak masa nak kena suntik kali ke-2 ni.Maklumlah dah 3 bulan, aku fikir dah pandai rasa sakit. Risau gak, tapi ku lihat Sufyan di pangkuanku selamba aje. Tak sakitkah?Sebab ku lihat baby lain sumenya menangis walaupun sikit. He, syabas Sufyan!! Kuat betul anak ibu sorang ni..:) Ku harap Sufyan tidak demam kerana menurut nurse yang suntik Sufyan suntikan ni boleh buat baby demam. Hmm, bergantung pada antibodi baby gak la..kalau demam susah jugak dibuatnya..

Saturday, December 19, 2009

GTP - Maal Hijrah

Government Transform Programme (GTP)

Tempohari aku hadir satu seminar berkaitan makmal Government Transform Programme kat Sunway Piramid..Programme ni berlangsung 2 hari..Hari pertama khusus untuk penjawat-penjawat awam dan sektor swasta..Hari kedua pulak dibuka untuk umum..Program ni lebih kurang macam pembentangan tentang azam Kerajaan la untuk perubahan yang lebih baik dalam pelbagai sektor antaranya bidang pendidikan, keselamatan, komuniti dan kebajikan rakyat, dll. Ada 6 sektor kesemuanya yang menjadi target Kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan ni.

Pembentangan yang sempat aku dengar ialah pasal program-program yang dirancang untuk memperbaiki taraf hidup rakyat miskin terutamanya yang duk luar bandar..Kiranya perancangan macamana rakyat2 yang kurang bernasib baik ni boleh mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat secara keseluruhannya bagiku Kerajaan yang boleh dibanggakan. Menyediakan peluang pekerjaan atau peluang perniagaan adalah antara inisiatif yang diambil oleh Kerajaan (Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Elokla tu ibarat memberikan kail dan mengajar bagaimana untuk memancing ikan itu lebih baik daripada memberikan ikan yang akhirnya akan habis jua.

Satu lagi pembentangan yang aku dengar ialah berkenaan target Kerajaan untuk menghapus dan membasmi gejala rasuah yang disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Keje ni bagi aku memang la tough. Gejala rasuah ni bukan sekarang baru timbul bahkan lama dulu sama ada oleh individu atau sebaliknya. Kalau dalam Islam rasuah ni keje yang dilaknat oleh Allah (Allah melaknat pemberi dan juga penerima rasuah). Sayangnya undang-undang yang diamalkan di Malaysia ni belum lagi merangkumi hukuman ke atas kedua-dua pemberi dan penerima rasuah. Hanya penerima sahaja yang dikira buat salah dan dikenakan hukuman. Harap2 undang-undang yang ada ni boleh ditambah baik untuk menghukum penerima dan pemberi nya sekali. Kalau takde angin manakan pokok akan bergoyang (hukum umumnya) dan manakan ada penerima rasuah jika takde pemberinya. Lately pun, kalau kita tengok TB, banyak sangat kes-kes rasuah yang dipaparkan di kaca berita. Tak malu ke pegawai Kerajaan sendiri terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ni?? Kalau Majestret, Pegawai Kastam, Pegawai Imigresen sendiri terima rasuah, bilekah akan tertegaknya keadilan?? Pikir2kanlah..renung2kanlah..

Trasformasi nama saintifik bagi hijrah la pada ku..Penghijrahan ni bukan benda baru..Ia pernah berlaku lama dulu semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Penghijrahan Baginda bukanlah disebabkan takut dengan ancaman Kafir Quraisy tetapi bertujuan mencari tapak yang subur untuk pertumbuhan Islam agama Fitrah..Buktinya, Allah telah menyuburkan perkembangan Islam selepas Hijrah Rasul ke Madinah. Dengan tapak yang strategik, bangsa yang toleransi dan berkasih sayang, Islam berjaya berkembang dengan cepatnya sehingga tertegaknya Negara Islam di Madinah dengan Piagam Madinah sebagai piagam yang menyatukan kaum muhajirin dan ansar dengan kaum kafir di sana.

Peristiwa besar dalam sejarah itu tidak akan berlaku lagi kerna Baginda Rasulullah merupakan Nabi dan Rasul terakhir. Namun, intipati dan iktibar dari peristiwa hijrah tersebut tetap subur dan perlu diambil perhatian oleh kita Umat Baginda semuanya. Konsep hijrah adalah berlandaskan matlamat untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Kalau hari ini telah berlalu dengan baik maka berniat lah untuk menjadikan esok lebih baik dari hari ini, Insyaallah. Kalau sebelum ni kita duk malas bangun subuh, maka tanamkan azam sempena Tahun Baru Hijrah 1430H ni untuk solat tepat pada waktunya bahkan untuk menambah kagi dengan solat2 sunat yang amat2 digalakkan cth tahajud, hajat, rawatib, dll.

Transformasi atau penghijrahan di peringkat Kerajaan takkan berjaya sebenarnya kalau individu masih di takuk lama. tetap dengan peel lama gak. Perubahan kena la bermula dari jiwa seseorang individu tu sendiri, kemudian di zahirkan dalam keluarga seterusnya masyarakat dan negara.

Boleh lah sama-sama kita tanam azam dari sekarang ...masih belum terlambat...walaupun terlambat itu adalah lebih baik dari tak bermula langsung!

Wednesday, December 16, 2009

Lidah Tergigit Lagi

Ya Allah..Lembutkanlah hati2 kami untuk kembali mengingati sifatmu yang Maha Penyayang..Bantulah kami untuk menundukkan ego kami..Bantulah kami untuk merendahkan diri serta sujud di hadapanMU..

Ameenn..

Tuesday, December 15, 2009

Rutin

Adakah aktiviti yang kita buat setiap hari adalah rutin yang memang perlu dilalui? Nak tak nak kena buat sebab dah jadi perkara rutin..Atau pekerjaan yang kita buat itu niatnya ibadah kepada Allah? tepuk dada tanyalah iman..Bagiku, walau sebosan mana kita menghadap aktiviti yang sama setiap hari, kita perlulah sentiasa memperbaharui niat kita bahawa apa jua yang kita lakukan baik kerja di pejabat ataupun kerja dirumah perlulah disematkan dalam hati kita buat kerana Allah..Kerana Dia telah mengamanahkan pekerjaan itu kepada kita untuk dilaksanakan sebaiknya..Buang saja keluhan tu jauh2 kerna keluhan tu bukan boleh menyelesaikan apa jua masalah yang kita hadapi..Gantikan keluhan dengan kesabaran dan usaha plus tawakal..Insyallah Allah akan tunjukkan jalan..

Bagiku menjaga Sufyan setiap hari juga rutin tetapi rutin yang bagiku bukan semata-mata rutin. Kena ikhlas melayan kerenahnya, ikhlas menjaga dan merawatnya..dengan sepenuh kasih sayang. Kerna pahala ibu bapa membesarkan dan memberi didikan sempurna kepada anak-anak adalah besar setanding dengan besarnya amanah seorang anak.

Sufyan pun ada rutin nya sendiri sebaik sahaja 2 bulan usianya..

Sufyan dah siap2 ni..Ini tempat duduk special Sufyan dalam kereta Ibu..:)
Sufyan nampak comel kat atas ni kan..kan.. Seronok!!!
Ibu kata nak hantar Sufyan ke rumah mama (Pengasuh)..
Semalam pun Ibu kata nak hantar rumah mama..
Nape tiap2 pagi Sufyan duk dalam kete Ibu macam ni ek..
Ibu nak hantar Sufyan ke mana sebenarnya ni??

Hmmm..at last sampai jugak kt rumah..
Seronok tengok muka Ibu selepas berapa lama tak tengok..
asyik tengok muka pengasuh je..
asyik dengar bebudak2 kecik menangis aje..
boringlaaaaaa..
Ibu teman Sufyan main2 tau..:)

Uwaa..Uwaa..Kuat tak suara Sufyan? Sufyan bukan suka2 nak nangis..Sebab takde orang layan Sufyan sunyila..tak nampak pun muka Ibu..mana ntah Ibu ni..
mandi la tu..Selalu tinggal2 kan Sufyan..mandi la..solat la..
Sedih tau!!!

Lepas Ibumandi..solat Ibu pujuk la Sufyan..
Ibu pujuk dengan mainan ni..Sufyan suka!!!
Tak kisahla Ibu tinggal2kan Sufyan asalkan Ibu rajin main2 dengan Sufyan..
MMMuuuah Sufyan sayang Ibu..

Wah Wah wah..
Ini time paling seronok!!!
Sufyan mau tido daaa...Nanti Sufyan kacau Ibu lagi bile Sufyan lapar ek..
hehe

Monday, December 14, 2009

Dodoi di Dodoi

Pagi tadi dapat mesej dari suami, bunyi macam ni (forwarded sms):

"Anak aku ni baru berusia 3 bulan. Dalam masa 3 bulan ni aku dengan isteri punyala train dia supaya tdo dlm katil baby yg aku renovate sendiri. Mahal tu, tilam dan bantal pun yg latex punya. Bantal dia pun lagi mahal dari bantal aku. Tapi hari Sabtu lepas aku bawakla anak aku blk kampung jupe opah dia. Yg aku terkilan tu ada ke mak aku ajar anak aku tdo dalam buai pulak. Dah anak aku naik syok tdo dlm buai. Semalam jugak aku tpaksa beli buai letrik dan besi2nya sekali. Sia2 usaha aku dan bini selama 3 bulan ni. Katil baby pun da letak dlm stor. Last2 bantal anak aku pun aku yg pkai sendiri."

SMS ni sebenarnya dihantar oleh suami ke Radio Sinar dalam segmen "Sinar Pagi".Rasa nak gelak pulak..alahai..nak buat macam mana dah, takkan nak marah opah Sufyan pulak kan..Sebenarnya ada hikmah jugak beli buai letrik tu, aku pun boleh tido lena sikit dan boleh buat keje2 rumah dengan aman..Mudah-mudahan la. Malam tadi Sufyan dah tak mahu didodoi macam selalu, agaknya teringat2 lagi keseronokan didodoi dengan buai kat rumah opah dia. Sufyan yang menangis tak ingat2 terus aje diam dan lelap bile letak dalam buai tu..Masa tu tak tau nak describe perasaan aku..gembira kah?sedih kah? yang pasti tetiba rasa sebak bile tengok Sufyan lelap dengan cepatnya..Terharu dengan pengorbanan suami mengeluarkan wang ringgit semata-mata untuk meringankan bebanku mendodoikan Sufyan setiap malam..Semata-mata untuk membolehkan Sufyan tido dengan lena tanpa gangguan..

Sufyan hanya bangun dalam pukul 1 untuk minum susu kemudian tido semula..Bangun lagi pukul 4 pagi untuk minum susu tapi dah enggan masuk buai..Puas juga ku dodoi atas pangkuan sampaila pukul 5.40 barulah Sufyan mahu diletakkan semula ke dalam buai..Aduhai Sufyan, macam2 ragam anak ibu ni..:)

Agaknya macam mana ragam Sufyan di rumah pengasuhnya..mahukah Sufyan tido tanpa buai?Meragamkah Sufyan?Alahai kesian pulak kalau Sufyan merengek mahu diletak dalam buai.

Thursday, December 10, 2009

Si Kecil Sufyan Permata Hati Kami..

Sufyan kini telah memasuki umur 2 bulan 2 minggu dan 4 hari..Masa dirasakan cepat benar berlalu..Serasanya baru semalam ku lahirkan "hero" yang comel tu yang hanya seberat 2.9kg..Berat Sufyan sekarang barangkali telah mencecah 6kg, pertumbuhan dan tumbesaran yang amat ku banggakan..berkat khasiat susu ibu agaknye walaupun tak kunafikan Sufyan tidak berpeluang untuk mengecapi susu ibu sepenuhnya..Walau apapun aku tetap akan berusaha untuk membolehkan Sufyan tetap juga menikmati rezki itu sehingga umurnya 2 tahun..Ameeen..Menjaga Sufyan yang masih kecil itu seorang diri amatlah mencabar kesabaran dan ketabahan diri ku ini yang lemah dan kerdil..hanya kepada Allah jua ku pohon agar aku dititipkan kesabaran dan perasaan belas yang tinggi mudah-mudahan dengan berbekalkan kesabaran itu, maslahat Sufyan akan terjaga..Ya Allah, tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolonganMU jua! Maka dengan sifatMU yang Maha Pengasih dan Mengasihani, kasihanilah diriku dan Sufyan yang ku amat cintai..

Sufyan sekarang kutitipkan untuk dijaga oleh pengasuh yang tinggal jaraknya 1 blok dari apartment ku..Ibu bukan tidak menyayangimu, lantaran itu ibu membenarkan orang lain menjagamu duhai Sufyan..Namun desakan hidup membuatkan ibu belum tegar untuk meletakkan jawatan yang sekecil itu untuk menjadi suri rumah sepenuh masa..Seorang ibu pastinya tidak sanggup untuk berjauhan dengan anaknya, apatah lagi anak kecil yang sedang mendambakan kasih sayang dari kedua ibu dan bapanya..Inilah juga yang ku selalu sampaikan kepada suami yang sangat kusayangi, jangan sekali-kali memisahkan anak dari ibunya..:) Hmm..perasaan keibuan ini rupanya membuat aku sedar perasaan mentuaku yang takut kehilangan anak lelakinya setelah mendirikan rumah tangga..Bukan niatku untuk merampas, hanya menuntut untuk berkongsi sedikit kasih sayang..Redhalah aku yang cuma hidup bersama suamiku 1 tahun lebih berbanding suamiku yang telah hidup bersama ibunya selama 27 tahun ini..

Walaupun Sufyan tidak banyak kerenah, namun tetap juga kau merasakan betapa sukarnya menjadi seorang ibu yang tabah menjaga dan mendidik anak dari lahir sehingga lah dewasa. bayi sekecil Sufyan kata orang senang dijaga kerana kesukaannya hanyalah susu dan tidur..Ada benarnya pendapat ni sebab waktu malam Sufyan hanya bangun untuk minum susu dan tidur semula bila telah kekenyangan. Namun, aku tidak fikir itu sahaja keperluan seorang anak sekecil Sufyan..yang lebih penting pastinya Sufyan memerlukan perhatian daripada ibu dan ayahnya..Pastinya mahu dibelai dan dimanja oleh ibu dan ayahnya..Buktinya Sufyan amat seronok bila ayahnya mengagah dan bermain-main dengannya..Begitu teruja bila ibunya melayannya berbual-bual walaupun ibu hanya berpura-pura mengerti apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh si kecil Sufyan..dan ibu pasti akan tersenyum dan tergelak sama bersama-sama Sufyan..hilang seketika rasa penat dan lelah seharian bekerja di pejabat..:)

Malam tadi seperti juga malam-malam sebelumnya, ku melayan kehendak Sufyan sebaik sahaja membawanya pulang ke rumah..Mungkin disebabkan kepenatan, Sufyan tertidur juga 45 minit sebelum waktu Maghrib dan ku perhatikan itulah kebiasaannya sejak berusia sebulan lagi..Kubiarkan juga kerana tak sampai hati tengok Sufyan "lalok" dan keinginannya yang kuat untuk tidur..Lalu ku dodoikan juga..:) Menjaga Sufyan di waktu malam agak mencabar kesabaranku, ku terpaksa memilih untuk melayan Suafyan dan mendodoinya berbanding keinginanku sendiri untuk berehat dan melelapkan mata setelah seharian bekerja di pejabat..ku gagahkan juga demi anak ibu yang paling ibu sayang..Ragam Sufyan yang macam-macam ku anggap sebagai menyatakan kerinduan kepada ayahnya..Kesian Sufyan kerana hanya berpeluang berjumpa ayah tercinta di hujung minggu sahaja yang mana ku rasakan agak kejam untuk anak sekecil Sufyan untuk mengerti..

Kepenatan dan kelesuan semasa menjaga Sufyan terubat juga dengan pujukan suami supaya bersabar dengan kerenah-karenah Sufyan kerana mana mungkin dia boleh berada di sisiku untuk sama-sama menjaga Sufyan di kala ia benar-benar tidak boleh berbuat demikian..

Ya Allah..Berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada kami dalam menempuh ujian ini..Semoga dengan ujian ini hubungan kasih sayang ini bertambah kukuh dan mekar di taman bahagia..Ameenn..

A Silent Prayer to Allah

O Allah! Please grant me one
who will be the garment for my soul
who will satisfy half of my deen
and in doing so make me whole
make him righteous and on your path
In all he will do and say
and spinkle water on me at Fajr
reminding me to pray
may he earn from halal sources
and spend within his means
may he seek Allah’s guidance always
to fulfill all his dreams
may he always refer to Qur’an
and he Sunnah as his moral guide
may he thank and appreciate Allah
For the woman at his side
may he conscious of his anger
and often fast and pray
be charitable and sensitive
in every possible way
may he honor and protect me
and guide me in this life
and please Allah! make me worthy
to be his loving wife
and finally. O Allah!
make him abundant in love and laughter
in taqwa and sincerity
in striving for the Hereafter..